Monday, January 3, 2011

Perginya Faizal Yusop, Khairy Jamaluddin, Datuk Misbun Sidek............

Hari baru di tahun baru 2011 tapi kehidupan je macam dulu2 hehehe........Hari Budak Kacak memulakan sesi persekolahan baru melangkah ke Tahun 1. KM tak berkesempatan membawanya untuk naik darjah satu sebab KM takde cuti. KM mengharapkan pengalaman dia bersekolah selama 3 tahun akan membantu dia menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Jumaat lepas, KM & Mem dah sempat membawa dia untuk sesi pendaftaran & orientasi.

Tahun baru juga, kita kehilangan seorangan dramatis yang juga bekas suami penyanyi Siti Nurdiana @ Nana, sedara Faisal Yusop. Usia masih muda tetapi beliau dipercayai meninggal akibat diserang masalah jantung. Akhirnya, ketentuan Allah itu pasti walaupun usia muda tetapi janji dengan dengan Allah itu pasti. Last drama, KM tengok dia berlakon cerita "Sukun" kat Astro...Al-Fatihah untuk beliau............


Dalam dunia politik plak, MP Rembau, sedara Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada piliharanraya akan datang. Beliau yang juga merupakan menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan akan berehat daripada politik. Karier politik beliau dilihat tidak begitu memberangsangkan sejak bapa mertuanya berundur dari jawatan perdana menteri. Walaupun dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO namun beliau tidak mendapatkan sebarang jawatan dalam Kabinet Najib Tun Razak.

Dunia sukan plak dikejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Misbun Haji Sidek daripada skuad kejurulatihan BAM. Beliau yang banyak membantu karier pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuat keputusan yang KM rasa tidak mengejutkan dengan sikap & telatah badan induk badminton Malaysia itu. Pemergian beliau disusuli desas-desus yang menyatakan Datuk Lee Chong Wei sendiri akan turut meninggalkan BAM. Apa-apapun semoga berbahagia...........

* Dalam dunia yang fana ini...............manusia sering datang & pergi...............

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin