Wednesday, June 6, 2012

Penjawat awam tak mampu membeli rumah..kenapa ya?

Bulan lepas hebohla kesatuan pekerja awam, CUEPACS melaporkan lebih 60% di kalangan kakitangan awam khususnya yg bergaji di bawah RM3,000 masih belum mampu membeli rumah sendiri. Pinjaman perumahan kerajaan sehingga sekarang masih mengekalkan kadar faedah 4% berdasarkan baki terendah tak silap KM.

CUEPACS sejak beberapa lama penah meminta kerajaan mempertimbangkan permintaan agar kadar tersebut diturunkan lagi tapi belum ada maklum balas yg positif. Bila CUEPACS mula membuka cerita ini semula sekarang terutama di musim semua pihak menanti PRU ke-13 mungkin boleh mendapat sedikit harapan.

Usaha untuk membeli/memiliki rumah sendiri ini bergantung banyak pada diri sendiri. Kita kena set keutamaan dalam perancangan. Ada orang melengah2kan usaha membeli rumah ni. Mereka lebih mengutamakan barang2 lain dahulu seperti kenderaan dan hal2 lain.

Akibatnya bila umor meningkat baru sibuk nak mencari rumah. Bila umur meningkat, tempoh kelayakan pinjaman pun menurun & bayaran balik bulanan pasti lebih tinggi & timbul masalah komitmen bulanan di situ.

Mungkin sesetengah org tak suka hutang lelama tetapi sekarang lebih lama hutang lebih rendah bayaran bulanan & kalau mati pun waris yg terbeban dengan tanggungan sebab kebanyakan pinjaman sekarang dilindungi insuran.

So, merancang lebih awal untuk membeli rumah. Lebih awal korang kerja tetap, lebih bagus korang rancang beli rumah. Jangan rancang nak buat personal loan saja untuk perkara2 yg tak pasti.

Antara sebab orang gagal membeli rumah (berdasarkan pemerhatian KM) ialah:

1) melengah2kan usaha atau rancangan membeli rumah hingga usia & komitmen lain meningkat...ada org yg cakap tunggu kawen dulula baru plan...nak beli bersama katanya....time is running out babe..

2) terlalu lama memilih sama ada dari segi lokasi & harga...Lokasi & harga sangat berkait...kalau ko duduk penang, nak cari hartanah landed pada harga yg murah surela impossible...so, beli secara ukur baju di badan....kalau anda di kawasan hartanah strategi jgn terlalu lama memilih...sebab harga makin naik...kalau ko nak murah kena cari kawasan yg remote sikitla...

3) ada juga antara kita yg mind set dia masih belum terbuka...nak beli umah dia fikir kena sedia duit yg byk & akan membebankan (memangla perlu sedia duit tp kalau kena caranya kos tu boleh diminimizekan)...kelemahan ini berlaku sebab kita takde ilmu hal ni & kita tak bersedia nak mencari ilmu bab2 ni...sekarang dah byk cara bleh cari ilmu melalui seminar2..bengkel2...yang besar ada yang kecik pun ada...kat internet pun byk org2 yang ahli menulis dan berkongsi pengalaman mereka...boleh tanya kalau malu nak attend course2 yg diadakan.

4) hilang atau kemampuan & kelayakan meminjam menurun kerana komitmen2 lain yg diutamakan terlebih dahulu. Pinjaman peribadi & kenderaan byk mengurangkan kemampuan kita untuk meminjam beli rumah....

Selain tu, ada lagi faktor2 luaran yg menyebabkan kita xmampu membeli rumah seperti kenaikan kadar faedah, bank mengetatkan syarat pinjaman dsbnya.



1 comment:

Anonymous said...

Possibility tak mampu ada banyak sebab. Tapi yang selalunya terjadi adalah seperti berikut:-

1.Kurang meminati bidang hartanah / kurang membaca

2.Hutang melebihi syarat bank (CCRIS & CTOS)

3.Tak berani nak assume hutang yang besar

4.Harga rumah dah semakin tak masuk akal

5. Rumah yang berjaya dicari terletak jauh dari tempat kerja

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin