Tuesday, May 18, 2010

Hutan Lipur Ulu Paip

Destinasi KM & keluarga hujung minggu lalu ialah Hutan Lipur Ulu Paip, berhampiran Kulim Hi-Tech. Landmark untuk sampai ke Ulu Paip ialah tak sampai 1km melepasi Puspen Karangan (dulu dikenali Pusat Serenti), Jamal Abdillah pernah dulu di sini dulu hehehe......

Ini kali kedua, KM ke sini. Kali terakhir KM pergi dulu ketika Batrisya berusia setahun lebih. Secara keseluruhannya, tempat ini tidak terlalu ramai orang kerana org lebih suka ke Sungai Sedim & Lata Bukit Hijau.


Tempat ni sesuai untuk bawak kanak2 mandi sebab kawasan mandinya tak membahayakan & airnya tidak begitu dalam.

Kalau nak bawak family datang berkelah & santai2 sambil mandi sungai memang sesuaila. Sampai sana, KM layan mandi sorang ja sebab badan Mat Adam tiba2 panas (dia start demam).

Keseluruhannya, bagusla nak beri keseronokan pada kanak-kanak. Batrisya memang enjoy sakanla cuma dia tak sempat beli pelampung je. Cuma kurang menariknya ialah Mat Adam plak demam. Asyik menangisnya, akhirnya terlena.
Mungkin inilah yang lebih sesuai buat budak yang demam..........


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin