Friday, April 25, 2008

Mari Mengumpul





Arini dah Jumaat. Masa berrlalu begitu pantas (mungkin salah satu tanda akhir zaman tu). Kat atas tu sebenarnya sebahagian collectibles yg aku kumpul kebelakangan ni. Mungkin juga hobi aku dan mungkin jugak sebagai pelaburan. Masa zaman belajar dulu, aku giler ngan komik dan setem. Komik asalnya aku tak minat tp bila melepak di bilik kawan, komik dia bersepah2. Kata org tak kenal maka tak cinta. Bila sekali dua membaca lama2 menjadi ketagih, pastu mulalah berjinak2 membelinya. Nick Kebencian_Maharaja (rasanya dah sepuluh tahun guna) ni salah satu tanda obsesnya aku pada komik masa tu. Sekarang ni, koleksi komik aku tinggal kenangan dalam kotak keh..keh.

Masa tu jugak, aku giler kumpul setem. Asal ada first day, aku antara yang awal beratur di pejabat pos. Antara koleksi aku yg masih banggakan ialah koleksi setem Formula 1 sempena perlumbaan sulung di Sepang. Selain setem, syiling pun aku kumpul jugak. Setem ngan komik rasanya mencecah ribuan RM jugak duit aku abis. Tapi 4-5 tahun lepas, minat tu mula pudar. Koleksi yang ada mula kena lelong bila aku takde duit he..he..he.

Setahun dua ni aku mula plak mengumpul collectibles cam kat atas tu. Ada yg aku beli terus, purchase with purchase, free gift etc. Walaupun tak banyak tp usaha ke arah menambahkannya tetap ada. Yang penting sekarang, ongkosnya pak. Sesetengah orang ketawa & menganggap hobi ni cam bebudak tp mungkin kita patut baca artikel berkaitan ngannya. Di negara2 maju, hobi begini boleh mendatangkan pulangan yg lumayan berdasarkan permintaan, keterbatasan tawaran, authentisiti etc. Di laman urusniaga dalam talian seperti E-Bay, perniagaan barangan seperti ni mencecah jutaan Dollar setiap tahun. Di Malaysia pun ada peniaga yg berniaga secara freelance di internet utk barangan seperti ini dgn pendapatan empat angka sebulan.

Aku sekadar berkongsi minat je. Tentang peluang aku reserved kan ia di situ. Mungkin aku akan hepi kalau ada kwn2 yg sedia nak kongsi minat ni bersama. Kalau ada kekangan modal tu, pelan2 la kayuh. Bila kita ada hobi, kurang2 hidup takla boring sgt dan bantal takla jadi mangsa selalu (tido itu best tp bila dah berumur ni kurang2 kan lah tido tu. Takut tido tak sempat nak bangun plak). Kalau rasa hobi ni tak best, anda blehla fikir perkara lain cam kumpul aluminium can & botol ke (bleh jual), tanam bunga ke, bela ikan ke, ternak cacing ke (Man, dah jumpa ke Dr. Cacing tu?) atau ape saja yg berfaedah. Jangan belajar tanam pokok Poppy or tanam ketum dah le.

Hapi weekend & semoga kita bahagia keh..keh.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin