Bangun pagi ni, Muhammad Adam bukan sahaja cirit-birit tapi berhampiran punggungnya terdapat kesan gigitan Rove Beetle @ Charlie @ Semut Kayap. Tak silap KM, binatang ni menghasilkan bisa di ekornya. Jika terkena pada kulit, ia akan melecur seperti terkena benda panas.
Bagi penduduk di kawasan KM, serangan serangga ni adalah perkara biasa terutama selepas musim menuai padi. Serangga ni akan cenderung menuju ke kawasan kediaman sebaik padi dituai. Yang menariknya, dia boleh terbang & kediaman KM di tingkat 4 pun ia bisa sampai.
Kesan di punggung Adam hampir menyamai duit 50 sen. Dahla diarrhea sepanjang hari, kena charlie plak tu, sian betul. KM dah ke klinik & dapatkan sekali krim sapu supaya cepat sembuh. KM pernah kena di muka & di badan, rasa mcm nak demam ja. Sebab kawasan yg kena rasa merangsa & kepanasan. Memang tak selesa. Ada sesapa nak try? KM bleh bagi trial package hehehe............
7 comments:
dlu masa saya dok Kat Matrix Penang, bru saya kenal tentang cali ni..memang berbisa..huhu
ouch! =/
pasai ape ai tak penah tau pasal menatang ni km huhuhu
kesiannyaa..penah kena..biasanya org yang tinggai kat utara kenai benda alah neh...sakit wooooo semoga the lil prince cepat sembuh...amin
salam KM :)
eh besar dan buruk nampaknye tempat kena gigit tu kan, mcm melepuh..
kalau orang tua yg kena pun rasa nk nangis, apatah lagi si kecik tu.
moga cepat sembuh!
sian kat adam..harap cepat sembuh
kepada semua yg prihatin- t/kasih atas penuh keprihatinan anda...jauhii charlie jauhi kepedihan hehehe....
Post a Comment