Saturday, September 25, 2010

Ada duit judi haram? Ada duit judi halal? Really?.

Selepas tuduhan wang RM100 kepada warga emas Pulau Pinang adalah dari hasil judi menjadi bola tanggung yg kena balik ke muka sendiri. UMNO melalui Ketua Penerangan Pemuda, Reezal Merican sekali membuat tuduhan kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan sumber judi Kelab Lumba Pulau Pinang utk program basmi kemiskinan tegar. Reezal menuduh kerajaan negeri menggunakan RM500 ribu hasil dr kelab utk tujuan tersebut. Pas Reezal, masuk plak si Timbalan PM, minta kerajaan negeri beri penjelasan isu tu.

Walaupun Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah menjawab tuduhan tersebut semasa melancarkan Program Pembersihan Pantai Antarabangsa di Butterworth pagi tadi. Kebanyakan rakyat di Penang sebenarnya dah masak ngan perangai UMNO di Pulau Pinang ni sejak rakan sekutunya, Gerakan menyatakan peluang BN utk merampas Penang terlalu sukar jika rakyat mengukur cara Pakatan Rakyat memerintah sekarang.

Cuma ada beberapa persoalan yg KM rasa patut org2 Melayu yg masih bersama UMNO berfikir & cuba menjawabnya. Antaranya:

1) Sejak bila UMNO kenal judi tu HARAM? (Depa dah bertaubat ke? tiba2 cakap halal haram ni kekeke...)

2) Nak tanya lagi, kedai2 judi, nombor ekor, Sport Toto, Magnum, Damachai, kasino, kelab2 lumba kuda ni SAPA yg bagi lesen sejak merdeka (makin lama bukan makin kurang tp makin byk)? Masa World Cup baru ni pun dah lulus judi bola, nasib ramai rakyat yg marah. Terkini KM ada terbaca di portal berita, Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Tranformasi Ekonomi (ETP) sedang mempertimbangkan lesen kasino kepada sebuah syarikat pengusaha pelancongan di Sabah. Harga saham KARAMBUNAI, syarikat yg dikaitkan dengan rancangan tersebut naik lebih 227% sejak 3 hari yg lalu.

3) Kalau UMNO tuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang beri RM500k duit haram judi kepada rakyat. Mereka plak sudah bagi makan berapa juta or billion duit haram judi kepada rakyat Malaysia sejak merdeka? Duit yg digunakan tok bayar gaji, program pendidikan, pembangunan dan segala macam lagi rancangan yg diluluskan setiap tahun. Adakah duit hasil judi yg kerajaan Malaysia telah 'disucikan' & halal dipulangkan kepada rakyat?

Mungkin 3 soalan tu dah cukup kan. Kalau byk2 nanti penat plak nak jawap tu. Kalau dapat shahibul samahah tok Mufti dari negeri kelahiran KM jawap tu lagi bagus hehehe.........Aku lahir kat PERAK lol....


* KM lebih kenal Shahibul Kastam dalam cerita P.Ramlee dari mufti2 di Malaysia ni hehehe.........

1 comment:

cu734ngel said...

sgt stuju dgn reasoning yang km bg...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin