Thursday, September 9, 2010

Akhirnya Ramadan pergi meninggalkan kita........


Ramadan 1431 Hijrah baru sahaja pergi meninggalkan kita sekejap tadi. Berjaya atau tidak kita mengutip peluang2 yg hadir, tepukla dada, tanyala iman. Peluang untuk bertemu Ramadan 1432 entah ada, entah tiada lagi.
Mulai malam ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama umat Islam di negara lain yg 1 Syawalnya jatuh serentak dengan Malaysia. KM sekeluarga mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca & pengunjung yg setia & sekali sekala hadir dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir & batin.
Dalam kesempatan bersuka ria, jangan lupa pada insan2 yg tidak berkemampuan. Bukan semua org boleh raya & gembira mcm korang. Ada juga yg raya, tiada bermakna pada mereka. KM juga menjemput semua yg berkesempatan utk datang ke rumah KM beraya. Tapi rendang rusa takdela.......kalau nak main rusa getah, ada hehehehe...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin