Monday, August 16, 2010

Menjengah Pasar Ramadan.........

I'm back! Balik dari kampung, melawat kawasan. Di kampung, ramai plak krew2 tv masuk kampung bikin shooting drama. Yang KM nampak terlibat cam Wan Maimunah & Dr Samat Salleh. Kalau ada Rozita Che Wan ke mahu juga KM close shot dari dekat hehehe.....

Fokus KM arini ialah PARAM atau pasar Ramadan & bukannya Uncle Param, bekas pelakon komedi dulu tu. Macam-macam ada di pasar ramadan tu. Bukan sahaja berjenis makanan dari pelbagai peniaga. Orang yang datang pun macam2. Kecik besar, tua muda. Ada yang borong sikit, ada yang borong cam tak makan seminggu hehehe....
Bagi peniaga2 ni bagus juga bleh tambah side income menjelang Aidilfitri nanti. Tapi nak meniaga biarlah dengan ikhlas & tahu tanggungjawab sebg peniaga. Jangan cuba mengambil kesempatan ni semata-mata nak cari untung tapi kualiti barang/makanan yang kita jual cam hampeh, tak elok, tak sedap, rosak dan seumpamanya. Untung sikit pun takpa janji pembeli puashati & menunggu jualan kita lagi di tahun hadapan.....

Di Param ni bukan sahaja ada makanan yang sedap2 tp pemandangan pun sedap2 (sedap ka seksa hahaha..). Ada yg datang berbaju ketat, berseluar sendat, nampak pusat hehehe.....itu belum ukur dari segi contour & reka bentuk kekeke.....macam2 ada. Ada yang datang dressing & make-up mengalahkan artis & model pun ada hehehe......

KM cakap sebab KM pun singgah juga di Param tu. Sekali tengok tak sengaja....dua 3 kali tengok abisla puasa aritu huhuhu.....mencabar sungguh posa masakini. Kalau param tu ada sepanjang tahun kan best hehehe.........cobaannnnnn.

* KM tumpang simpati pada peniaga2 Param di Melaka yang dilanda taufan sampai terkorban 2-3 nyawa. Kepada BK, syabasla sebab dah berjaya posa penuh 3 daripada 5 hari yg berlalu. Arini nak kena belanja pe plak???

3 comments:

Kak Lia said...

bebaik ye...jgn sampai angin ribut datang menyapu bersih PARAM yg ada itu ini begitu beegini

Dee said...

kurang pahala puasa ko ek..tahniah buat BK..

KM said...

mama-yela mama, Melaka kena ribut sebab dia beriya2 nak buat sekolah utk budak pompuan nagndung luar nikah kot..........

dee- aku mana tengok.....aku jeling je...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin