Thursday, June 21, 2012

Suku akhir EURO 2012: Czech vs Portugal....anda pilih siapa?


Selepas 1 malam berehat, awal pagi esok peminat2 bolasepak akan bersengkang mata semula. Suku akhir pertama menemukan Portugal dengan Czech Republik. Czech turun selaku juara kumpulan A manakala Portugal pula runner-up kumpulan B.

Di atas kertas pasti ramai memilih Portugal untuk mara ke peringkat seterusnya namun cabaran Czech mungkin tidak boleh dipandang sepi. Kedua-dua pasukan pasti berharap pada kekuatan lebih kepada attacking midfielder atau pun pemain sayap untuk menjaringkan gol berbanding penyerang. Milan Baros mungkin sudah veteran untuk mengancam kubu lawan & lebih byk melakukan foul di atas padang. Begitu juga Helder Postiga yang baru menjaringkan 1 gol setakat ini untuk Portugal.

Pemenang game ini akan berdepan pemenang antara Spain & Perancis.

Apa yg pasti kedua-duanya bukan pasukan pilihan KM kali ni....Bagaimana dengan anda?

1 comment:

Anonymous said...

Portugal la bro..hheehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin