Bermula 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2010, kerajaan mengarahkan pengusaha lebuhraya PLUS & Lingkaran Tengah Utara Selatan memberikan diskaun sebanyak 10% kepada pengguna kelas 1 khususnya kereta persendirian. Tempoh layak diskaun bermula 12 tgh malam hingga 7 pagi.
Secara umumnya, pemberian diskaun tersebut adalah langkah wajar meringankan beban pengguna/rakyat serta membendung inflasi serta kenaikan harga barang ketika ini. Namun dari segi tempoh masa pemberian tersebut agak kurang praktikal memandangkan tempoh tersebut adalah time orang tido.
Memandu selepas tengah malam adalah tempoh yang berisiko. Secara tabienya, tempoh tersebut biologi badan manusia cenderung untuk tido. Manusia cenderung mengantuk pada waktu tersebut. Bagi yang mempunyai masalah penglihatan, pemanduan di malam hari juga boleh mengundang risiko kemalangan. Di samping itu, pergerakan kenderaan2 besar seperti bas & lori agak laju di waktu tersebut memandang tiadanya penguasaan undang2 tahap kelajuan di malam hari.
Selain risiko kemalangan, risiko terlibat ngan aktiviti yg anda tak suka juga mungkin meningkat. Anda penah kecemasan seperti kenderaan rosak? Bantuan yg diharap tp penyamun plak yg tiba. Kegiatan sabotaj terhadap kenderaan di lebuhraya mungkin akan meningkat kerana dia membuka peluang kepada golongan yg cari makan secara haram. Kerana makin lewat malam, makin tinggi caj terhadap 'pertolongan'. Kepada pengguna lebuhraya, jgn kerana hendak jimat 10% tol, beratus2 plak duit anda yg hilang.
* Secara keseluruhan, sepatutnya diskaun ini diberi pada siang hari. Kerajaan yang prihatin tentu rakyat akan sayang. Jagalah keprihatinan rakyat berbanding perut tokey konsesi.
12 comments:
ituler..ape kes bagi diskaun kol12 mlm smpai kol7 pg jek? prihatin kah itu? siot jek..mungkin benefit kepada yg suka clubbing mlm2 jadinyer jimat kos nk gi clubbing..huh!
Yg lain tu..merasalah mintak shift keje mlm sajork
saje lah tu nak suruh org mati cpt bwk keta mlm2 bior ngantuk..hampeh tul
"Kalau negara bagi diskaun pada waktu puncak, negara akan bankrup. Kerajaan terpaksa menampung subsidi bg mengelakkan syarikat konsesi tol mengalami kerugian... (err.. rakyat rugi n merana tak kesah laaa...)"
huhuuh.. ayat siapa lah agaknya nnti tu kan...
aku sejak dua menjak ni mcm dah leh predict la plak ayat2 yg bakal kuar dari mulut pak menteri.....
salam kenal...Dee rasa dorang patut bg diskaun siang hari coz masa tu highway jam..hahaha..
nih benornyer..kisah dia ceni..
kengkononnyer kerajaan dah tlg rakyat.. walopon bentok pertolongan tu akhir2 nih semakin tak logik dan plastik.. kita tetap kena terima tak bleh manyak munyik membantah..
sesuai la dgn slogan negara demokrasi kan? kan? negara kita bukan kuku besi.. hisshh bukannnn....
suw- sapa ekk kaki clubbing? ko dak kan? ko budak baik hehehe...
ita- ko prihatin gak ekk wpun ko 'stereng-fobia' hehehe...Pasni sapa nak drive & take discount sure kena ambil DAM dulu sblm drive hehehe...cerah biji mata...
prebetsabu- entah2 ko pun xlama lagi menteri pe hehehe...aku jd menteri passola dahla pakai topi fire brigade hehehe..
dee- welcome to Calculatorbuta...patutnya time org gi keja bg diskaun baru berbaloi kan....
Kak_piah- negara kita bukan kuku besi tp kuku makan cekam hehehe....gelak..gelak gak Kak Piah tp hadiah tok KM jgn lupa ye....hehehe...
cam tak ikhlas je bagi diskaun.. ada masa tertentu pulak.. nak galakkan orang memandu malam ke? pergi kerja malam2.. balik esok paginye hehee..
Alaaa..... senang cite... diorang nih nak menggalakkan aktiviti malam.. jangan terbalik jer kita ni esok sudah... akai ada ka????? (Marah nih..)
nak adiah yerr..
nanti ko... jgn nyesal dah...
huah huah huah....
tapi ada pro nya juga..bukan kontra semata2..
kalau bagi waktu siang..memang dapat dijangka berapa sesaknya jalan time tu..coz orang yg sebelom ni xmau lalu tol da lalu tol juga sebab murah..
kontra nya mcm yg KM KETAK cakap la..kemalangan akan meningkat..
hurrrmmmmm
neeza_shahril-Kerajaan Msia ni sebenarnya takda keikhlasan dlm membantu rakyatnya. Setiap insentif kpd rakyat bayk buruk dr baiknya....
carrotsusu- 1st time nmpk carrotsusu marah hehehe...mungkin ramai ank pak menteri kaki clubbing kot...
kak_piah- ko nak kena back-hen ekkk? hehehe..
butterflytwinlove- blum tentu juga sesaknya sbb diskaun just 10% je bkn 100%. Dan sesetgh org memang xsuka guna highway....
segala penurunan harga bagus untuk rakyat dan disambut baik
cuma diskaun macam lawak kerana tempoh masa yang diberikan
kerana tempoh masa itu mungkin akan ramai bergegas untuk bergerak malam maka kesanya ramai pemamdu mengantuk dan mengakibatkan kemalangan yang lebih banyak. Kedua kesanya ialah kadar produktif rakyat mungkin berkurang kerana terpaksa mengejar perjalanan lewat malam dan awal pagi.
diskaun harus diberikan pada masa puncak khususnya perayaan kerana PLUS gagal menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna pada waktu itu.
diskaun cuma 10% pada ketika rakyat sepatutnya tidur lena tetapi PLUS terus membuat keuntungan dengan kadar kenaikan 10% saban tahun dan jika tidak naik kepada rakyat kerajaan harus bayar juga dengan wang rakyat....??
Post a Comment