Friday, January 23, 2009

Ada sesapa dah atau nak kena berhenti kerja?

Dari pemerhatian KM, sejak tahun 2000-an ramai jugak antara kita susah nak dapat kerja. Ada yang kerja tp tak setaraf ngan kelayakan. Ramai yg graduate tp kejanya tak setaraf kelayakan. Ada yg bertahun2 baru mendapat keja yg sesuai ngan kelayakan. Ada yg masih berstatus kontrak bertahun2 lamanya. Semuanya seperti menyulitkan kehidupan.

Beberapa bulan ni timbul plak fenomena company memberhentikan pekerja secara sukarela or secara paksa (tokey lari malam). Semuanya gara-gara keadaan ekonomi global yg menyulitkan seumpama sembelit hehehe... Latest development, Intel Malaysia bercadang menutup operasi 2 kilangnya di Pulau Pinang. Kesannya, korang sedia maklum. Itu belum kira di tempat2 lain.

Hakikatnya, selepas Raya Cina ni kadar pengangguran di Malaysia mungkin akan lebih buruk. Mungkin ada yg akan start cuti panjang sempena Raya Cina ni. Bukan saja di sektor swasta tp kemungkinan sebahagian 50 ribu pekerja kontrak kerajaan juga berdepan risiko diberhentikan.

Semua ni tampak akan lebih merumitkan situasi ekonomi & sosial negara. KM tak bleh ulas lanjut lagi sebb masa terhad kerna KM ada aktiviti tanam pokok pagi ni. Anyway semoga kita semua terselamat dr tragedi ni. Bayangkan mereka yg berdepan masalah ni......sangatla kesian....Kepada kerajaan, hantarla balik pekerja2 asing yg terlalu ramai & beri peluang kpd rakyat yg kita pasni akan menderita.....

10 comments:

prebetsabu said...

jauhkanlah dari dugaan ni.. payah gak if terputus sumber pencarian utama.. byk komitmen lain yg masih tak langsai....

dakgilachoc said...

Uwaaaaaaaa....aku pun takut.......takmo kena stop......Tapi Alhamdullillah boss bagi markah yg bagus dalam Performance Appraisal.. Harap2 aku dapat tetap...Doakan aku yer 'abg' KM..hahahaha...

Neeza Shahril said...

dah ada sorang blogger yang akak selalu visit blog dia kena berenti kerja.. kesian pulak..
tapi nak tolong macam mana pun akak tak tahu...

Anonymous said...

intel yang besar tu pun leh katup no.
isk, kesian kat pekerja sana..

ita.itu said...

aku x leh benti keja..sbb lemas x leh jalan time lunch..hehe

ita.itu said...

km, sejak bila save komen ni? ada komen jahat ke

Dee said...

betul2 antar pekerje asing balik dulu..sian kat org2 kiter sendiri..laki dee pun kontrak kerajaan...riso gak ni..tp kitorang dh sediakan payung sebelum ujan..suma lesen dia dh amik..psv, gdl, lesen bas..lori..sumalah..harap2 xde yg buruk terjadi..

KM said...

prebetsabu- Ya betul, bro. Semoga rahmat Allah memelihara kita semua.

nani- insyaallah kalau ko tak moody2 sure dia akan teruskan khidmat ko hehehe....

neeza_shahril- kesian...kesian...saya tumpang dukacita.

anaiz- yg terkini Panasonic & Jabil....

jari basurek- akan KM jejak blog anda nanti. Thanks kerna mengunjungi...

ita- ko kalau berenti, better ko jd director crita Upin & Ipin. Ambil anak ko 2 jd pelakon hehehe....aku salah tekanla ...

dee- Patutnya begitulah...org luar wajar dihantar balik. Tp ini kerajaan sudah tua, sudah xble fikir baik2. Patut letak muzium ja...Sama2lah berdoa agar kita dipermudahkan dlm keadaan gawat begini..Amin.

.::WaNiE::. said...

company aku pun agak teruk tahun ni..xbyk bisnes...kene bertahan jek lar

O'Sea said...

Nasib Makcik dah lama "memberhentikan" diri dengan relanya dan wat binses sendiri. Jom join binses Makcik ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin