Thursday, April 17, 2008

Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

Semalam aku tgh review balik perancangan tahun ni. Umah aku sekarang ada peluang untuk disewa pada kadar mortgage yang aku tanggung ngan bank sekarang. At least bg aku sedikit peluang untuk bergerak ke arah umah kedua. Semuanya bukan sebab tamak tp sebagai pelaburan kerana property juga satu invest yang baik jika kena pada tempatnya.

Persoalannya sekarang ialah pemilihan kawasan. Faktor ni penting untuk menjamin property tu akan sentiasa menjadi pilihan masa kini/hadapan. Faktor muka bumi/geografi & sosial-ekonomi (keselamatan, kemudahan, kejiranan, komposisi kaum etc.) antara faktor yg mempengaruhi nilai sesuatu hartanah. So, semuanya perlu diteliti ngan baik sebelum membuat keputusan. Apatah lagi jika hartanah tersebut bernilai ratusan ribu RM. Tentu nyesal kalau silap membuat percaturan.

Bila bercakap pasai pembelian perumahan plak, kita patut bersedia ngan wangnya. Wang utk bayaran deposit semasa membooking , bayaran pendahuluan 10% (anda boleh membuat pinjaman sehingga 100% tp kenala bersedia utk installment bulanan yg mungkin agak tinggi), bayaran guaman wpun selalu diiklan S&P percuma (tp tu iklan pemanis mulut je) dan juga belanja2 sebelum anda masuk umah (duit meter air, elektrik, kelengkapan2 asas dan juga jika anda nak buat pengubahsuaian).

Anyway, jika anda merancang untuk membeli umah, merancangla ngan baik. Tp jgn takut, Insyaallah pembelian hartanah selalunya tidak merugikan. Kebanyakan hartanah meningkat nilainya dr masa ke semasa (wpun terdpt kes, keadaan berlaku sebaliknya). Tidak seperti anda membeli kenderaan, nilainya menyusut dari tahun ke tahun. Bayangkan jika di usia persaraan, anda telah memilik 2 buah umah. 1 utk diduduki dan 1 utk disewa. Sewaan tersebut boleh menjadi value added kepada persaraan anda (anda ada extra income pada masa tu hehe...).

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin