Hampir seminggu KM tak menulis di sini. Bukan terlalu sibuk dengan kerja tapi kurang sihat. Last week, BK kena asma, cirit-birit, muntah & demam. Berlarutan beberapa hari hingga aktiviti harian KM ngan Mem pun terganggu. Last Saturday, KM plak tak sihat hingga hari ni. Nak datang keja pun malas tp apa bleh buat, hidup mesti diteruskan.
Anyway...KM akan kembali menulis sehari dua lagi. Rangkuman terbaik minggu lalu ialah kejatuhan Presiden Tunisia & diktator, Zine El Abidine Ben Ali selepas rakyat bangun menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan pemerintahan beliau yang menindas rakyat. Salah satu kemuncak kemarahan rakyat ialah kenaikan kos sara hidup yang tinggi.....barang2 naik tak terkawal. Akhirnya presiden terpaksa lari malam meninggalkan negara. Nasib ada mangkuk ayun di sebuah negara yang sanggup terima dia setelah sekutu Perancis enggan membenarkan dia mendapatkan suaka politik di sana.
* so belajarlah dari sejarah..........jgn biarkan kita tergulung dalam lipatan sejarah...
1 comment:
patut sepi..moga hang dan BK cepat sihat ye..
Post a Comment