Perjalanan KM diteruskan lagi minggu lepas. Kali ni ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah. Muzium ini terbahagi 2 iaitu pameran dalam galeri & secara outdoor. Masuk percuma.
Pertama kali anda sampai ke sini, anda akan melihat satu tulisan di dinding muzium. Dipercayai tulisan awal dalam Bahasa Sanskrit yang ditemui semasa proses mencari gali.
Kebanyakan barang yang dipamerkan ialah batu-batuan, serpihan binaan, tembikar & seangkatan dengannya.
Kebanyakan barang yang dipamerkan ialah batu-batuan, serpihan binaan, tembikar & seangkatan dengannya.
Selain muzium arkeologi ni, dalam radius 10km berhampiran pihak Arkeologi USM sedang melakukan usaha cari gali sebuah lagi tapak yang dipercayai wujud sejak 110 A.D. Mungkin lebih lama dari Lembah Bujang ini.
KM selalu melalui tapak baru tersebut yang terletak berhampiran MRSM Merbok tapi belum berpeluang untuk menghampiri. Jika dapat gambar2 nanti, KM akan publishkan.
Di kawasan Merbok ni, selain penemuan tapak2 warisan sejarah tua, terdapat juga makam2 Sultan Kedah yang lampau. Akan KM terjah jua nanti jika berkesempatan.
Legasi2 yang ditemui kebanyakannya adalah kesan peninggalan kerajaan Hindu tua. Kalau yang masih ingat sejarah tentu ingat lagi kerajaan Hindu dulu seperti Gangga Nagara, Srivijaya, Langkasuka & mcm2 ada hehehe........
Banyak sangat gambo nak describe.......so korang layan je la. Tak tahu pergi sendiri. Selain melawat muzium, kalau sempat bleh la layan mandi-manda di sungai yang bersebelahan muzium ni.
1 comment:
Cam menarik aje. Saya belum sampai lagi ke muzium ni..
Post a Comment