Tuesday, August 10, 2010

Kantoi Posa....

Insyaallah mlm ni, korang akan bersua lagi dengan icon yang setiap tahun ditunggu2. Beliau yang memang tidak asing lagi ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (bukan Kak Engku Raja Azura tau). Beliau akan umukan secara rasmi permulaan posa untuk seluruh Malaysia setelah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

KM rasa ramai dah tak sabar2 nak berposa esok. Sebab lebih cepat posa maka lebih cepatlah beraya. Sebab pa KM berkata begitu? sebab ramai dah berlumba2 tempah kuih, baju, langsir & seangkatan dengannya hehehe....

Bila sebut posa maka khidmat CSI sangatlah diperlukan terutama untuk kes-kes misteri di bulan posa. KM ada satu kes kehilangan ayam goreng di waktu siang.

kes: siapa curi makan ayam goreng di siang hari di bulan posa

barang kes: seketul atau dua ayam goreng, yang tak sempat dimakan semasa sahur

masa: siang hari di bulan posa (lebih kurang 12-12 tahun yang lalu)

lokasi: sebuah bilik di sebuah kediaman pelajar, Sintok, Kedah

suspek: beberapa student (rasanya dlm 7 org) yg menjadikan bilik tersebut sebagai port melepak (termasuk KM)

kesudahannya: sapa pun xmengaku curi ayam tu hehehe............


* Ingat Engku Tan Sri Ibrahim, ingat posa & raya hehehe............

3 comments:

Dee said...

hang kot yg curi..hehehe..eh..aku satu hapa pun x buat lagi utk raya..aku suka last minute..baru thrill..hahaha..

Mak Su said...

heheh, sapa ler punya kerija?

KM said...

Dee- camna hang tau? hahaha...see u in court hehehe....aku langsung xshopping raya :(

Mak su- entahla...fail kes akan dibuka jika ada maklumat baru :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin