Hari berganti hari, malam berganti malam akhirnya Budak Kacak dah naik ke Tahun 1. Jumaat lalu bermula acara pendaftaran masuk ke Tahun 1 dan membayar yuran & buku2. KM & Mem mengambil kesempatan cuti umum untuk bersama2 membawa anak sulung kami ke SK Bagan Jermal (SKBJ), Butterworth, salah satu sekolah yang dinaikkan taraf menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan...........
Menjadi nostalgia apabila KM mengambil kesempatan itu untuk kembali ke sekolah asal KM. Mengimbas kenangan KM bersekolah di situ hampir 5 tahun (dari darjah 1 hing 5), SKBJ dan guru2 KM di situ banyak mengajar erti kehidupan buat KM. Walaupun secara fizikalnya, hampir 80% fizikal dah berubah berbanding tahun 80-an dulu tapi kenangan tetap segar dalam ingatan. SKBJ sekarang pun dah berstatus Sekolah Kluster
KM darjah satu tahun 1983. Waktu tu memang freshie dalam dunia persekolahan & tak penah gi tadika. Pra sekolah lagila takda masa tu. Walaupun tak nangis masa masuk darjah 1 tapi cuak2 bahasa juga. Abah tunggu juga sehari dua.....tp nasib KM cepat adapt ngan persekitaran......
Hampir 28 tahun dah masa berlalu......Cikgu2 yang mengajar KM dulu entah masih hidup atau dah meninggal. Namun doa KM kepada guru2 KM samada yg masih hidup atau dah meninggal semoga Allah merahmati & memberkati jasa2 mereka.........sedih rasanya.....
Kepada anakanda KM, BK belajarlah dengan sebaiknya. KM tidak mahu terlalu membebankan dia dengan harapan yg besar.....jika mampu teruslah belajar sejauh mana yang mungkin....Akademik bukan segalanya dalam hidup ni....Tak berjaya dalam akademik tak semestinya akan gagal dalam kehidupan. Pandai dalam akademik pun tak semestinya boleh jd insan yang kamil....
* tak sempat nak snap kenangan hari pertama persekolahan BK....rasa malas ja nak bawak camera sekarang ni....
No comments:
Post a Comment