Monday, January 31, 2011

Ariel Peterpan kena jel 3 setengah tahun!!!

Mahkamah di Bandung, Indonesia hari ni menjatuhi hukuman penjara 42 bulan serta denda 250juta rupiah terhadap vokalis Peterpan, Ariel kerana kesalahan merakam serta mengedarkan video lucah antara dia dengan artis, Luna Maya & Cut Tari.
Yang hairannya, 2 orang manusia yang sama seronok beraksi ngan dia tak kena plak....ini hukuman manusia, sentiasa ada yang bias......

Thursday, January 27, 2011

No more plastic bags........


Sekarang ni kalau anda datang Penang & shopping di sini, kebanyakan perniaga cam pasaraya2 dah hampir 100% tak akan sedia beg plastik. Ada sesetengahnya akan caj 20sen kalau anda perlukan sangat beg plastik. Peniaga makanan jugak diminta menggantikan beg berasaskan polisterine. Kempen tanpa plastik berlangsung setiap hari sejak 1 Januari lalu....kalau tahun lepas berlangsung setiap Isnin, Selasa & Rabu.

KM sekeluarga menerima baik polisi tersebut sebagai keperihatin kepada penjagaan alam sekitar. Walaupun kecik tapi impaknya mungkin besar pada masa akan datang. So, sekarang beg untuk bawa barang sentiasa ada dalam keta supaya senang nak bawak bila gi beli barang. Mem plak gila beg gitu sebab designnya menarik...rasanya dah ada lebih 5 beg dalam keta tu yang berlainan design hehehe....Pasni kita beli karung plak ye yang ......hehehehe......

Wednesday, January 26, 2011

Ahmad Dhani, Pengetua Baru AF9???

Mungkin ramai yang rasa tak senang atau marah bila vokalis DEWA dari Indonesia, Ahmad Dhani dikatakan telah sah dilantik menjadi Pengetua AF9 yang akan mula kick off pada April ini.
Seperti perpatah, anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kelaparan.

KM secara peribadi (walaupun tak minat sangat ngan AF) pun beranggapan kenapa banyak lagi artis2 hebat di Malaysia ni, kenapa tak pilih? Kalau nak pilih penyanyi group, kita ada AMy Search yg wee wit.....kita ada Awie....itu belum campur artis hebat lain cam Dato Siti, Syarifah Aini hehehe........dan lain2.

KM pun tak pasti apa strategi pemasaran ASTRO untuk edisi Akademi Fantasia yang terakhir ni.....cuma KM terkenang2 lagi bagaimana pemain bolasepak kebangsaan dilayan waktu berkunjung ke Indonesia semasa perlawanan Piala AFF bulan lepas. Terpaksa naik kereta perisai tu nak ke stadium.............fikir2kanla ye.....

Plasma or LCD or LED or tak beli langsung???

Rasa macam nak beli. Sebab tahun 2011 ni harga dah banyak turun. Dan sekarang plak tambah ngan offer Chinese New Year. Rasa cam minat tapi berfaedah ke? Perlu ke?? Tengah fikir lagi......hehehe....


Monday, January 24, 2011

Happy Birthday to My Mem!!!


20 Januari lepas, hari ulangtahun kelahiran Mem. Kebetulan jatuh Hari Thaipusam, so kita declared 1 hari public holiday. Takde sambutan grand2 utk dia kecuali sebijik kek & seberkas coklat Ferrero Roche. Itu pun kek dikongsi bersama BK.


Nak tau hadiah pe dia dapat, itu kena tanya dia sendiri hehehe..........Masa berlalu ngan pantas, umur manusia juga meningkat naik. Bukan bertambah muda tapi bertambah tua.....

* kepada Mem, next month my birthday month. So, i nak hadiah grand2 kali ni hehehe.......sila sediakan duit ye!!!

Beli kasut raya maaa!!!

Dulu kecik2 mungkin kasut ni susah nak dapat atau mak bapak tak mampu nak belikan kasut2 begini. So bila dah besaq ni masih teringin nak memakainya maka bolehla beli bila ada kemampuan hehehe.....Sebenarnya, kebetulan terserempak ngan kasut Barbie ni semalam waktu jalan2 di Giant Sungai Petani.

Memandangkan dah berkenan maka dengan bantuan KM selaku mesin ATM (di musim gaji tak dapat lagi ni) maka belilah mereka setiap seorang sepasang. Yang hitam tu, Mem punya & yang pink BK punya. Untuk Muhammad Adam, next time abah beli ye sebab takde yang menarik tok dia.

* Ketika orang cina sedang sibuk bershopping raya, orang kita pun ada yg sibuk nak shopping jugak hehehe.............Tapi sebenarnya bagus sebab sekarangla kedai bagi diskaun manyakkkkkkkkkkkk...........KM pun sibuk beli stok sekarang ni....manyak murah maaa...

Friday, January 21, 2011

Semakan ke Tingkatan 1 & 4 MRSM

Kepada adik2 yang telah memohon masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kemasukan 2011 samada ke Tingkatan 1 atau 4, bolehlah membuat semakan mulai hari ini. Anda boleh ke paparan ini untuk menyemak:

1) Semakan Status Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM ambilan 2011

2) Semakan Status Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM ambilan 2011

Kepada yang berjaya diucapkan tahniah....dan yang tak berjaya terus di sekolah sedia ada....kejayaan hidup tak semestinya bergantung pada sekolah mana anda belajar.........

Tuesday, January 18, 2011

Tergulingnya kerajaan Tunisia yang kuat menindas rakyat.....

Hampir seminggu KM tak menulis di sini. Bukan terlalu sibuk dengan kerja tapi kurang sihat. Last week, BK kena asma, cirit-birit, muntah & demam. Berlarutan beberapa hari hingga aktiviti harian KM ngan Mem pun terganggu. Last Saturday, KM plak tak sihat hingga hari ni. Nak datang keja pun malas tp apa bleh buat, hidup mesti diteruskan.
Anyway...KM akan kembali menulis sehari dua lagi. Rangkuman terbaik minggu lalu ialah kejatuhan Presiden Tunisia & diktator, Zine El Abidine Ben Ali selepas rakyat bangun menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan pemerintahan beliau yang menindas rakyat. Salah satu kemuncak kemarahan rakyat ialah kenaikan kos sara hidup yang tinggi.....barang2 naik tak terkawal. Akhirnya presiden terpaksa lari malam meninggalkan negara. Nasib ada mangkuk ayun di sebuah negara yang sanggup terima dia setelah sekutu Perancis enggan membenarkan dia mendapatkan suaka politik di sana.
* so belajarlah dari sejarah..........jgn biarkan kita tergulung dalam lipatan sejarah...

Tuesday, January 11, 2011

Manusia kadang-kala lebih kebinatangan dari binatang......


Berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul. Manusia kadang-kala lebih kejam & lebih kebinatangan dari binatang. Binatang yang xde akal pun sayangkan anak. Tapi manusia yg ada akal sanggup mendera budak sampai mati. Semoga Allah menempatkan anakanda Nur Dania Qistina di dalam taman2 syurgaNYa.........Kepada yang bersalah menyiksanya, go to hell!!!

Monday, January 10, 2011

FACEBOOK bakal ditutup?

Menurut perkhabaran dari Silicon Valley, Palo Alto, pengasas & pemilik laman sosial paling popular masakini FACEBOOK. Mark Zuckerberg dilaporkan akan menamatkan perkhidmatan laman sosial tersebut pada 15 Mac ini.

Beliau dilaporkan berkata menguruskan laman tersebut sangat memberi tekanan pada hidupnya. Zuckerberg sebelum ini banyak berdepan saman & tuntutan hak daripada bekas rakan2nya yg menuntut sebahagian hak & keuntungan daripada menguruskan laman yg paling hangat masa kini. Penganalisis meramalkan nilai FACEBOOK kini mungkin mencecah USD50bilion & Zuckerberg sendiri tersenarai dalam tangga 35 FORBES dengan aset kekayaan bernilai lebih USD6.9billion.

FACEBOOK kini lebih 600juta pengguna di seluruh dunia (kedua tertinggi selepas Google) termasuk pengguna penggunaan yang menjadikan ia sebagai satu medium memasarkan barang & perkhidmatan. Walaupun nilai & pengguna FACEBOOK akan terus meningkat namun Zuckerberg yang merupakan dropuot daripada Harvard University menegaskan duit bukanlah segalanya & beliau mahukan kembali kehidupannya seperti dahulu.


* Kepada pengguna tegar FACEBOOK, sila buat salinan gambar2 anda di FACEBOOK. Bimbang gambar2 tersebut tidak dapat dilihat lagi selepas FACEBOOK ditutup.....Jika maklumat tersebut tidak betui, janganla anda merasa risau hehehehe..............

Saturday, January 8, 2011

Sapa takde stok minyak masak? Aku mau jual hahaha....

Memang sakit hati bila gi kedai nak beli minyak, minyak plak habis atau limit belian 1 kilo je. Jika perkara ni berlaku di zaman darurat or sebelum merdeka, KM rasa tak pelik sangat. Tapi after lebih 50 tahun merdeka & dicanangkan kehebatan Malaysia di seantero dunia, tiba2 rakyat susah nak mencari @ nak dapatkan bekalan minyak masak.


Bekalan minyak masak sekarang terhad cam negara dilanda peperangan......Itulah yang selalu berlaku bila ada usaha2 nak menaikkan harga keperluan asas.....Maklumlah pilihanraya dah dekat.....tokei pun mahu untung banyak sebab itu untung mau sponsor sama itu parti pemerintah untuk lawan pembangkang dalam pilihanraya. Itu duit juga mahu beli kain batik @ pelikat utk kasi sama rakyat bila mau undi nanti hehehe...........

* Paper cina juga cakap selain minyak masak, gula & barang keperluan lain pun akan naik...........Walaupun sebelum ni KM jarang simpan stok tp bila nak beli barang tiba2 barang xde....ini bikin aku sakit hati....Arini aku pi cari stok & dapat 15 kg minyak masak...pueh hati aku!!!!

Friday, January 7, 2011

Inflasi Harga Makanan!!!


Menurut Agensi Makanan Sedunia (FAO), harga kebanyakan bahan makanan dunia mengalami kenaikan tertinggi bulan lepas. Inflasi harga makanan melanda kebanyakan negara Asia termasuk India & China dengan kadar dua angka akan memberi tekanan kepada sektor2 lain & kebimbangan kepada kadar kemiskinan.

Selain kenaikan besar harga gula & daging sejak 1990, harga produk lain seperti gandum, beras, jagung & bijirin lain juga meningkat sejak krisis 2008. Kenaikan inflasi makanan mengurangkan kuasa beli pengguna dan sekali gus memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi pemerintah perlu memikirkan cara mengatasi atau sekurang2nya mengurangkan kesan inflasi ini kepada rakyat. Kegagalan berbuat demikian akan merugikan pemerintah & negara sendiri.

* Tulisan ni adalah cebisan daripada 1 artikel di Business Times. Betapa Malaysia turut menghadapi kesan tersebut. Kerajaan harus memikirkan bagaimana untuk membendung masalah ini yang membelenggu kesulitan pada rakyat & efeknya pada pertumbuhan ekonomi negara. Tahun 2011 ni memang tahun ARNAB sebab banyak harga barang melompat2 naik...lepas satu, satu naik......Semlm gi TESCo tengok memang bekalan minyak masak masih bermasalah......mungkin harganya akan naik bila2 masa dari sekarang....peruncit pun sebut supaya beli stok jika ada......sebab harga nak naik. Harga bawang pun naik harga.....harga telur pun tak turun2 sejak Oktober lalu.....


Wednesday, January 5, 2011

Return To SK Bagan Jermal


Hari berganti hari, malam berganti malam akhirnya Budak Kacak dah naik ke Tahun 1. Jumaat lalu bermula acara pendaftaran masuk ke Tahun 1 dan membayar yuran & buku2. KM & Mem mengambil kesempatan cuti umum untuk bersama2 membawa anak sulung kami ke SK Bagan Jermal (SKBJ), Butterworth, salah satu sekolah yang dinaikkan taraf menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan...........

Menjadi nostalgia apabila KM mengambil kesempatan itu untuk kembali ke sekolah asal KM. Mengimbas kenangan KM bersekolah di situ hampir 5 tahun (dari darjah 1 hing 5), SKBJ dan guru2 KM di situ banyak mengajar erti kehidupan buat KM. Walaupun secara fizikalnya, hampir 80% fizikal dah berubah berbanding tahun 80-an dulu tapi kenangan tetap segar dalam ingatan. SKBJ sekarang pun dah berstatus Sekolah Kluster

KM darjah satu tahun 1983. Waktu tu memang freshie dalam dunia persekolahan & tak penah gi tadika. Pra sekolah lagila takda masa tu. Walaupun tak nangis masa masuk darjah 1 tapi cuak2 bahasa juga. Abah tunggu juga sehari dua.....tp nasib KM cepat adapt ngan persekitaran......

Hampir 28 tahun dah masa berlalu......Cikgu2 yang mengajar KM dulu entah masih hidup atau dah meninggal. Namun doa KM kepada guru2 KM samada yg masih hidup atau dah meninggal semoga Allah merahmati & memberkati jasa2 mereka.........sedih rasanya.....

Kepada anakanda KM, BK belajarlah dengan sebaiknya. KM tidak mahu terlalu membebankan dia dengan harapan yg besar.....jika mampu teruslah belajar sejauh mana yang mungkin....Akademik bukan segalanya dalam hidup ni....Tak berjaya dalam akademik tak semestinya akan gagal dalam kehidupan. Pandai dalam akademik pun tak semestinya boleh jd insan yang kamil....

* tak sempat nak snap kenangan hari pertama persekolahan BK....rasa malas ja nak bawak camera sekarang ni....

RON97 naik sekupang hehehe.......

Mulai hari ini, RON97 naik lagi 10sen kepada RM2.40 seliter. Harga RON97 baru saja dinaikkan 15sen seliter 1 Disember 2010 yang lalu. Selain itu, harga minyak tanah atau kerosin juga naik 10sen seliter kepada rm2.50. Alasan kerajaan menaikkan harga tersebut seperti biasa, harga bahan bakar dunia mengalami peningkatan harga. Dengan kenaikan ini, kita tidak menolak kemungkinan harga RON95 yang disubsidikan juga boleh meningkat dalam masa terdekat. Alasannya mungkin kerajaan tidak mampu menanggung subsidi yang naik ekoran kenaikan harga bahan bakar tersebut.
* Anyway, pada KM apa yang berlaku wajar diterima tanpa sebarang rungutan kerna kita yang memilih slogan RAKYAT DIUTAMAKAN.......hehehe

Tuesday, January 4, 2011

Tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat yang dapat umah!!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di mana? hehehe......Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu Malaysia menjulang trofi AFF Suzuki minggu lepas pastinya mendapat kegembiraan berganda apabila dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan Negeri Kelantan atas kejayaan beliau membantu skuad kebangsaan itu.
Norshahrul Idlan Talaha juga mewakili Kelantan tetapi dia anak kelahiran Terengganu xsilap KM. So, tahniah kepada Apek yang dapat hadiah umah. Kalau korang pun nak umah, korang belila sendiri yo kekeke.............

Monday, January 3, 2011

Apabila minyak masak mula kehabisan bekalan.............


Selepas gula & bahan api naik harga di penghujung tahun 2010, barang2 lain mula mengikut jejak di awal tahun baru 2011. Kalau sesapa rajin gi beli barang akan dapat lihat kenaikan itu. Hangat di pasaran sekarang ialah kekurangan minyak masak. Amatlah menghairan bagi sebuah negara pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia yang eksportnya ke seluruh pelusuk dunia, tiba2 berlaku fenomena bekalan dalam negara tak cukup.

Sangatlah hairan bin ajaib kerana kemampuan pengeluar minyak sawit kita sangatlah besar hingga pembelian senjata dengan negara luar kita boleh buat melalui pertukaran dengan minyak sawit. Bila berlaku camni, kerajaan seperti biasa hanya boleh memberi amaran kepada peniaga, jangan cuba sorok barang atau naikkan harga barang......hehehe..taktik basi. Last2 minyak akan naik juga...satu lagi alasan bodoh ialah, minyak masak kita sering diseludup ke negara jiran.......Takkan banyak sangat yang terlepas ke negara jiran? Kastam kita tido ke?

Anyway semua tu alasan ja untuk rakyat2 yang aku rasa bengong & bleh telan bulat2 alasan gitu. Semua org tahu, mungkin tahun ni akan dipanggil PRU ke-13. Untuk menghadapi piliharaya, parti pemerintah perlukan duit. Duit tu mai dari mana? Aku rasa better korang layan cerita Sivaji The Boss...penuh makna. Aku baru ja layan last week kat Astro Fiesta....Dalam tu jelas diceritakan bagaimana sistem sebuah negara yang penuh korupsi berjalan..........SEMPOI!!!

Perginya Faizal Yusop, Khairy Jamaluddin, Datuk Misbun Sidek............

Hari baru di tahun baru 2011 tapi kehidupan je macam dulu2 hehehe........Hari Budak Kacak memulakan sesi persekolahan baru melangkah ke Tahun 1. KM tak berkesempatan membawanya untuk naik darjah satu sebab KM takde cuti. KM mengharapkan pengalaman dia bersekolah selama 3 tahun akan membantu dia menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Jumaat lepas, KM & Mem dah sempat membawa dia untuk sesi pendaftaran & orientasi.

Tahun baru juga, kita kehilangan seorangan dramatis yang juga bekas suami penyanyi Siti Nurdiana @ Nana, sedara Faisal Yusop. Usia masih muda tetapi beliau dipercayai meninggal akibat diserang masalah jantung. Akhirnya, ketentuan Allah itu pasti walaupun usia muda tetapi janji dengan dengan Allah itu pasti. Last drama, KM tengok dia berlakon cerita "Sukun" kat Astro...Al-Fatihah untuk beliau............


Dalam dunia politik plak, MP Rembau, sedara Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada piliharanraya akan datang. Beliau yang juga merupakan menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan akan berehat daripada politik. Karier politik beliau dilihat tidak begitu memberangsangkan sejak bapa mertuanya berundur dari jawatan perdana menteri. Walaupun dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO namun beliau tidak mendapatkan sebarang jawatan dalam Kabinet Najib Tun Razak.

Dunia sukan plak dikejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Misbun Haji Sidek daripada skuad kejurulatihan BAM. Beliau yang banyak membantu karier pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuat keputusan yang KM rasa tidak mengejutkan dengan sikap & telatah badan induk badminton Malaysia itu. Pemergian beliau disusuli desas-desus yang menyatakan Datuk Lee Chong Wei sendiri akan turut meninggalkan BAM. Apa-apapun semoga berbahagia...........

* Dalam dunia yang fana ini...............manusia sering datang & pergi...............

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin