Sejak 2 minggu lalu, harga beras dah mula naik. Pengguna2 prihatin dah mula merungut2 sbb yang naik bukan saja harga beras tp juga barang keperluan lain. Tak kurang jugak segelintir pengguna yang masih tak kisah ngan kenaikan harga barang, janji kata mereka masih boleh beli wpun harga naik mendadak (ni minda segelintir org melayu yang yang selalu melaungkan diri mereka bangsa yang merdeka). Kat sini aku hanya nak ulas pasai kenaikan harga beras je sebab kalau ulas semua panjang ceritanya.
Kenaikan harga beras dunia bergantung kepada mekanisme penawaran & permintaan. Kenaikan dalam permintaan dunia serta sekatan atau pengurangan eksport oleh pengeluar beras utama seperti Vietnam & India membawa kepada kenaikan harga komoditi ini.
Di Malaysia, krisis harga beras ini aku lihat disebabkan beberapa perkara. Pertama, disebabkan kebergantungan terhadap beras import. Kerajaan melalui BERNAS (dulunya LPN) yang mempunyai AP tunggal dalam mengimport beras melihat aktiviti pengimport beras di era perdagangan bebas (AFTA) lebih menguntungkan dari pengeluaran domestik. Bayangkan kalau kita boleh membeli lebih murah dr Thailand, India dan Negara-negara lain, tentunya kita akan memilih untuk berbuat demikian. So apabila kerajaan melihat perdagangan beras sebagai perniagaan yg menguntungkan maka kita terpaksala terima hakikat bila berniaga ada risikonya. Risikonya, apa yang rakyat terima sekarang, harga beras naik bila permintaannya naik dan penawaran dikurangkan.
Keduanya, kerajaan sekian lama telah mengabaikan pengeluaran beras domestik. Hari ini, jika kita memandu dari Perak hingga ke utara Kedah, kita dapat melihat kawasan penanaman padi yang telah hilang dari pandangan atau mengurang keluasannya berbanding zaman saya kecik2 dulu. Dalam ekonomi kapitalis, jika sesuatu barang dpt diperolehi lebih murah dgn mengimport maka sumber modalnya boleh diguna untuk tujuan lain. Hari ni, tanah2 sawah banyak yg telah dikambus untuk tujuan pembangunan (buat rumah, kilang etc.). Kita bukan anti establishment tp kita ingin pembangunan yg tidak menyusahkan.
Ketiga, kerajaan juga melihat pengeluaran padi Malaysia sebagai membebankan serta tidak ekonomik. Bayangkan saban tahun, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi yang tinggi kepada pesawah sedangkan pulangannya tidaklah ekonomik. Jika kita hendak bersaing dengan petani2 dari Thailand, Vietnam, India rasanya kita terkebelakang dari segi kos dan kualiti output. Beras mereka dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan kualiti yang baik pada harga yang kompetatif. Jadi kerajaan memikirkan adalah lebih baik, tanah sawah yang ada digunakan untuk tujuan ekonomi yang lain.
Tapi awas! Jika kerajaan terlalu bisnes minded dalam menguruskan negara, inilah akibatnya. Dalam mentadbir negara, perkara-perkara yang menjadi keperluan utama rakyat kita tidak boleh jadikan bahan niaga. Air, elektrik, bahan makan utama seperti beras tidak wajar diniagakan apatah lagi jika perniagaan itu membebankan rakyat serta memperkayakan segelintir kapitalis atau golongan yang dekat dengan pemerintah.
Jika kita tidak ingin krisis makanan ni makin meruncing di masa depan maka usaha memulihkan industri penanaman padi perlu dilakukan. Jangan biarkan tanah-tanah sawah terus dikambus untuk membina umah dsb. Kemahiran, system, kualiti output dari negara-negara pengeluar utama beras tu perlu kita ciplak sebaik mungkin. Insentif2 yang baik kepada pesawah untuk meransang minat mereka untuk meningkatkan kualiti dan hasil perlu difikirkan. Nak seribu cara, tak nak seribu dalih.
Jika kita tak mencari jalan mengatasi masalah ni maka tidak mustahil apa yang diucapkan sesetengah orang tua kampong selalu bahawa jika kita pilih kerajaan selain kerajaan sekarang maka mungkin bleh jadi susah dan bleh jadi macam zaman Jepun, takde beras nak makan. Hakikat tu bleh terjadi tanpa perlu tukar kerajaan kerana jika kerajaan yang ada terus mentadbir negara seumpama sebuah perniagaan yang hanya menguntungkan segelintir golongan sahaja.
Fikir-fikirkan lah kawan sebab jika kita masih boleh mebeli beras untuk anak2 kita, bagaimana dengan orang lain yang pendapatan bulanannya di bawah RM300-400 sebulan dgn tanggungan 6-7 orang? Setiap malam, anda di meja makan bersama keluarga menikmati hidangan, ingatkan juga ada ibu bapa yang terpaksa memujuk anak-anak untuk tido dalam kelaparan.
perkiraan hari ini: Manusia selain ada tanggungjawab terhadap Tuhannya, dia juga ada tanggungjawab sesama manusia yang lain.
No comments:
Post a Comment