Friday, November 21, 2008

Gambar dah gantung, pakat maila taruh bunga.......

Ingatkan dapat tiket gi Gallapagos ke, Yellowstone atau paling kurang gi Disneyland Tokyo. Rupa2nya Kak Sapeah (maaf Kak_Piah) gi gantung gambar KM kt blog dia. Ada ko patut ko buat KM camtu? Ingat sarkis ke? hehehe....

* So kekawan, tunggu pa lagi? Kalau Kak_Piah dah gantung gambar KM, korang gila taruh bunga.....huhuhuhu.....

* Sedih KM arini sebab harga minyak dunia pagi ni dah merudum ke paras US$48 setong tp minyak Msia turun 15sen...15sen.....KM bising2 sebab masa minyak mahal, kerajaan juga bising2 sebab tak tahan nak tanggung subsidi minyak. Sekrang rakyat plak bayar lebih 50-60sen seliter pd kerajaan, taubat aku bising sbb aku prihatin....

Thursday, November 20, 2008

Biarkan ia sesuci tuannya hehehe....

Hatta berkatalah akan Mem KM semalam ketika melawat blog ini, kenapakah blog ni tak cam blog orang lain, plain & putih je. Orang lain punya blog, ada warna-warni, kalering gitu. Menjawaplah akan KM kembali bahawa bukan KM taknak menggodeknya jd warna-warni tp memandang ilmu yg terbatas serta ketidaksempatan masa maka biarkanlah ia begitu.

KM penah try godek tp nasib agak malang hinga bercelaru semua yg ada. So, KM dah dah bertaubat taknak godek dah sehingga mempunyai ilmu secukupnya. Kalau korang nak kata KM buta coding, katalah. KM tak kecik hati pun sbb itu kekurangan KM. Yang penting biarkah apa yg KM tulis dapat dibaca & dicerna oleh usus korang.


* Biarkan Calculatorbuta putih & sesuci tuannya hehehe...Sesapa nak hadiah gi jawap kuiz kat blog Ita.Itu. Dengar kata dia nak offer keta.

Poison Pen Letter......



Sebenarnya KM nak ulas persoalan perjuangan hak pengkid/gay & golongan yg bertentangan ngan tabi'e manusia. Tapi untuk tak menghampakan sahabat blogger, Carrotsusu, kita mengambil kesempatan bercerita ttg acara surat layang.

Rasanya, perkara ini berrlaku dh lama, mungkin sejak manusia pandai menulis or lebih awal dr itu. Hari ni lebih canggih apabila surat layang dihantar melalui emel. Keseluruhannya surat dilayang ditulis tanpa nama penulis atau menggunakan nama samaran.

Ada beberapa sebab manusia menulis surat layang ni. Antara manusia ada yg suka tak puashati ngan kelebihan orang lain @ lebih tepat suka dengki pd org lain. Maka akan dicari jalan untuk menjatuhkan org yg dia tak berpuashati. Macam2 tuduhan akan kuar melalui surat layang jika hasad membara dalam diri manusia. Kadang2 melebih2 sampa tiada asas kebenarannya.

Sebab lain ialah seseorg mengetahui ttg ketidakadilan/penyelewengan yg berlaku. Dia hendak bersuara namun takut jika tindakannya terang-terangan mengundang petaka pada diri sendiri. Maka cara ini digunakan.

Tapi korang rasa surat layang ni berkuasa ke? Rasanya dlm skema perundangan, surat ni tidak boleh dijadikan asas pendakwaan or sebagai bukti kerana tiada pihak yg berdiri utk bert/jawab. Umumnya, ia akan panas utk sementara tp lenyap kemudiannya. Mungkin jika ada tindakan susulan, jalan critanya mungkin akan berbeza.

* Anda penah kena surat layang? Atau anda kena sliper melayang? hehehe....KM selalu juga baca surat layang.....

Wednesday, November 19, 2008

Diskaun Tol?

Bermula 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2010, kerajaan mengarahkan pengusaha lebuhraya PLUS & Lingkaran Tengah Utara Selatan memberikan diskaun sebanyak 10% kepada pengguna kelas 1 khususnya kereta persendirian. Tempoh layak diskaun bermula 12 tgh malam hingga 7 pagi.

Secara umumnya, pemberian diskaun tersebut adalah langkah wajar meringankan beban pengguna/rakyat serta membendung inflasi serta kenaikan harga barang ketika ini. Namun dari segi tempoh masa pemberian tersebut agak kurang praktikal memandangkan tempoh tersebut adalah time orang tido.

Memandu selepas tengah malam adalah tempoh yang berisiko. Secara tabienya, tempoh tersebut biologi badan manusia cenderung untuk tido. Manusia cenderung mengantuk pada waktu tersebut. Bagi yang mempunyai masalah penglihatan, pemanduan di malam hari juga boleh mengundang risiko kemalangan. Di samping itu, pergerakan kenderaan2 besar seperti bas & lori agak laju di waktu tersebut memandang tiadanya penguasaan undang2 tahap kelajuan di malam hari.

Selain risiko kemalangan, risiko terlibat ngan aktiviti yg anda tak suka juga mungkin meningkat. Anda penah kecemasan seperti kenderaan rosak? Bantuan yg diharap tp penyamun plak yg tiba. Kegiatan sabotaj terhadap kenderaan di lebuhraya mungkin akan meningkat kerana dia membuka peluang kepada golongan yg cari makan secara haram. Kerana makin lewat malam, makin tinggi caj terhadap 'pertolongan'. Kepada pengguna lebuhraya, jgn kerana hendak jimat 10% tol, beratus2 plak duit anda yg hilang.

* Secara keseluruhan, sepatutnya diskaun ini diberi pada siang hari. Kerajaan yang prihatin tentu rakyat akan sayang. Jagalah keprihatinan rakyat berbanding perut tokey konsesi.

Tuesday, November 18, 2008

Susah nak turun, Senang nak naik.....

KM nak bagi korang satu soalan. Soalan ni berkenaan ngan kehidupan. Soalan dia " APAKAH YANG SUSAH NAK TURUN, TETAPI SENANG NAK NAIK? "

Sesapa pandai menjawap akan dilantik menjadi Ahli Nujum Negara bleh?

* Ita ko jgn jawap sebab ko dah tahu jawapannya.....bagi tau org pun ko tak aci.....

JAWAPANNYA: Bagi soalan di atas, jawapan yg berada dlm kepala KM ialah BERAT BADAN sesetgh orang. Isu berat badan ni juga antara isu yg penting juga dlm masyarakat kita. Tak percaya? Ada antara kita sanggup berdiet Afrika, Somalia etc. semata2 utk mengurangkan berat badan. Ada juga yg exercise siang malam semata2 nak kurus. Bukan semua tp sebahagian orang.

Jawapan lain seperti harga minyak pun bleh diterima jugak. Jawapan2 berunsur SX juga ada kelogikannya namun begitu ia ditolak atas kepentingan awam hehehe....sapa yg jawap betui nanti kita tabal dia jd Ahli Nujum Negara......

Gelaran Ahli Nujum Negara jatuh kepada: Kak Sapeah.....

Korang Nak Hadiah Mitsubishi Triton?

Kalau korang suka join contest yg kekewan blogger kita buat, korang leh gi kat blog pasangan suami isteri ni, Masviona & Prebetsabu . Diorang ada buat contest & katanya ada hadiah Mitsubishi Triton. Betul ke PrebetSabu? hehehe.....

Anyway, korang gi terjahla sendiri blog diorang. Mana tahu rezeki korang kali ni. Bleh gak gi ronda2 ngan Triton hehehe....paling kurang pun leh naik kuda .....

* Jangan marah ye Mas & Prebetsabu, KM just buat pesanan khidmat masyarakat hehehe.....

Monday, November 17, 2008

Berdemo Sambil Berbogel....Ada Sesapa Nak Join?

sekadar hiasan

Beberapa hari yg lalu, terdapat NGO yang menggelarkan diri mereka 'REFORMIS' yg mengugut untuk mengadakan demostrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bulan ini ekoran tidak berpuashati ngan ngan beberapa tindakan kerajaan negeri itu.

Apa yg menariknya, demostarsi ini hendak dibuat secara berbogel hehehe...Kalau ajak KM join, minta maapla ye. Ajak pakai custom Tarzan pun KM tak sanggup hehehe... Lainla kalau korang ni memang xreti nak malu kan..kan...

Daripada korang berbogel tunjuk perasaan, baikla korang gi tulis blog. Kalau ketidakpuasan hati korang tu diyakini oleh orang lain, sure diorang akan sokong. Tapi kalau korang berbogel tuk tunjuk perasaan, orang lain akan turun gak tp ngan tujuan lain la hehehe....

* KM nak berdemo juga sebab harga minyak bila lagi nak turun sebab harga dunia dah turun bawah US$55 setong. Banyak tu.....sekarang rakyat tengah subsidi kerajaan hehhe......


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin