Tuesday, September 14, 2010

Raya tahun ni ngan Hantu la polak....


Suka atau tidak masa begitu pantas berlaku. Syawal sudah memasuki hari ke-5. Sebahagian dari kita sudah mula bertugas sejak semalam. Yg masih bercuti, sesetengahnya sudah mula bergerak balik ke rumah masing2. Kepada yg bercuti hingga hujung minggu ni, selamat bercuti diucapkan.

Seperti yg KM selalu berkata, dalam kita bersuka di hari raya pasti ada yg berduka. Antaranya ialah keluarga Datuk Sosilawaty Lawiya & 3 lagi keluarga mangsa yg terlibat. Satu pembunuhan yg kita kira amat kejam & trajis tapi tidak mustahil di negara Malaysia Boleh ini. Kita bangga dengan undang-undang yg kita reka tp dalam masa yg sama Allah murka dengan kita. Akhirnya dicabutNya rasa takut dalam diri manusia untuk melakukan kejahatan. Inilah yg kita dapat hari ni.........Takziah KM ucapkan pada semua keluarga mangsa yg terlibat.

Dalam berduka, ada juga yg gembira. Tahniah kepada rakyat negeri Al-Kelantan kerana mendapat sultan yg baru. Semlm, kerajaan Kelantan mengumumkan pertabalan Tengku Muhammad Faris Petra selaku Sultan Kelantan yg ke-29 menggantikan ayahanda baginda yg sakit. Diharap tiada pihak yg mengambil kesempatan utk mengeruhkan suasana.....

Dalam suasana hari raya yg mulia, tahun ini kita ditemani 'hantu-hantu' di kaca2 tv. Pendek kata dari malam raya hingga sekarang, sedia ja ada movie hantu disiarkan. Takde cerita lain ke ekk? atau hantu2 ni dah berpakat ngan 'hantu2 manusia' utk serang hari raya ni selepas sebulan terbelenggu? Kekeke........pakat2la fikir sendiri ye..apala nak jadi ngan Malaysia ni...


1 comment:

Thristhan said...

Hahaha, selamat hari raya bro :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin