Tuesday, June 26, 2012

Format Kelayakan AFC Asian Cup U-22

Pusingan akhir Piala Asia Bawah-22 yang sekarang tengah berlangsung peringkat kelayakan kumpulan dijangka pada Januari 2014 dan tuan rumah pun belum ditentukan.

Sebanyak 41 negara di bawah gabungan AFC bersaing di peringkat kumpulan & dibahagikan kepada 7 kumpulan. Juara & runner-up bagi setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir serta satu slot tempat ketiga terbaik daripada 7 kumpulan menjadikan 15 pasukan serta 1 slot untuk tuan rumah.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama favourite, Korea Selatan serta Myanmar, Taiwan, Filipina & Vietnam. Malaysia perlu mengatasi Myanmar rasanya untuk bersama Korea layak ke pusingan akhir.

Malaysia kalah kepada Korea 2-3 pada aksi pembukaan & menang 7-0 kelmarin mengatasi Filipina. Malaysia perlu menang besar lagi ke atas Taiwan Khamis ini & seterusnya Vietnam sebelum menentang Myanmar di perlawanan terakhir kumpulan.

Di atas kertas, anak2 buah Ong Kim Swee mesti melayakkan diri ke pusingan berdasarkan kemampuan semasa serta pendedahan yg diberikan selama ini. Selamat berjuang Harimau Muda!!!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin