Friday, May 7, 2010

Malaysia dalam usaha menghalalkan perjudian sukan (bolasepak).....




Amat malang bila Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek berkata kerajaan sedang dalam pertimbangan untuk mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan/perjudian sukan khususnya bolasepak di negara ini terutama menjelang World Cup 2010. Bila kuar lesen, kerajaan bleh generate income.

Sepatutnya sebagai seorg menteri yg beragama Islam, di negara yg dicanang sebg Negara Islam serta menyedari judi itu jelas & terang hukumnya HARAM (al-Maidah:90-91), Awang Adek ni sepatutnya menasihati PM supaya mencari jalan mengurangkan aktiviti2 perjudian di negara ini. Kalau ada sesapa yg mengaku Islam tp masih yakin bahawa jika perjudian sebegini dibenarkan, ada kebaikannya...maka hati2 ngan akidah anda.

Yang pasti matlamat tidak penah menghalalkan cara. Walaupun niat Awang Adek untuk memcapitaliskan duit sumber perjudian tersebut utk pembangunan sukan negara tp sumber yg haram tetap haram walaupun niatnya baik.

Judi diharamkan Allah kerana ia bukan sahaja merosakkan individu tp keluarga & masyarakat akan terkena tempias bahana judi ni. Rasanya takde agama di dunia ni yg setuju bahawa judi ni bermanfaat kepada manusia.


1 comment:

Dee said...

satu lg projek kerajaan barisan nasional..clap2..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin