Lebih kurang kol 4 petang ni, PM Najib akan membentangkan Belanjawan Malaysia 2011, pembentangan beliau yang ke-2 sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebagai rakyat, pengguna, pekerja, kita semua pasti menantikan apakah advantage & beban yang kita akan dapat & tanggung untuk tahun ini.
KM melalui pembacaan & analisis sendiri menyenarai beberapa perkara berikut (camla aku profesor ekonomi hehehe) untuk korang ulas sendiri:
1) Kerajaan dijangka akan memberi tumpuan kepada pengurangan defisit fiscal. Camna nak buat? Pengurangan subsidi.
2) Kenaikan 'sin tax'. Pasni harga arak, rokok & aktiviti perjudian akan memberi lebih banyak pulangan kepada kerajaan untuk dikembalikan kepada rakyat. So pasni kita tengok siapa plak yg akan masuk tv nak pulangkan duit gajinya yg hasilnya dari duit judi or arak? hehehe......lu orang sendiri fikirla.
3) Ada penganalis meramalkan kerajaan akan menurunkan 1% cukai pendapatan. Sekarang berapa ekkk?
4) Kerajaan juga diramalkan mengurangkan nilai peratus pembiayaan perumahan oleh bank/syarikat kewangan yang sekarang dibenarkan sehingga 90% daripada nilai hartanah. Ia sebagai langkah untuk mengatasi 'burble' yang melanda sektor itu.
5) Kerajaan juga diramalkan akan mengetatkan lagi syarat penggunaan kad kredit yang ketika ini merupakan salah satu masalah dalam sistem kewangan di negara ini. Ramai yg berhutang ngan kad kredit & mengalami kesulitan untuk membayar balik. Had kredit mungkin akan diketatkan setelah tahun lepas kerajaan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 setahun bagi setiap kad.
6) Kerajaan dijangka akan mengumumkan status penjualan beberapa GLC seperti PLUS & UEM. Semalam EPF & UEM Group baru saja membuat tawaran pengambilalihan konsesi PLUS daripada Khazanah Nasional RM23billion atau RM4.60 sesaham. Apakah ia akan memberi impak kepada pengguna? Tungguuuuuuuuu...
7) Kakitangan awam pastinya menunggu pengumuman bonus atau insentif kewangan yg sesuai...tapi rasa2 bleh dapat ke? Mungkin dengan hampirnya Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka awal tahun depan akan ada insentif2 menarik kepada rakyat...nantikan...Salah satu yg nampak ialah kerajaan kelmarin mengumumkan akan menangguh pelaksanaan cukai barang & perkhidmatan (GST) sehingga 2012.
Ada banyak lagi analisis & topik yg boleh dibincangkan tapi masa tak mengizinkan KM nak mengulas. So, korang ulasla sendiri hehehe.........
1 comment:
PRU13 menunggu..
bonus xda??..mmg masak la...
Post a Comment