Friday, June 22, 2012
Jerman vs Greece....ada kejutan???
Awal pagi ini, Portugal mengesahkan satu slot ke separuh akhir EURO 2012 selepas menewaskan Czech Republic. Satu lagi slot akan ditentukan awal pagi esok antara juara 3 kali, Jerman dengan Juara 2004, Greece.
Di atas kertas, Jerman menjadi pilihan ramai berdasarkan prestasi semasa & barisan pemain mereka. Namun keupayaan Greece untuk mencipta kejutan mungkin tidak boleh diketepikan begitu saja. Di peringkat, Jerman menang ketiga2 perlawanan mereka manakala Greece bermula agak slow sebelum mengatasi Russia pada perlawanan terakhir untuk layak ke suku akhir.
Ramai pasti memilih Germany untuk ke peringkat seterusnya namun KM berharap ada kejutan daripada Greece nanti walaupun tanpa bintang2 besar seperti Germany.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment