Saturday, June 30, 2012
Umat Rohingya saudara kita....hulurkan tangan ringankan beban...
Maklumat yg KM dapat agak lewat, tak sempat nak prepare. Dah hampir Asar baru dapat tahu petang ni ada majlis penyerahan bantuan makanan asas bertempat di perkarangan Masjid Jamek Seberang Jaya untuk diserahkan kepada saudara Islam kita di Rohingya, Myanmar yang sekian lama tertindas di bawah pemerintahan junta negara itu.
On the way nak balik rumah, KM turn back ke hypermarket utk beli apa yang patut. Akhirnya dapat juga kami serahkan 50 kg beras, 10 kg tepung & 50 peket mee segera. Berdasarkan pemerhatian KM, setakat lepas Asar dah ribuan kilogram asas seperti beras, tepung, gula, minyak & mee segera dapat dikumpulkan & harapan lebih ramai yg akan datang menyumbang memandangkan masa pengumpulan sehingga Isyak.
Program yg diangjurkan oleh beberapa NGO ini sangat baik & wajar diteruskan. Individu cam kita ni pun wajar prihatin kerana kesusahan manusia ni kita tak leh jangka. Mungkin hari ni mereka susah & tertindas, mana tahu esok lusa hari kita plak.
Lagipun sesama Islam kita adalah bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri harus terasa. Lainla kita manusia yg tak pernah ada rasa simpati pada org lain...
KM berhajat untuk menghulurkan sumbangan menjelang Ramadhan ni....kepada yg saudara2 blogger berhajat nak membantu amatlah dialu2kan memandangkan dana KM masih terhad....hajat nak bawak turun jual suratkhabar lama pun terbantu sebab lif rosak kekeke....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment