Bekerja di mana & dengan siapa pun pasti ada masalahnya. Hatta kerja sendiri sekali pun. Sama ada masalah dalaman mahupun dengan luaran. Sama ada masalah kecil mahu pun besar.
Bekerja dengan masalah memang menyulitkan. Ia memberi kita stress atau tekanan yg memberi kita masalah sehingga kdg2 ke rumah. Nak tahu org stress camna tengok pada diri kita. Adakah kita ceria semasa dtg kerja? Atau kita kemurungan semasa di tempat kerja?
Masalah di tempat keja boleh disebabkan hubungan dengan ketua atau pun dengan rakan sekerja atau bebanan kerja yg tak mampu lagi kita tanggung atau hal2 lain.
Bagaimana anda mencari keluar? Meletak jawatan sahaja? Memohon pertukaran tempat bekerja? atau harungi jua hingga ke titisan air mata terakhir? hahahaha.....
Mohon cadangan & pandangan anda....ada berani?
No comments:
Post a Comment