Monday, April 21, 2008

IbuBapa, Rumah Tumpangan & Demam

Cam pelik je entry arini kan. Ada 3 topik nak dibincangkan oleh aku. Firstly berkaitan topik yang aku bincangkan ngan Anaiz, pemilik blog A Thought of Mine, berkenaan kebajikan utk kedua ibubapa kita sama ada yg masih bersama kita atau yang telah kembali kepada Allah s.w.t. Kdg2 bila mereka masih ada, kita tak peduli sangat. Cuma kalau kita senang sikit, kita hulurkan je RM bulan2. Lain2 tu, kita bantula apa yg patut. Tapi cukupkah ngan semua tu?

Sebenarnya, banyak lagi kebajikan yang boleh kita buat utk ibubapa @ arwah ibubapa kita. Anaiz cakap banyakkan sedekah/wakaf/infak utk mereka. Perkara ni banyak yang kita tak buat sebab kita sendiri nak berbuat demikian untuk diri sendiri pun berat (atau kita selalu lupa). Sama ada mereka masih ada atau telah pergi, perkara ni kita boleh jdkan amalan buat kita dan ahli keluarga yg lain. Kadang2 kita bleh spend RM utk gi jalan2 makan angin atau gi shopping, tak leh ke kita spend duit kita untuk tujuan tu. Kalau kecik2 dulu, mak ayah sanggup susah payah nak besarkan kita, takkan bila dh besar kita lupa. Niatkan sedekah @ wakaf yang kita buat utk mereka, insyaallah.

Selain bersedekah/ berwakaf tu, yang jgn dilupa ialah berdoa utk dua ibubapa. Amalan ni tak payah kuar duit tp payah kita nak buat (atau kita selalu lupa). Aku ambik sikit dr Hadis Baginda s.a.w, "apabila telah meninggal anak Adam itu maka terputusla segala amal kebajikannya kecuali amal perbuatan yg dilakukan di dunia, harta-bendanya yg disumbangkan ke jalan Allah dan doa dr anak-anak yang soleh". Aku rasa kita yg berpelajaran ni faham maksud hadis ni. Maka kalau faham, sendiri2 mau ingatla.

Perkara kedua pasal umah tumpangan. Bunyi cam Umah Tumpangan Ah-Lok ja keh..keh. Sebenarnya idea umah tumpangan (bleh sesapa kasi ayat yg lebih sopan ke) bukannya umah tumpangan yg disewakan utk buat 'pojek' tu tp homestayla kot lebih sesuai. Mencari, membeli dan merenovated umah pastu disewakan seperti umah tumpangan. Pemilihan kawasan penting supaya ada permintaan (kawasan tourism spot, student area etc.). Caj penginapan & kemudahan yg disediakan berpatutan dan memuaskan. Fokus market untuk percutian secara family. Idea ni dah ada org buat cuma aku plak nak try tapi bila tu bergantung pada power of capital. Ni pun pelaburan gak kawan-kawan.

Seterusnya aku nak bagitau, aku demam keh..keh (bukan nak minta simpati sesapa). Tapi nak kongsi pengajaran bahawa bila sakit banyak perkara yg kita buat tak rasa nikmatnya. Nikmat makan, rasa gembira, nak bersantai-santai rasanya dah tak leh dinikmati sepenuhnya bila kita sakit. Makanan yang paling kita suka pun jd tak berapa sedap bila kita sakit. So, hargai nikmat sihat yang Allah beri. Tu baru diuji ngan demam, bayangkan saudara2 kita yg diuji ngan penyakit2 lain seperti diabetes, sakit jantung, strok, pneumonia, denggi etc (minta dijauhkanla). Pesan guru aku, setiap penyakit, insyaallah ada ubatnya kecuali maut.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin