Tuesday, April 22, 2008

Reds vs Blues


Separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) ke-3 antara dua pasukan dalam tempoh 4 tahun dan perlawanan ke-4 utk musim ni. Dua pertemuan liga sebelum ni, berkesudahan seri dan perlawanan suku akhir Piala Carling memihak kepada Chelsea. Dua separuh akhir sebelum ni memihak kepada Liverpool termasuk jaringan kontroversi Luis Garcia tahun 2005 yang melayakkan The Reds ke final.

Rekod semasa kedua-dua pasukan dalam CL agak konsisten dgn The Reds tidak penah kalah dalam 7 perlawanan terakhirnya serta menang 4 perlawanan terakhir di laman sendiri. Manakala, the Blues hanya kalah sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka iaitu dikalahkan Liverpool dalam separuh akhir musim lalu.

Micheal Essien digantung 1 perlawanan utk game mlm ni. Manakala Gerrard, Carragher & Aurelio akan digantung jika memperolehi kad kuning mlm ni. Gerrard disahkan pulih sepenuhnya dr kecederaan leher minggu lalu. Manakala Lampard akan diturunkan setelah terlepas 2 perlawanan sebelum ni kerana ibunya yang diserang pneumonia.

Perlawanan ni juga lebih terarah kepada masa depan 2 pengurus, Benitez & Grant. Krisis dalaman antara pemilik Liverpool (Hicks & Gillet serta melibatkan Parry) yang berterusan boleh memberi kesan pretasi pemain serta kepada sokongan peminat di Anfield malam ni. Manakala krisis keyakinan pemilik Chelsea, Roman Abramovich terhadap pengendalian Grant serta desas-desus bahawa dia akan disingkir penghujung musim ni boleh mengganggu persedian Chelsea mlm ni.

Prediction:

Jack Kolo: Liverpool 1 Chelsea 0

Mr. Jazz: Liverpool 1 Chelsea 3 (hehehehe...)

1 comment:

Nicki said...

This is great info to know.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin