Pada 6 November ini (Sabtu) Pangkalan Tentera Udara (TUDM) Butterworth telah merancang untuk mengadakan Hari Terbuka untuk semua orang awam melawat pangkalan tersebut. Beberapa aktiviti seperti pameran pesawat TUDM, kenderaan tentera, acara derma darah, gerai jualan serta pameran2 berkaitan cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini akan diadakan. Pameran sehari berlangsung antara jam 9 pagi hingga 5 petang.
* Kepada yang berminat dengan hal & aktiviti TUDM ini bolehla datang ramai-ramai................
No comments:
Post a Comment