
Esok KM rasa dah ada agenda. Antaranya ialah Karnival Jualan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) peringkat Utara di Sunway Carnival, Seberang Jaya. Karnival bermula hari ini hingga Ahad & tema karnival pastinya berkaitan hartanah. Sesapa yg ada area sana blehla datang utk tengok kalau2 ada peluang hartanah menarik untuk direbut.
Malam esok juga, Senator Dato' Mustafa Kamal Yusoff (Pak Mus) juga ada buat jamuan Hari Raya di Bandar Perda. Kad jemputan pun dah diterima maka menjadi keperluan juga untuk memenuhi jemputan tu.
Sekolah Batrisya @ Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal (sekolah KM dari Darjah 1 hingga 5) juga mengadakan jamuan Hari Raya harini. Mem dah bekalkan Batrisya sebijik kek untuk jamuan tu. Budak2 ni memang seronok kalau buat makan2 ni. Orang dewasa pun sama gak.....tak percaya tanya diri anda.....jangan tanya KM hehehe.......
2 comments:
wahhhh...jenoh le mike KM..... tapi bagoih jugakkk...takyah masak dahhh...
P/S: rege ghumah (harga rumah) SPNB agak mahei....patutnye kene mughahle (murah) daghi yang syarikat swasta buat......SPNB kan GLC gomennn....
D08- hahaha...jamuan makan tu memang bagus tp memnuhi jemputan tu lg penting...tp jenuh berkejaranla...tentang harga umah SPNB tu memang setujula ngan bro. Patutnya GLC buat umah tok bantu rakyat memiliki umah...kalau nk untung besaq baik jd limited company....
Post a Comment