Monday, January 3, 2011

Apabila minyak masak mula kehabisan bekalan.............


Selepas gula & bahan api naik harga di penghujung tahun 2010, barang2 lain mula mengikut jejak di awal tahun baru 2011. Kalau sesapa rajin gi beli barang akan dapat lihat kenaikan itu. Hangat di pasaran sekarang ialah kekurangan minyak masak. Amatlah menghairan bagi sebuah negara pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia yang eksportnya ke seluruh pelusuk dunia, tiba2 berlaku fenomena bekalan dalam negara tak cukup.

Sangatlah hairan bin ajaib kerana kemampuan pengeluar minyak sawit kita sangatlah besar hingga pembelian senjata dengan negara luar kita boleh buat melalui pertukaran dengan minyak sawit. Bila berlaku camni, kerajaan seperti biasa hanya boleh memberi amaran kepada peniaga, jangan cuba sorok barang atau naikkan harga barang......hehehe..taktik basi. Last2 minyak akan naik juga...satu lagi alasan bodoh ialah, minyak masak kita sering diseludup ke negara jiran.......Takkan banyak sangat yang terlepas ke negara jiran? Kastam kita tido ke?

Anyway semua tu alasan ja untuk rakyat2 yang aku rasa bengong & bleh telan bulat2 alasan gitu. Semua org tahu, mungkin tahun ni akan dipanggil PRU ke-13. Untuk menghadapi piliharaya, parti pemerintah perlukan duit. Duit tu mai dari mana? Aku rasa better korang layan cerita Sivaji The Boss...penuh makna. Aku baru ja layan last week kat Astro Fiesta....Dalam tu jelas diceritakan bagaimana sistem sebuah negara yang penuh korupsi berjalan..........SEMPOI!!!

2 comments:

Ayuraza said...

KM..sivaji the boss terbaekkk la..yuhu..tengok lapan ploh kali..hehe :P
naik ke?? adessss..menagess la..

KM said...

hehehe.....ko mesti terbayang ko jd heroin dalam filem tu kan.kan..kan...hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin