Tuesday, June 12, 2012

Membekukan PTPTN macam keja bodoh sahaja...

Cubaan membekukan bantuan pinjaman PTPTN kepada 2 buah IPT di Selangor mendapat kecaman ramai hatta kepada Menteri PT mahupun kepada kerajaan BN. Tindakan mengacah Pakatan Rakyat khususnya PKR yg melaungkan ingin memberi pendidikan percuma jika menang PRU akan datang dilihat satu tindakan politik yg buduh. Masakan boleh membiarkan kerajaan negeri Selangor menunjukkan kemampuannya untuk menyediakan pendidikan percuma memandangkan kerajaan negeri mempunyai kemampuan & kuasa yg terbatas dalam mengumpulkan sumber & pendapatan.

 Cubaan untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat dilihat menikam diri apabila rata-rata rakyat yg terbuka hatinya & rasional melihat tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar UNISEL & KUIS satu tindakan politik yg tidak matang.

Jika Menterinya berkata cubaan tersebut bukan untuk membebankan pelajar, Km kira itu jawapan mengarut. Apabila mereka berbuat demikian, beberapa ramai pelajar & ibu-bapa yg sudah stress memikirkan pengajian & masa depan mereka?

Kalau nak berlawan biarlah anak jantan...federal nak berlawan ngan state, aku kira macam bodoh ja....nak tengok mampu dak janji Anwar Ibrahim nak bg pendidikan percuma kepada rakyat, sila beri PR kuasa pada PRU akan dtg...blehla tengok dia omong ka betui2...

Menyekat pinjaman begitu dengan harapan untuk membiarkan kerajaan Selangor menunjukkan kemampuan mereka, satu tindakan politik yg kurang matang..macam budak2...

Berapa ramai anak Melayu kita yg akan teraniaya jika tidak sebegini diteruskan? Tak cukup ka dengan diskriminasi terhadap negeri2 yg dikuasai pembangkang?? Apakah hasil yg kerajaan kutip semata2 dari rakyat yg menyokongnya sahaja?

Sila jadi lebih matang...jgn jadi negara kelas ke-3...

2 comments:

Rosmawani♥ said...

Mcm2... Huhuhu.. Tkut :(

Masy said...

bak kata MB Selangor, federal jangan ambik sesen cukai dari Selangor lepas ni - kompem boleh buat free education ni. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin