Thursday, October 28, 2010

Loan masih tak lepas!!!

Untuk kali keduanya, loan umah Pakcik Elvis masih lagi tidak melepasi jumlah yang diperlukan untuk beliau membeli rumah yang dicitakan. Inilah kekurangannya bagi individu2 yang bergaji kecik ni bila nak apply loan terutamanya cam loan umah. Almaklumlah, harga rumah di Pulau Pinang ni makin lama makin meningkat naik. Nak harapkan rumah kos rendah, jenuhla menunggu....

Anyway, kepada Pakcik Elvis jangan merasa kecewa kerana selagi ada ruang jangan mengalah. Memandangkan gajinya tak mencukupi setelah deduction yang lain maka jalan seterusnya ialah melampir salinan penyata akaun2 yang mempunyai simpanan yang besar seperti simpanan ASB.

Diharapkan kaedah tu dapat membantu bagi melepaskan kelulusan jumlah loan untuk rumah beliau. So, tungguuuuuuu...apa kesudahannya cerita acara untuk membeli rumah oleh Pakcik Elvis ini....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin