Saturday, June 30, 2012

Umat Rohingya saudara kita....hulurkan tangan ringankan beban...






Maklumat yg KM dapat agak lewat, tak sempat nak prepare. Dah hampir Asar baru dapat tahu petang ni ada majlis penyerahan bantuan makanan asas bertempat di perkarangan Masjid Jamek Seberang Jaya untuk diserahkan kepada saudara Islam kita di Rohingya, Myanmar yang sekian lama tertindas di bawah pemerintahan junta negara itu.

On the way nak balik rumah, KM turn back ke hypermarket utk beli apa yang patut. Akhirnya dapat juga kami serahkan 50 kg beras, 10 kg tepung & 50 peket mee segera. Berdasarkan pemerhatian KM, setakat lepas Asar dah ribuan kilogram asas seperti beras, tepung, gula, minyak & mee segera dapat dikumpulkan & harapan lebih ramai yg akan datang menyumbang memandangkan masa pengumpulan sehingga Isyak.

Program yg diangjurkan oleh beberapa NGO ini sangat baik & wajar diteruskan. Individu cam kita ni pun wajar prihatin kerana kesusahan manusia ni kita tak leh jangka. Mungkin hari ni mereka susah & tertindas, mana tahu esok lusa hari kita plak.

Lagipun sesama Islam kita adalah bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri harus terasa. Lainla kita manusia yg tak pernah ada rasa simpati pada org lain...

KM berhajat untuk menghulurkan sumbangan menjelang Ramadhan ni....kepada yg saudara2 blogger berhajat nak membantu amatlah dialu2kan memandangkan dana KM masih terhad....hajat nak bawak turun jual suratkhabar lama pun terbantu sebab lif rosak kekeke....


Rozaimi Abd Rahman meledak lagi!!! Syabas Harimau Muda....

Pemain sensasi Harimau Muda, Rozaimi Abd Rahman meledakkan hatrik petang tadi dalam pertemuan kelayakan Piala Asia Bawah-22 menentang Vietnam. Terikat 0-0 di separuh pertama, Harimau Muda bangun di separuh kedua dengan Rozaimi menjaringkan 3 gol dengan 2 gol dijaringkan di hujung masa permainan.

Nasib Malaysia masih bergantung pada perlawanan terakhir dengan tuan rumah, Myanmar memandangkan Myanmar juga mencatat kemenangan besar 6-2 ke atas Taiwan.

Malaysia vs Vietnam...

Skuad Bawah-22 Malaysia akan turun lagi petang ini untuk menentang Vietnam pada kelayakan Piala Asia Bawah-22 Tahun. Malaysia perlu memanfaat peluang ini sebelum perlawanan terakhir kumpulan menentang tuan rumah, Myanmar.

Harus diingat Myanmar mampu mengikat Korea pada games 2 hari lepas. Jika kita gagal di tangan Myanmar Selasa depan, kita mungkin gagal untuk ke pusingan akhir nanti.

Friday, June 29, 2012

Italy set up final EURO 2012 with Spain!!!

Rekod kurang memberangsangkan Germany ke atas Italy berterusan apabila mereka tersingkir di separuh akhir EURO 2012 di tangan skuad Azzurri. Skuad kendalian Joachim Leow nampak sukar menembusi pertahanan Italy dengan banyak percubaan mereka di tangkis terutama oleh penjaga gol, Gigi Buffon.

Menambah luka Germany bila bintang Man City, Mario Balotelli meledakkan 2 gol dalam tempoh 16 minit di separuh pertama. Germany menggandakkan asakan di separuh kedua namun benteng Italy terus kukuh sehingga minit kecederaan pengadil menghadiahkan Germany sepakan penalti setelah bola terkena tangan pertahanan Italy. Mezut Ozil mudah menyempurnakan sepakan penalti namun Germany tetap kecundang.

Perlawanan akhir menyaksikan Italy akan berdepan juara bertahan & pasukan pilihan, Spain!!! I pick Italy to upset again!!!

Thursday, June 28, 2012

Malaysia benam Taiwan 4-2...Rozaimi Abdul Rahman sekali lagi meledak!!!

Malaysia menang 4-2 ke atas Taiwan dalam kelayakan Piala Asia Bawah-22 hari ini. Mendahului 3-0 di separuh pertama tetapi membenarkan Taiwan menjaringkan 2 gol di separuh ke-2.

Rozaimi Abdul Rahman meledak 2 gol untuk Harimau Muda.

Germany vs Italy...another EURO 2012 semifinal...i pick Italy to upset

Awal pagi esok akan berlangsung satu lagi semifinal EURO 2012 antara pasukan pilihan, Germany menentang Italy. Kehadiran Germany ke EURO 2012 adalah sebagai pasukan pilihan manakala Italy datang dengan beberapa masalah pengaturan perlawanan dalam liga mereka hingga beberapa pemain terpaksa disingkir oleh FA Italy. Namun mereka mara mampu mara ke peringkat ini walalupun tanpa nama2 yang gah untuk edisi kali ini.

Namun rekod Germany ke atas Italy dalam pertandingan utama tidak begitu memberangsangkan. Tapi ramai tetap memilih Germany untuk bertemu Sepanyol di akhir berdasarkan kemampuan serta prestasi pasukan itu.

Jika ramai memilih Germany...KM memilih Italy untuk mencipta kejutan walaupun KM semalam berharap Portugal menang tapi badi penalti terus menghantui mereka!!!

Bagaimana mendaftar menjadi pengundi?

Mungkin ramai antara kita belum menjadi pengundi berdaftar atau lebih tepat tidak boleh mengundi bila tiba pilihanraya. Mungkin ada yg kata tak mau campurla semua ni tapi bila berlaku sesuatu perubahan polisi atau keadaan dalam politik Malaysia maka bising2 plak.

Menajdi pengundi ni penting untuk memilih kerajaan yang memerintah negara ini. Ini tanggungjawab kita sebagai rakyat. Kalau kita tak memilih maka senang cerita kita merelakan sesapa saja untuk memerintah kita walaupun polisi mereka kita tak suka.

Sekarang ni dah senang kalau nak mendaftar jadi pengundi atau pemilih. Gi ja ke pejabat pos berhampiran & jangan lupa bawak kad pengenalan. Serahkan kp kepada kerani pos & mereka akan daftarkan melalui sistem pendaftaran SPR. Selesai mereka akan bagi anda salinan borang pendaftaran pemilih. Insyallah 2-3 bulan nama anda akan dimasukkan dalam senarai pengundi sebaik SPR mewartakannya. Lokasi untuk anda mengundi berdasarkan alamat dalam kad pengenalan.

So mudah sekali....sila ke pejabat pos segera supaya anda tak terlepas peluang mengunid pada PRU ke-13 nanti!!!

Malaysia vs Taiwan...berapa gol Harimau Muda bleh ledakkan??

Di atas kertas, Taiwan seharusnya santapan besar untuk skuad Harimau Muda hari ni dalam kelayakan Piala Asia Bawah-22. taiwan tumpas 1-8 di tangan Korea 2 hari lalu. Apapun kita tunggu perlawanan hari ni berapa gol yg Malaysia bleh score...adakah Rozaimi Abdul Rahman akan meledak lagi???

Meletak jawatan....anda pernah terfikir berbuat demikian??

Bekerja di mana & dengan siapa pun pasti ada masalahnya. Hatta kerja sendiri sekali pun. Sama ada masalah dalaman mahupun dengan luaran. Sama ada masalah kecil mahu pun besar.

Bekerja dengan masalah memang menyulitkan. Ia memberi kita stress atau tekanan yg memberi kita masalah sehingga kdg2 ke rumah. Nak tahu org stress camna tengok pada diri kita. Adakah kita ceria semasa dtg kerja? Atau kita kemurungan semasa di tempat kerja?

Masalah di tempat keja boleh disebabkan hubungan dengan ketua atau pun dengan rakan sekerja atau bebanan kerja yg tak mampu lagi kita tanggung atau hal2 lain.

Bagaimana anda mencari keluar? Meletak jawatan sahaja? Memohon pertukaran tempat bekerja? atau harungi jua hingga ke titisan air mata terakhir? hahahaha.....

Mohon cadangan & pandangan anda....ada berani?

Wednesday, June 27, 2012

Oh My English..belajar bahasa ke belajar menconteng????






KM tak follow rancangan Oh My English yg tengah hot kat ASTRO sekarang ni. Tapi anak KM ni tak sengaja tertengok rancangan ni. Tapi yg dukacitanya, dia bukan belajar bahasa inggeris tapi dia belajar conteng muka dan badan hehehe....kan dalam satu episod baru2 ni ada pasai chicken pox tak silap KM.
Alahai anakku.....


Tuesday, June 26, 2012

Format Kelayakan AFC Asian Cup U-22

Pusingan akhir Piala Asia Bawah-22 yang sekarang tengah berlangsung peringkat kelayakan kumpulan dijangka pada Januari 2014 dan tuan rumah pun belum ditentukan.

Sebanyak 41 negara di bawah gabungan AFC bersaing di peringkat kumpulan & dibahagikan kepada 7 kumpulan. Juara & runner-up bagi setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir serta satu slot tempat ketiga terbaik daripada 7 kumpulan menjadikan 15 pasukan serta 1 slot untuk tuan rumah.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama favourite, Korea Selatan serta Myanmar, Taiwan, Filipina & Vietnam. Malaysia perlu mengatasi Myanmar rasanya untuk bersama Korea layak ke pusingan akhir.

Malaysia kalah kepada Korea 2-3 pada aksi pembukaan & menang 7-0 kelmarin mengatasi Filipina. Malaysia perlu menang besar lagi ke atas Taiwan Khamis ini & seterusnya Vietnam sebelum menentang Myanmar di perlawanan terakhir kumpulan.

Di atas kertas, anak2 buah Ong Kim Swee mesti melayakkan diri ke pusingan berdasarkan kemampuan semasa serta pendedahan yg diberikan selama ini. Selamat berjuang Harimau Muda!!!!

Portugal vs Spain: Pertembungan pemain sesama kelab..

Awal pagi Khamis nanti, Portugal akan turun menentang juara bertahan, Sepanyol di separuh akhir EURO 2012. Di atas kertas, Sepanyol masih lagi pilihan walaupun Portugal mungkin boleh memberi kejutan.

Pertembungan kedua-dua pasukan menyaksikan juga pertembungan pemain-pemain sesama kelab. Christiano Ronaldo, Pepe & Fabio Coentrao akan berhadapan rakan sekelab, Casillas, Arbeloa, Sergio Ramos, Xabi Alonso & Albiol dari Real Madrid.

Raul Meireles pula akan berhadapan pemain sekelab beliau di Chelsea, Fernando Torres & Juan Mata.

15 pemain daripada kedua-dua pasukan adalah pemain Barca & Real.

So, ramai pasti memilih Sepanyol tapi mengharap satu kejutan untuk edisi kali ni.....

Monday, June 25, 2012

Mengajar kanak-kanak ke tandas....


Hujung September nanti, Muhammad Adam Irfan akan berusia 3 tahun sudah. Dia pun dah faham yg dia akan mendapat adik tak lama lagi, insyaallah. Setiap hari dia akan memberi salam pada adik dia di dalam perut uminya.

Cuti 2 minggu yg lepas, dia dah ditrain supaya membuang air di tandas. Alhamdulilah, dia berjaya. Setiap kali nak buang air dia akan bagitau. Cuma bila bila nak berjalan-jalan atau nak tido malam ja dia pakai diapers skarang.

Kita train ni supaya dia tak terlalu lama bergantung harap pada diaper...so far tiada lagi berlaku pencemaran di mana2 hehehe....

Kelayakan Piala Asia Bawah 22: MAlaysia vs Filipina

Selepas kecundangan 2-3 ke pasukan pilihan, Korea Selatan, Malaysia akan turun petang ini menentang Filipina. Di atas kerta, skuad bimbingan Ong Kim Swee adalah pilihan namun segala mungkin berlaku.

* Berita baik untuk skuad Harimau Malaya yg berjaya membelasah Filipina 7-0.

Sunday, June 24, 2012

Bekas pemain Liverpool menghancurkan impian Perancis....

Seperti yang dijangka ramai, Sepanyol tiada masalah untuk mengatasi Perancis di suku akhir EURO 2012. Penguasaan Sepanyol jelas dalam menguasai hampir keseluruhan permainan dengan Xabi Alonso menjadi pemusnah impian Perancis apabila dua gol melalui tandukan & sepakan penalti beliau mengirim pasukan Perancis pulang dari kejohanan kali ni.

Sepanyol menempah slot ke separuh akhir untuk bertemu Portugal. Manakala satu slot lagi, Jerman akan bertemu pemenang antara Italy dengan England.

Saturday, June 23, 2012

Gempa bumi 23/6/2012

Sebentar tadi, hampir kol 1 tadi dipercayai berlaku gegaran di kawasan rumah KM. KM tak sedar tapi beberapa org penduduk meninggalkan rumah masing2 ke turun ke bawah...

Untuk makluman, gempa bumi tadi berpusat di Aceh dengan gegaran 6.6 skala richter.

Duduk rumah tinggi2 camnila...bimbang bila berlaku gegaran camni....

Melukis menggunakan payudara..


Kebiasaannya manusia menggunakan tangan untuk melukis tetapi ada juga orang kelainan upaya (OKU) yg melukis menggunakan mulut atau kaki. Tapi di Siam dalam rancangan Thailand's Got Talent, seorang wanita yg menyertai rancangan tersebut menggunakan payudara dia untuk melukis di kanvas.

Macam2 cara manusia cuba untuk mencari kemashyuran termasuk Duangjai Jansaunoi ni yg sanggup ambik warna/cat sapu kat breast dia & kemudian tonyoh kat kanvas hehehe....KM pun tak tau apa yg dia lukis....

Spain vs France...i pilih France untuk kejutan!!!

Germany mengesahkan satu slot ke separuh akhir EURO 2012 selaku pilihan selepas membelasah Greece 4-2 dengan permainan yg kelihatan debahagian besar dikuasai Jerman.

Awal pagi esok, juara 2008 Sepanyol akan turun menentang Perancis untuk satu lagi slot. Pemenang akan bertemu Portugal di separuh akhir.

Sepanyol mungkin menggalas tugas berat selaku pilihan manakala Perancis akan cuma mengulangi kegemilangan mereka menjuarai EURO 2000 serta menutup persembahan buruk mereka di Piala Dunia yang lalu.

KM memilih France untuk kejutan ke atas Sepanyol malam ini. Kalau France menang sure KM akan beli jersi mereka esok!!!

Friday, June 22, 2012

Jerman vs Greece....ada kejutan???


Awal pagi ini, Portugal mengesahkan satu slot ke separuh akhir EURO 2012 selepas menewaskan Czech Republic. Satu lagi slot akan ditentukan awal pagi esok antara juara 3 kali, Jerman dengan Juara 2004, Greece.

Di atas kertas, Jerman menjadi pilihan ramai berdasarkan prestasi semasa & barisan pemain mereka. Namun keupayaan Greece untuk mencipta kejutan mungkin tidak boleh diketepikan begitu saja. Di peringkat, Jerman menang ketiga2 perlawanan mereka manakala Greece bermula agak slow sebelum mengatasi Russia pada perlawanan terakhir untuk layak ke suku akhir.

Ramai pasti memilih Germany untuk ke peringkat seterusnya namun KM berharap ada kejutan daripada Greece nanti walaupun tanpa bintang2 besar seperti Germany.

Thursday, June 21, 2012

Suku akhir EURO 2012: Czech vs Portugal....anda pilih siapa?


Selepas 1 malam berehat, awal pagi esok peminat2 bolasepak akan bersengkang mata semula. Suku akhir pertama menemukan Portugal dengan Czech Republik. Czech turun selaku juara kumpulan A manakala Portugal pula runner-up kumpulan B.

Di atas kertas pasti ramai memilih Portugal untuk mara ke peringkat seterusnya namun cabaran Czech mungkin tidak boleh dipandang sepi. Kedua-dua pasukan pasti berharap pada kekuatan lebih kepada attacking midfielder atau pun pemain sayap untuk menjaringkan gol berbanding penyerang. Milan Baros mungkin sudah veteran untuk mengancam kubu lawan & lebih byk melakukan foul di atas padang. Begitu juga Helder Postiga yang baru menjaringkan 1 gol setakat ini untuk Portugal.

Pemenang game ini akan berdepan pemenang antara Spain & Perancis.

Apa yg pasti kedua-duanya bukan pasukan pilihan KM kali ni....Bagaimana dengan anda?

PKR 1 bernilai RM99,555...

Selepas plat WWW1 mencatat sejarah bidaan tertinggi melebihi RM500k serta menimbulkan kontroversi, giliran PKR1 plak menjadi tumpuan. Namun tiada kontroversi kali ni. Bidaan PRK1 dimenangi oleh seorang ahli perniagaan dengan bidaan teringgi RM99,555.

Jumlah bidaan untuk siri PKR juga sekitar 600 permohonan sahaja berbanding WWW yg mencatat lebih 18 ribu bidaan. Pemimpin PKR cmna? ada buat bidaan ke? kekeke...

Mungkin ramai yg menunggu no PUK 1 hehehehe...........ini bukan mencarut tapi kenyataan yg plat tersebut akan sampai nanti...

Jerebu di Pulau Pinang nampak tak berkurangan pun...

Keadaan jerebu khususnya di Pulau Pinang nampaknya tidak berkurangan malah di kebanyakan kawasan masih dalam bacaan sederhana & Seberang Jaya beberapa hari mencatat bacaan tidak sihat. Jarak penglihatan juga terbatas.

So, kepada semua sila kurangkan aktiviti luar buat sementara ni memandangkan cuaca bukan sahaja berjerebu tetapi panas hatta sebelah malam pun tetap terasa bahangnya.

Kepada yg berhasrat utk jalan ke Penang makan angin mungkin bleh tangguh hasrat anda tersebut...

Wednesday, June 20, 2012

Jom daftar mengundi sekarang!!!

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memaklumkan kepada warganegara Malaysia yang layak mengundi tapi belum berdaftar supaya segera mendaftar sebagai pemilih sebelum 30 Jun 2012 untuk melayakkan mereka mengundi pada PRU-13 nanti jika ia berlangsung selepas bulan Ogos nanti.

So, kepada sahabat, rakan, saudara-mara yg belum mendaftar sila berbuat demikian segera kerana pilihan adalah di tangan kita walaupun 1 undi sahaja....

Hosni Mubarak mati dah??


Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir namun kebanyakan media Mesir melaporkan bekas Presiden & diktator Mesir yang baru2 ini dihukum penjara seumur hidup, Hosni Mubarak dilaporkan telah mati secara klinikal.

Hosni Mubarak sebelum ini dilaporkan sakit kerana serangan stroke yg serius selepas digulingkan oleh rakyatnya melalui tunjuk perasaan besar2 di Tahrir Square tahun lalu.

Sesungguh kuasa & manusia itu adalah manusia. Sama ada Allah boleh cabut semasa di dunia atau Allah hantar ajal untuk memisahkannya dari kuasa. So, buat manusia yg memegang kuasa..hati2lah...dan Kekuasaan Allah itu jua yg abadi...

Mini market....mak aiii RM280k!!!


Semalam ada org berhasrat nak letgo perniagaan mini marketnya. Lokasinya KM tahu & hari2 KM lalu depan kedai ni. So KM sms proksi owner kedai tersebut. Bila tanya harga....mak aiii mahalnya!! RM280k...melampaui jangkaan hehehe...

Kalau ada kedai seperti ni, kompom KM takkan bekerja makan gaji lagi.....

Tuesday, June 19, 2012

Shebby Singh..Pengarah Bolasepak Blackburn Rovers yang baru..

Bekas pemain kebangsaan dan pengulas sukan Astro, Serbegeth Singh @ Shebby Singh kelmarin dilaporkan dilantik menjadi Pengarah Bolasepak kelab Inggeris yang tersingkir musim lalu, Blackburn Rovers. Shebby sebelum itu merupakan Ketua Pembangunan Bolasepak kelb itu di Asia.

Perlantikan beliau sebagai Pengarah Bolasepak adalah menjadi perantaraan antara pemilik kelab dari India, Venky dan pengurus ketika ini, Steve Kean.

Walauapapun, ia satu penghormatanla kepada org Malaysia dalam kancah bolasepak Inggeris...Shebby adalah bekas pemain Kuala Lumpur ketika era kegemilangan mereka. Dia juga pernah memenangi pingat emas bersama pasukan bolasepak kebangsaan di Sukan SEA 1989.

Microsoft's Surface....untuk menyaingi iPad


Kelmarin, pengeluar perisian terbesar dunia, Microsoft Corporation memperkenalkan tablet sulungnya yg diberi nama, Surface. Tablet baru akan dijual hujung tahun ini & menggunakan perisian Windows 8. Tablet ini dijangka akan menjadi antara pesaing iPad.

Monday, June 18, 2012

PlayStation...Anda pakar?? KM nothing....


Sebut PlayStation, mungkin ramai memilik konsol permainan video ni, ramai yang minat main, ramai yg pandai main guna konsol ni. Tapi KM pertama kali memiliknya rasa susah je nak main, rasa tak menarik bila main dan akhirnya decided nak let go ja konsol ni.

PlayStation atau PS ni untuk pengetahuan anda ialah konsol permain yg dikeluarkan oleh Sony. PS pertama keluar pada hujung 1994 & memang ramaila yg gila PS masa tu. Kemudian kuar plak PS2 dan skrg plak PS3. Semuanya menghasilkan jualan ratusan juta unit kepada Sony.

Masa PS1 kuar dulu, ramai juga kekawan KM sanggup spend duit pinjaman pengajian utk beli unit ni. Tapi KM kan anak kampung...tiada apa-apa...ada pun bapak punya....maka tiadala keinginan KM masa tu untuk memiliki koncol2 permainan video ni.

Hinggala bulan lepas seorg kawan bercakap ttg permainan video ni maka belilah KM akan sebuah konsol PS2 dari seorg manusia....maka balik ke rumah mulala memasangnya pada tv baru KM tu. Tapi keputusannya...KM rasa tak sesuaila nak main permainan melalui konsol ni....

Hari ni, bercakap lagila kawan KM tu tentang permainan konsol ni & maka KM buatlah keputusan untuk melet go saja konsol tu kepada dia...sekian. Tamatlah riwayat konsol permainan tu ngan KM hehehehe....


Membantu sesama saudara kita.....


Dua tiga hari lagi kita akan memasuki bulan Syaaban, bermakna lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut puasa Ramadan. Seperti mana tahun lalu, KM & Cikgu Wati berhasrat menyediakan sumbangan lagi kepada individu/keluarga yg memerlukan. Mungkin sumbangan kita kecil & mungkin tak mampu mengatasi kesusahan org lain tetapi sekurang2nya memberi mereka sedikit keceriaan di bulan Ramadan & Syawal nanti.

Tahun lalu, kita berjaya memberi buah tangan kepada lebih kurang 15 individu/keluarga & harapan tahun ni, bilangan yg menerima dapat ditambah tetapi masih bergantung kepada kemampuan dana yang ada. Sebahagiian dana simpanan KM, Cikgu Wati dah chup untuk sumbangan kepada anak2 muridnya yg akan mengadakan persembahan di hari kecemerlangan sekolah Sabtu ni.

So, KM berhadap ada lagi rezeki2 untuk tempoh sebulan ni dapat dikumpulkan sebelum dapat membeli barangan untuk tujuan sedekah Ramadan itu. Kalau da rakan2 yg membaca entry ni & berhajat nak beri sumbangan dari lebih duit untung ke, zakat ke atau lebihan rezeki yg Allah beri, amatlah dialu-alukan.

Program kita mudah ja, duit yg ada, KM akan beli barangan keperluan makanan asas macam beras, gula, tepung dsb. Kemudian kita hulurkan sebagai hadiah kepada individu/keluarga yg kita rasa mereka memerlukan.

Semoga sumbangan kita dapat membuatkan mereka tersenyum gembira, Insyaalah....

EURO 2012: Holland tersingkir awal...


Selepas tuan rumah, Poland & Russia tersingkir di peringkat kumpulan, giliran pasukan pilihan, Holland pula tersingkir. Oranje menamatkan saingan dengan prestasi terburuk apabila gagal mengumpul sebarang mata. Finalis World Cup 2010 itu tumpas ketiga2 perlawanan mereka. Turut teringkir ialah Denmark.

Awal pagi esok, penentuan 2 lagi slot ke suku akhir antara Spain, Italy & Croatia.

Sunday, June 17, 2012

Ben Ashaari masuk paper lagi!!!


Nama Ben Ashaari memang terkenal sebagai blogger antara yg fames...So far KM bukan regular follower beliau...jarang sekali KM membaca tulisan beliau. Utk pengetahuan anda, hari ni di suratkhabar KOSMO, cerita Ben Ashaari atau nama sebenarnya Salbani Ashaari menghiasi mukasurat 54.

Kisah bagaimana keyakinan beliau utk bergelar blogger sepenuh masa & house husband hingga nekad utk meninggalkan kerjaya tetap beliau di sektor awam. KM salute la mamat ni kerana beliau yakin bekerja sendiri mampu memberi beliau kepuasan & boleh juga utk survive!!! Syabas Bro!!!

Saturday, June 16, 2012

Mourinho bakal jurulatih bolasepak M'sia ???


Kalau Mourinho dioffer tawaran melatih pasukan kebangsaan Malaysia...rasa2 dia nak tak?? hehehe...KM rasa dia mungkin patut jadi calon BN untuk PRU akan datang...mungkin dia calon bleh menang kekekeke....

Wednesday, June 13, 2012

Semakan Rayuan ke IPTA/Politeknik Ambilan 2012/13

Kepada adik2 kita yg sedang menunggu untuk mengetahui status keputusan rayuan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh membuat semakan mulai 12 tengah hari Khamis ini di website berikut:

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan kelmarin berkata semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web rasmi IPTA berkenaan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.



Tuesday, June 12, 2012

Membekukan PTPTN macam keja bodoh sahaja...

Cubaan membekukan bantuan pinjaman PTPTN kepada 2 buah IPT di Selangor mendapat kecaman ramai hatta kepada Menteri PT mahupun kepada kerajaan BN. Tindakan mengacah Pakatan Rakyat khususnya PKR yg melaungkan ingin memberi pendidikan percuma jika menang PRU akan datang dilihat satu tindakan politik yg buduh. Masakan boleh membiarkan kerajaan negeri Selangor menunjukkan kemampuannya untuk menyediakan pendidikan percuma memandangkan kerajaan negeri mempunyai kemampuan & kuasa yg terbatas dalam mengumpulkan sumber & pendapatan.

 Cubaan untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat dilihat menikam diri apabila rata-rata rakyat yg terbuka hatinya & rasional melihat tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar UNISEL & KUIS satu tindakan politik yg tidak matang.

Jika Menterinya berkata cubaan tersebut bukan untuk membebankan pelajar, Km kira itu jawapan mengarut. Apabila mereka berbuat demikian, beberapa ramai pelajar & ibu-bapa yg sudah stress memikirkan pengajian & masa depan mereka?

Kalau nak berlawan biarlah anak jantan...federal nak berlawan ngan state, aku kira macam bodoh ja....nak tengok mampu dak janji Anwar Ibrahim nak bg pendidikan percuma kepada rakyat, sila beri PR kuasa pada PRU akan dtg...blehla tengok dia omong ka betui2...

Menyekat pinjaman begitu dengan harapan untuk membiarkan kerajaan Selangor menunjukkan kemampuan mereka, satu tindakan politik yg kurang matang..macam budak2...

Berapa ramai anak Melayu kita yg akan teraniaya jika tidak sebegini diteruskan? Tak cukup ka dengan diskriminasi terhadap negeri2 yg dikuasai pembangkang?? Apakah hasil yg kerajaan kutip semata2 dari rakyat yg menyokongnya sahaja?

Sila jadi lebih matang...jgn jadi negara kelas ke-3...

Wednesday, June 6, 2012

Penjawat awam tak mampu membeli rumah..kenapa ya?

Bulan lepas hebohla kesatuan pekerja awam, CUEPACS melaporkan lebih 60% di kalangan kakitangan awam khususnya yg bergaji di bawah RM3,000 masih belum mampu membeli rumah sendiri. Pinjaman perumahan kerajaan sehingga sekarang masih mengekalkan kadar faedah 4% berdasarkan baki terendah tak silap KM.

CUEPACS sejak beberapa lama penah meminta kerajaan mempertimbangkan permintaan agar kadar tersebut diturunkan lagi tapi belum ada maklum balas yg positif. Bila CUEPACS mula membuka cerita ini semula sekarang terutama di musim semua pihak menanti PRU ke-13 mungkin boleh mendapat sedikit harapan.

Usaha untuk membeli/memiliki rumah sendiri ini bergantung banyak pada diri sendiri. Kita kena set keutamaan dalam perancangan. Ada orang melengah2kan usaha membeli rumah ni. Mereka lebih mengutamakan barang2 lain dahulu seperti kenderaan dan hal2 lain.

Akibatnya bila umor meningkat baru sibuk nak mencari rumah. Bila umur meningkat, tempoh kelayakan pinjaman pun menurun & bayaran balik bulanan pasti lebih tinggi & timbul masalah komitmen bulanan di situ.

Mungkin sesetengah org tak suka hutang lelama tetapi sekarang lebih lama hutang lebih rendah bayaran bulanan & kalau mati pun waris yg terbeban dengan tanggungan sebab kebanyakan pinjaman sekarang dilindungi insuran.

So, merancang lebih awal untuk membeli rumah. Lebih awal korang kerja tetap, lebih bagus korang rancang beli rumah. Jangan rancang nak buat personal loan saja untuk perkara2 yg tak pasti.

Antara sebab orang gagal membeli rumah (berdasarkan pemerhatian KM) ialah:

1) melengah2kan usaha atau rancangan membeli rumah hingga usia & komitmen lain meningkat...ada org yg cakap tunggu kawen dulula baru plan...nak beli bersama katanya....time is running out babe..

2) terlalu lama memilih sama ada dari segi lokasi & harga...Lokasi & harga sangat berkait...kalau ko duduk penang, nak cari hartanah landed pada harga yg murah surela impossible...so, beli secara ukur baju di badan....kalau anda di kawasan hartanah strategi jgn terlalu lama memilih...sebab harga makin naik...kalau ko nak murah kena cari kawasan yg remote sikitla...

3) ada juga antara kita yg mind set dia masih belum terbuka...nak beli umah dia fikir kena sedia duit yg byk & akan membebankan (memangla perlu sedia duit tp kalau kena caranya kos tu boleh diminimizekan)...kelemahan ini berlaku sebab kita takde ilmu hal ni & kita tak bersedia nak mencari ilmu bab2 ni...sekarang dah byk cara bleh cari ilmu melalui seminar2..bengkel2...yang besar ada yang kecik pun ada...kat internet pun byk org2 yang ahli menulis dan berkongsi pengalaman mereka...boleh tanya kalau malu nak attend course2 yg diadakan.

4) hilang atau kemampuan & kelayakan meminjam menurun kerana komitmen2 lain yg diutamakan terlebih dahulu. Pinjaman peribadi & kenderaan byk mengurangkan kemampuan kita untuk meminjam beli rumah....

Selain tu, ada lagi faktor2 luaran yg menyebabkan kita xmampu membeli rumah seperti kenaikan kadar faedah, bank mengetatkan syarat pinjaman dsbnya.



Tuesday, June 5, 2012

Bila mau kawen?

Korang dah pernah kawen? Best ke tak best kawen ni? Mula2 kawen tu memang bestla..ayang mayang bagai gitu...lelama kawen masih gitu?

Ada yang kawen muda...ada yang tua baru kawen....ada yg tak kawen2 lagi...jodohla kan.

Ada yg kawen sekali...ada yg kawen sekali lagi...ada  yang kawen 3 kali lagi pas kawen sekali.....hehehe...jangan kena bambu ngan isteri tua sudah...

Ada yg kawen cerai...katanya takde persefahaman lagi....takde jodoh lagi...ada yg kawen bercerai mati....

Ada yg kawen simple2....ada yg kawen macam artis hehehe...budget sendiri mau ingatla...

Ada yg kawen lari...mak bapak tak suka tapi kerna cinta kuturutkan jua...ada yg bahgia..ada yg kaciwa...

Sekarang musim orang kawen...bigwork... sana sini orang kawen...sana sini kenduri kawen...

* Kepada yg akan melangsungkan perkahwinan, pertunangan atau apa juga perancangan yg berkaitan, KM mengucapkan selamat berjaya...semoga perkawinan anda & saya jua kekal dirahmati Allah. Kepada yg belum ada jodoh..doakan supaya jodoh anda dipermudahkan...amin.

UEFA EURO 2012 - Sila teka pasukan mana Juara??

Kurang 5 hari lagi, Kejohanan akhir UEFA EURO 2012 akan memulakan sepak mula dengan tuan rumah bersama, Poland akan turun menentang juara 2004, Greece.  Ramai yang sudah berkira-kira pasukan mana yg mereka hendak sokong & pasukan mana yg diharapkan menjadi juara.

Bookie2 bolasepak seluruh duni juga tidak ketinggalan sudah membuka meja pertaruhan termasuklah di Malaysia. KM bukan bookie dan tidak tidak terlibat mengajak orang meletakkan pertaruhan hehehehe...

KM dengan senang hati mengajak anda berkongsi kemeriahan EURO 2012 dengan meneka juara EURO 2012 nanti. KM mencari peneka tepat & terawal yang meneka dengan betul juara yang akan ditentukan pada final 1 Julai nanti.

Syarat2nya mudah:

1) Daripada 16 pasukan yang berentap di pusingan akhir, sila pilih 1 saja pasukan yg anda rasa akan muncul juara. Kalau korang teka Brazil, sah2 penyertaaan korang tak diambik kira sebab Brazil xmain EURO hehehe...

2) Tekaan hanya boleh dibuat sekali saja & boleh dibuat melalui ruang komen. Teka lebih sekali akan direject..

3) Tarikh tutup penyertaan: hingga tengah malam 11 Jun 2012
4) Pemenang dipilih berdasarkan tekaan tepat & terawal diterima.


5) Hanya 1 hadiah utama akan diberikan & hadiah tengah difikirkan (mungkin cash kot) & Insyaallah tidak akan mengecewakan anda.


So?? apa lagi...tekala cepat....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin