Friday, January 30, 2009

Bila salah tekan..........inilah padahnya.

Beberapa hari sejak minggu lepas, antara korang mesti ternyata napa komen korang tak tersiar? Manakala di pihak KM plak terfikir adakah korang dh memboikot KM sehingga tiada langsung komen utk beberapa entry yg KM siarkan.

Perkara ini berterusan sehingga kelmarin apabila KM menyedari 17 komen yg perlu dimoderated atau lebih mudah perlu kelulusan KM utk disiarkan. Hehehe....barulah KM ingat bhw last week, KM ada tekan mode moderated utk bhg komen ni. KM tekan plak tanpa baca lebih lanjut apa maksud/fungsi mode tersebut.

* Kepada teman2 pembaca Calculatorbuta yg terkilan atau frust ke sbb komen korang tak timbul2, KM memohon maaf. Sebarang kesilapan adalah tidak disengajakan & menunjukkan manusia itu insan yg lemah & serba kekurangan hehehe.......

Thursday, January 29, 2009

Untung Sikit Cukuplaaaa....

KM beli MMCCorp (Tan Sri Mokhtar Bukhari punya) aritu kat harga RM1.17. Arini KM nekad jual pada RM1.27. Untung 10sen tp cukupla buat KM. Bimbang kalau terus tamak nanti harganya jatuh plak. Berdasarkan graf pergerakan, kaunter ni ada peluang untuk naik lagi sebab ia dalam proses pengambilalihan syarikat yg terlibat dalam pengurusan air. Next target mungkin RM1.50.


Lepas jual MMCCorp, KM target kaunter ni plak. Sapura Crest Petroleum. Salah satu darling dlm Bursa Malaysia gak ni. Tgk graf, dia dah lama gak dlm posisi menurun. So, ada berani ke nak beli? Hehehe...tungguuuuuuuu...

* Apa yg KM ulas sekadar pengalaman cetek KM. Ia bukan untuk mempengaruhi sesapa untuk beli atau jual hehehe......nanti tak pasai2 ja korang marah KM.

Jomla Pakat Tolong...........

Selepas beberapa hari selepas gencatan senjata berlaku, para wartawan mula memasuki Semenanjung Gaza, begitu juga petugas2 sukarela & bantuan. Kita mula melihat keadaan sebenar situasi serta kesengseraan yg berlaku di Gaza selepas beberapa minggu dibedil & dihentam oleh peluru & bom Yahudi.

Kesan kemusnahan serta kesengsaraan umat Islam amat ketara & menyedihkan. Semlm, KM melihat di kaca tv bagaimana seorang kanak-kanak yg begitu hiba sekali. Dalam sekelip mata, dia menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terbunuh angkara bedilan bom-bom Yahudi. Sebagai umat Islam yg prihatin terhadap nasib saudara kita di Gaza, marilah sama2 kita menderma & membantu mereka. Kita tahu, kita tak mampu ke sana menentang Yahudi atau membantu secara langsung tp gunakan serba sedikit kemampuan yg anda utk membantu mereka di sana.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Harakah melalui akaun Bank Islam- 14069010021298. KM yakin sumbangan anda ini akan terus disalurkan kepada umat Islam di Gaza & bukannya kepada pihak2 yg membohongi dunia tentang perjuangan mereka di Palestin sedangkan mereka sebenarnya bersekongkol dgn Yahudi & Amerika. Hidup Islam!!!

Bangsa Yahudi adalah bangsa yg tidak boleh diajak berdamai. Sesungguhnya apabila kita berdamai dengan bangsa ini, tentulah mereka mempunyai muslihat tertentu di sebaliknya. Menurut ulama, sepanjang sejarah manusia, Bangsa Yahudi telah membunuh lebih 70 orang nabi/rasul yg diutuskan Allah. Yasser Araffat melalui PLO berjuang sejak muda untuk perdamaian dengan Yahudi tp apa hasilnya? Nothing....sehinggalah beliau mati. Perjuangan beliau disambung oleh Parti Fatah pimpinan Mahmood Abbas. Mereka ini diam sahaja apabila saudara mereka dibunuh di genting Gaza.

Friday, January 23, 2009

Ada sesapa dah atau nak kena berhenti kerja?

Dari pemerhatian KM, sejak tahun 2000-an ramai jugak antara kita susah nak dapat kerja. Ada yang kerja tp tak setaraf ngan kelayakan. Ramai yg graduate tp kejanya tak setaraf kelayakan. Ada yg bertahun2 baru mendapat keja yg sesuai ngan kelayakan. Ada yg masih berstatus kontrak bertahun2 lamanya. Semuanya seperti menyulitkan kehidupan.

Beberapa bulan ni timbul plak fenomena company memberhentikan pekerja secara sukarela or secara paksa (tokey lari malam). Semuanya gara-gara keadaan ekonomi global yg menyulitkan seumpama sembelit hehehe... Latest development, Intel Malaysia bercadang menutup operasi 2 kilangnya di Pulau Pinang. Kesannya, korang sedia maklum. Itu belum kira di tempat2 lain.

Hakikatnya, selepas Raya Cina ni kadar pengangguran di Malaysia mungkin akan lebih buruk. Mungkin ada yg akan start cuti panjang sempena Raya Cina ni. Bukan saja di sektor swasta tp kemungkinan sebahagian 50 ribu pekerja kontrak kerajaan juga berdepan risiko diberhentikan.

Semua ni tampak akan lebih merumitkan situasi ekonomi & sosial negara. KM tak bleh ulas lanjut lagi sebb masa terhad kerna KM ada aktiviti tanam pokok pagi ni. Anyway semoga kita semua terselamat dr tragedi ni. Bayangkan mereka yg berdepan masalah ni......sangatla kesian....Kepada kerajaan, hantarla balik pekerja2 asing yg terlalu ramai & beri peluang kpd rakyat yg kita pasni akan menderita.....

Thursday, January 22, 2009

Ramunia....oh my darling....


Kelmarin, sewaktu bersembang ngan Mem pasai syer & pelaburan, Mem menyatakan bahawa melalui pembacaan horoskop bintang KM, KM tidak boleh terlalu tamak dalam sesuatu pelaburan. Maksudnya untung sikit pun cukupla dr menanggung rugi. Bila fikir2, mungkin secara kebetulan mungkin tafsiran horoskop tu ada kebenarannya. Banyak kali rasanya KM memasuki fasa rugi walaupun pada awalnya KM dah boleh mencatat keuntungan.
Kelmarin juga KM dah melepaskan pegangan Ramunia-WA setelah melihat pasaran domestik & seluruh dunia cukup tidak menarik sejak minggu lepas. KM beli 6000 syer pada harga 0.155 sen & jual semalam pada 0.18 sen. Kalau KM tak tamak sangat, KM dah bleh jual pada harga 0.20 sen jumaat lepas. Minggu lepas pun jadi begitu juga pada kaunter E & O.
So, mulai arini, KM kena pakai motto baru dlm pelaburan, "Untung sikit cukupla". Kalau seminggu bleh untung 100-200 cukupla kan. Lepasla duit gula2 Batrisya & duit majalah/ suratkabar KM. Hopefully, arini KM bleh buat untung lagi sebab Dow Jones semalam mencatat kenaikan lebih 3%. Dan minggu lepas market Malaysia akan cuti sampai Selasa sempena Tahun Baru Cina.
* Lepas 3 tahun melabur di Bursa Malaysia, KM dah dah belajar beberapa teknik/seni dalam pelaburan, belajar merasai untung besar & rugi besar. Walaupun bukan pandai pun tp sikit2 ia mematangkan kita melalui pembacaan, analisa & pemerhatian. Tips KM sekarang, kalau korang nak kaya dalam masa 2-3 tahun lagi, korang bleh start mengumpul ekuiti dlm Bursa khususnya kaunter blue chip. Jika ekonomi dunia pulih tahun depan, KM garenti pelaburan korang akan berganda melebihi nilai korang melabur dalam ASB utk tempoh 10 tahun or lebih.

Wednesday, January 21, 2009

Kita cakap lain, kita buat cam lain...aparahhhhh kita ni?

Sebahagian besar kita yg prihatin masih lagi terbayang2 kematian, kecederaan, kesengsaraan & kehancuran saudara kita di Palestine sejak beberapa minggu dibedil oleh tentera Yahudi laknatullah. Kita menyatakan rasa marah & protes kita. Kita berazam memboikot barangan2 keluaran US dan sekutu2nya yg sedikit sebanyak menyumbangkan kepada pembangunan negara Yahudi.

Kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri 2 bulan lagi, turut menyatakan bantahan keras sehingga ke peringkat PBB. Pemuda Umno yg dipimpin Naib Ketua merangkap menantu kesayangannya turun tidak ketinggalan menyatakan protes & bantahan. Tp amat malang & menyedihkan apabila 13 Februari depan, mereka ini terus membenarkan artis Barat yg berpangkalan & menempa nama di US, Rihanna untuk meneruskan konsertnya di Malaysia.

Kita semua maklum, Robyn Rihanna Fenty @ Rihanna yg terkenal melalui lagu 'Umbrella' & 'Bad Girl' merupakan satu dr 'produk' US yg hebat ketika ini. Kehebatannya bkn sekadar suara yg memakau tetapi aksi menggoda serta cara pemakaiannya rasanya anda pun sedia maklum. Macam biasa, bila ada konsert panas, artis panas & penyertaan muda-mudi secara bebas, sure akan ada kesan negatif yg lebih dr positif.

Sekarang ni persoalannya mudah. Adakah pemimpin yg ada & termasuk diri kita sendiri adalah org Islam yg bertopengkan munafik. Kita marah & geram ngan tindakan Yahudi, kita sedih ngan kekejaman yg berlaku pd saudara kita. Di mulut kita lantang menyuarakan rasa marah & kebencian itu tp dalam masa yg sama kita turun menjayakan agenda Yahudi menghancurkan umat Islam khususnya muda-mudi kita. Fikir2kan sejenak dr hati & rasa keimanan bg kita yg mengaku Islam...............

* Seperti biasa, Pemuda PAS dah mula menyatakan bantahan terhadap konsert ni seperti bantahan terdahulu terhadap konsert Inul & avril Lavigne. Pemuda UMNO bila lagi? Khairi bila lagi? Hehehehe....

Tuesday, January 20, 2009

Mem Besday....

Hari ni 20 Januari, adalah hari perlantikan rasmi Barrack Hussein Obama sebagai Presiden US ke-44. Tapi yang lebih bermakna hari ni bukan hal tu tp hari ni hari ulangtahun kelahiran Mem KM. Lebih signifikan, Disember bulan kelahiran Budak Kacak. Januari, bulan kelahiran Mem. Dan Februari bulan kelahiran KM & ulang tahun perkahwinan KM. Insyallah, tahun ni ulang tahun ke-5.

KM dah wish besday kt Mem sejak tergelincir matahari petang kelmarin lagi. Tapi bab hadiahnya, KM pun tak tau nak beli apa. Tanya dia, dia pun tak tau nak ape. Korang rasa apa yg patut suami beri kt wife waktu gini? Any idea? Hahaha....idea itu biarla berpatutan ye.....

* rasa2 korang, tahun ni umo dia berapa? hehehehe....


Sunday, January 18, 2009

Sepintas lalu pilihanraya kecil Kuala Terengganu ........

Terlebih dahulu, KM ingin mengucapkan tahniah kepada Hj. Mohd Abdul Wahid Endut, PAS & Pakatan Rakyat yang berjaya merampas kerusi P36 Parlimen Kuala Terengganu daripada BN dengan majoriti lebih 2000 undi.

Jika dalam PRU ke-12, pengundi Kuala Terengganu memberi peluang kepada Allahyarham Datuk Razali untuk mengalahkan Naib Presiden Pas, Hj. Mohamad Sabu dengan majoriti lebih 600 undi. Tapi menyedari kesilapan mereka yg tidak mengikut arus politik semasa yang berlaku pada PRU-12, mereka kali ni membuat overturn untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

BN khususnya UMNO, walaupun menggunakan sepenuhnya kuasa 3M (machinery, money & media) masih gagal menawan hati rakyat yg kecewa sejak lebih 50 tahun BN memerintah, gejala salah guna kuasa serta korupsi makin buruk di bumi Malaysia ni. Rakyat hanya disogokkan dgn wang ringgit, projek pembangunan, janji2 bantuan hanya bila nak pilihanraya. Tapi bila takde pilihanraya, yang senangnya pemimpin2 di atas.

Lebih besar lagi faktor kekalahan UMNO kali ni ialah bagaimana ia memberi gambaran buruk hukum HUDUD di mata orang bukan Islam. Sepatutnya UMNO yang mengaku parti orang Melayu Islam memainkan peranan menjelaskan kepada org bukan Islam khususnya pada parti dlm komponen BN (MCA & MIC) tentang Hudud yg sejak dulu mahu dilaksanakan oleh Pas. Tp amat malang apabila hudud dijadikan isu untuk menakut2kan orang bukan Islam.

Ingatkanlah umat yg mengaku Islam, mempermainkan Hudud bermakna kita mempermainkan kekuasaan Penciptanya. Hudud bukan ciptaan Pas tapi diturunkan Allah kepada Baginda Rasullullah & termaktud dalam Al-Quran yang kita yakin & imani. Ia menjadi tanggungjawab kepada umat Islam yg berkuasa & mampu untuk melaksanakannya. So, awas, jgn sesekali mempermainkan hudud semata2 untuk kelangsungan kuasa kita di dunia. Bala Allah itu sangat dekat...........

* Agak lama gak KM tak menulis. KM mungkin sibuk ngan keja, aktiviti urusniaga saham & juga kekurangan idea menulis & KM juga baru ja pulang dr KL....

Monday, January 12, 2009

Bila org yg tunjuk perasaan bantah serangan Israel pun kena tangkap, apala nak jadi ngan Malaysia ni???

Kebelakangan ni korang perasan KM jarang lagi menulis or berinteraksi secara aktif ngan para pembaca Calculatorbuta. Mana KM? KM masih di sini. Sebenarnya KM ketandusan idea or menghadapi zaman kebuntuan untuk menggarap sebaris tulisan.


Mungkin kekejaman Zionist terhadap umat Islam Palestin terus menyedihkan kita. Bila orang awam khususnya wanita & kanak2 terus menjadi mangsa bedilan peluru & bom dari muncung senjata Israel. Lebih malang lagi, di Malaysia yg kerajaannya menyatakan kecaman terhadap tindakan Israel & berlagak seperti hero di PBB, tiba2 menangkap para penunjuk perasaan yg menyatakan bantahan terhadap peperangan. Apa punya haprakla depa ni????? Tp rakyat khususnya pengundi Kuala Terengganu masih mempunyai peluang pd sabtu ini utk menyatakan tidak kepada kerajaan mcm ni......


Berbalik kepada kelembapan KM menulis, KM sebenarnya tgh menumpukan pada kegiatan pelaburan di Bursa Malaysia (BM). Tahun 2007, giat sekali KM berusniaga di BM tp tahun lalu agak pelahan memandang kemerosotan indek serta harga saham. Mungkin tahun ni boleh buat duit kembali hehehe....tips tahun ni mudah, membeli & mengumpul syer2 berkaitan indeks pada harga yg murah & berpatutan. Till then, bye..bye...

* Selemah2 kita, apa yg kita dah buat untuk membantu saudara kita di Palestin & menentang kezaliman Zionist & Amerika terhadap umat Islam?

Wednesday, January 7, 2009

My smoking progress.......


Bukan senang ya nak mengatasi ketagihan merokok. Bila sendirian dok berehat sure teringat 'dia' umpama seorg kekasih mengingati kekasihnya. Penangan nikotin memang susah nak diatasi. Patutla ramai yg hangat2 taik ayam je berhasrat berhenti merokok.
Dah seminggu KM berhasrat nak berhenti. Untuk yempoh tersebut, K belum lagi berjaya berhenti terus. Cuma KM mengurangkan acara menghisap rokok mcm org berdiet mengurangkan pengambilan nasi. Sehari, KM just hisap sebatang je rokok bagi mengatasi ketagihan ketara.
Sehari dua, apabila dos dikurangkan, rasa ketagihan semasa bersantai di rumah mcm berjaya dikurangkan. Lepas sebatang, mungkin dos kena dikurangkan sekerat batang ekkk? Pastu tu quit terus, bleh ke?? Hehehe......

Monday, January 5, 2009

Besday Girl.....

28 Disember lalu, Nur Batrisya @ Budak Kacak dah pun genap 4 tahun. Selang beberapa hari memasuki 2009, mengikut peraturan tahun, dia dah memasuki umo 5 tahun. Tahun ni sambutan besday dia sangatla simple. Takde buat kenduri untuk kanak2 tahun ni. Just beli kek kecil ja. Takde kek ultraman, batman mahupun keluang man. Sebabnya tahun ni, Mem belum start keja lagi.


Potong kek kecik & mintakan Ayah (datuknya) bacakan doa.

Walaupun kek kecik tp hadiahnya dapat 3 (kalau ada 5-6 org anak sure kopak KM)

Mencecah umo 4 thn, Batrisya kena start tido kt bilik sendiri sorang2.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin