
Tanggal 1 Ogos, Ahad lalu, keluarga KM menyambut ahli keluarga baru. Alhamdulilah, adinda KM yang ke-2, Siti Rohaida selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Fazli Ahmad. Pernikahan ini disegerakan memandangkan orang tua KM insyallah akan menunaikan fardu haji selepas raya nanti.

Untuk mengelakkan kekalutan tersebut maka urusan pernikahan dipercepatkan. Urusan kenduri akan ditentukan kemudian. Mungkin cuti semester persekolahan ujung tahun nanti.

Sebagai meraikan majlis ni, keluarga KM mengadakan kenduri kecik meraikan saudara mara terdekat & rombongan pengantin lelaki yang datang dari Penang hehehe..........

Adik ipar KM yang kusyuk mengikuti majlis berlangsung....

Buah hati KM yang sibuk melayan karenah hero kesayangan KM.....kebetulan Adam tak berapa sihat. Dia muntah & cirit birit plak...adoi.

Tinggal sorangla pasni.....adinda KM yang bongsu selepas kakaknya selamat menjadi isteri orang.............

My ayahanda sedang sibuk bersembang dengan Tuan Kadi & his son in law.......

Pengantin perempuan di belakang mengikut majlis yang berlangsung........

Pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh his father in law............

Tenang dalam suasana yang ceria...........dengan sekali lafaz sahaja, tanggungjawab berpindah tangan....
Cincin disarungkan oleh pengantin......
Adam bersama my father in law......

Ciuman dari suami kepada si isteri..............

hehehe...........posing hangin satu badan dari anakanda kesayangan KM, Nur Batrisya.....
4 comments:
tahniah dpt adik ipar baru..penang mai kah?
Tahniah...... :)
Tahniah...(eez one)
Dee & Eez One- terima kasih.......
Post a Comment