Assalamualaikum semua. Semalam aku cuti terkejut (EL) sebb kesihatan tak memuaskan. Fokus aku arini tentang pemilihan kaunter yang sesuai utk pembelian bulan ni. Aku tgh mensasarkan kaunter oli & gas (O&G) berikutan kenaikan memberangsangkan kaunter2 tersebut minggu ini. Kebanyakan brokaerage firm meletakkan sasaran BUY untuk semua kaunter2 ni ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ni. Harga minyak hari ni diniagakan pada paras US$117.96 setong (minyak petroleum ye, bukan minyak angin).
Penganalisis berpendapat permintaan minyak Asia akan terus menyokong permintaan minyak dunia serta usaha2 projek penapisan dipertingkatkan. Kaunter2 O&G yang telah mengalami penurunan antara 60-30% ekoran krisis ketidaktentuan pasaran serta kestabilan plotik selepas pilihanraya ke-12 telah mula menampakkan peningkatan sejak penghujung bulan Mac lepas. Kalau sesapa beli pas pilihanraya (antara pertengahan bulan Mac) mungkin sekarang dah boleh goyang kaki sebb dh untung (at least kurang2 pun 30-40%).
Kaunter seperti Kencana, SapuraCrest, Perisai, Petra, Coastal, Maybulk, OilCorp dan seumpamanya sedang bergerak ke arah harga2 yang penah dicapai sebelum ni. Dalam portfolio aku sekarang ada BorneoOil (jumlahnya sikit je) dan pergerakan harganya agak perlahan tp aku mensasarkan jangka sederhana kerana ia pernah mencecah RM1.53 (Julai 07).
Memandangkan kebanyakan kaunter O&G dah melepasi seringgit lebih, aku target nak beli JAKS, syarikat pembinaan paip & pembentungan. Anda tengok graf di atas, harganya dah nak berada dilengkuk menaik dan volume juga meningkat. Tu tanda2 harga sesuatu kaunter nak mengalami BULL. Isnin depan, Jaks akan mengadakan AGM nya dan salah satu agendanya meningkatkan jumlah modal syarikat. Harga sekarang bermain di sekitar 80 sen dan harga tertinggi penah dicapai RM1.51 pada November lepas. Tunggula petang ni camna sebab kadang2 ilham last minute selalu menggangu perkiraan aku.
perkiraan hari ni: Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguh perancangan Allah lebih tepat.
No comments:
Post a Comment