Dengan keluasan 1367 kaki ke atas, 4 bilik & harga tawaran dari RM205k ke atas serta rebat tunai RM15k, KM fikir ia satu pelaburan yg berbaloi. Sebab ada projek lain dengan keluasan sekitar 1,1oo kaki tapi harga hampir RM200k.
Projek ni sedang dalam proses kerja tanah & jika siap KM jangka nilai dia mungkin boleh melepasi RM250k atau lebih (andaian peribadi KM). KM & Mem berminat tapi keadaan semasa belum mengizinkan kami memiliki hartanah yang ke-3. Sebab kami (jika ada rezeki) tengah mengintai peluang utk memiliki hartanah landed.
Pemilikan hartanah kena ada ilmu & strategi. Jika tengok harga, memang semua org akan cakap tak mampu dengan pendapatan yang ada. Tapi jika kena cara, pasti anda boleh memilikinya. KM masa memuda dulu pernah rasa pelik terfikir bagaimana bapa saudara KM boleh memiliki beberapa unit hartanah sedangkan pendapatan dia takla terlalu tinggi. Bila KM belajar barulah tahu........kena caranya, rumah anda, orang lain tolong bayarkan........
1 comment:
kalo ko beli..then sewa..dpt untung dr sewa tu xpe..jgn byr ansuran lg mahal dr sewa..x berbaloi rasanya..
Post a Comment