Thursday, May 13, 2010

Terkenang Semasa Dulu: Din Teksi

Dulu2 time KM budak2, KM suka sangat baca ruangan komik DIN TEKSI dalam Utusan Malaysia. Antara watak paling KM suka ialah 2 org anak Din Teksi. Nama yg sorg ja KM ingat iaitu Cot.


Kartun Din Teksi dilukis & diilhamkan ceritanya oleh Pakcik NAN @ Zainal Osman (gambar kat atas tu).
* Sekarang jangan kata nak belek akhbar Utusan, nak lawat lawat website dia pun KM xlalu......


4 comments:

Dee said...

a'ahlah..din teksi ni bestkan..hehehe..

Anonymous said...

assalamualaikom
saya sendiri tercari cari komik din teksi.dikedai buku mana agaknya boleh di cari?

sewaktu saya bertugas sebagai seorang dj pada tahun 80-an, nan yang 'terkena' dengan hebahan saya telah melukiskannya kembali dalam karton din teksi. ia cerita tentang saya menyatakan akan menyiarkan lagu populer waktu itu. anak anak din teksi mula meneka..mereka sangka saya akan siarkan lagu penyanyi pujaan mereka. yg saya siarkan lagu 'amanah saham nasional'. saya katakan lagu itu paling populer, kerana antara istilah populer waktu itu ialah apabila sesuatu lagu kerap di siarkan oleh juruhebah.

saya sebenarnya sedang menulis autobiography diri saya sebagai bekas dj rtm. jadi saya memerlukan karton tersebut untuk di muatkan dalam buku saya nanti.

emel saya : kasajiza@yahoo.com
saya juga boleh di hubungi melalui facebook atas nama: zainal abas.

sekian, terima kasih.
zainalabas @ kasajiza a.s.

Anonymous said...

dlm kiriman awal tertekan anonymous di perengkat awal komen saya. tidak bercadang 'bersembunyi' di sebalik anonymous. kesilapan itu saya perbetulkan!

zainal Abas said...

alhamdullilah biographi saya dalam bentuk penulisan novel : memoir seorang juruhebah telah pun di terbitkan oleh ITBM Walau pun tanpa kartun NAN DIN TEKSI menghiasi ruang kulit belakang buku tersebut. yang dapat saya letakkan hanya coretan kata kata tentang kartun tersebut. kepada sesiapa yang ada kartun tersebut, atau mengetahui dimana boleh saya membeli buku ini , hubungi saya melalui emel : kasajiza@yahoo.com. kalau buku ini di ulang cetak nanti, saya ingin meletakkan kembali gambar kartun tersebut di kulit belakang buku saya itu!
Salam.
Zainal Abas @ Kasajiza a.s.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin