Monday, June 30, 2008

FelicitaciĆ³n SPAIN

Spain menjuarai Kejohanan Eropah pagi tadi selepas kali terakhir melakukannya 24 tahun yang lalu. Jaringan tunggal Fernando Torres minit ke-33 cukup meleburkan harapan Germany utk merangkul kejuaraan buat kali ke-4. Secara keseluruhan, barisan muda Spain dilihat lebih menyerlah berbanding kesebelasan Germany.

FelicitaciĆ³n SPAIN !!!!

Friday, June 27, 2008

Anda ingin membeli rumah??


Semlm guruku berkongsi tentang persoalan persiapan manusia.
Terdapat 2 persiapan.

Persiapan pertama, kehidupan hidup sebelum mati (kehidupan duniala).
Berapa lama? 40 tahun lagi? 20 tahun? 1 tahun? 1 minggu? or sehari ja lagi?
Yang nyata tempohnya sangat singkat tp kebanyakan manusia sangat pulun dalam hal ini sampai lupa persiapan yg abadi. Islam tak menolak dunia tp jangan terlalu lalai mengejarnya, bimbang2 kita menjadi org yg paling menyesal di akhirat kelak. Ada sahabat bertanya Rasullullah s.a.w tentang dunia, Baginda mengibaratkan dunia seumpama bangkai kambing yg dibuang begitu sahaja. Kalau begitu ibaratnya maka anda bleh menilaila harga dunia ni.

Persiapan kedua, kehidupan selepas mati (alam barzakh & akhirat).
Anda tentu percaya kehidupan ni kekal sampai bila2 kalau anda beriman ngan hari akhirat. Di sanala, rumah kita yg kekal. Dalam Quran, Allah telah janjikan pelbagai nikmat yg tak terkata serta azab yg amat pedih di sana. Bila kita kembali ke sana, tidak lagi berguna harta benda & anak pinak kecuali mereka2 yg datang dengan hati yg sejahtera. Hati yg sejahtera tu camna? Hati yg sentiasa patuh pd perintah & meninggalkan larangan Allah di dunia. Dalam mengejar dunia ni, rasanya persiapan utk kedua ni sangat mencabar. Ramai yg telah lalai & kembali dalam keadaan sia2.

So, marilah kita sama sebagai saudara/teman meluangkan sedikit masa untuk berfikir hal ni sementara ada kesempatan. Sebb kematian datang tidak mengenal tuan or muda.

Thursday, June 26, 2008

Tag Tentang Tipah

Ini adalah photo semasa CikTipah sedang menjalani ujian angkasawan. Sayangnya, beliau tak terpilih hehehe (jgn ambik hati ye)

1) 3 wishlist yang amat Tipah harapkan
* kebahagian hidup sama ada di dunia mahupun akhirat (betulkan Ciktipah kan..kan..kan). Keduanya, kesihatan (bebas dari penyakit asthma...aku taula betapa seksanya ada penyakit ni kan..kan..kan) & setrusnya menjadi anak yang membahagiakan 2 ibu bapa & bakal isteri yg membahagiakan suami (betulkan..kan..kan)

2) 3 warna yang menjadi kegilaan Tipah

* warna bleh buat orang gila ke? nasib baik aku takkde warna kesukaan. Mungkin CikTipah suka merah hati, purple & ijau (ijau ni warna2 taman syurga & baik utk mata).

3) 3 perkataan yang Tipah suka sebut

* Aku dok jauh dari CikTipah ni so cmna aku leh tahu apa yg dia selalu sebut. Kalau aku cakap CikTipah suka sebut ini, itu, nanti korang cakap aku penipu plak. Yang paling tepat rasanya, CikTipah suka sebut mak & abah (takkan dia sebut amma & appa plak kan..kan...kan).

4) 3 perangai buruk Tipah

* Aku rasa tak patut sebut keburukan orang nanti mengaibkan dia. Apatah lagi CikTipah ni masih anak dara, kang jatuh saham dia. Better aku nasihat, manusia perlu sentiasa ada rasa untuk berubah kepada yg lebih baik, ok?

5) 3 perangai sopan Tipah
* Walaupun aku tak penah jumpa CikTipah ni tp aku rasa dia anak yg baik, boleh jadi kawan yg baik & mungkin boleh jadi calon isteri yang baik juga, insyaallah. (kan..kan).


6) 3 tempat yang Tipah pernah tinggal [pindah-randah]

* Pasai ni, frankly said i have no idea. Tapi sebagai anak perantauan perkara ni biasa berlaku (kan..kan)

7) 3 perkara yang menarik tentang blog Tipah

* Aku suka blog dia sebab selalu updated, byk preview tempat2 menarik (sebab dia kaki jalan) & dia rajin berinteraksi ngan para pengunjungnya.

8) 3 perkara yang tak suka tentang blog Tipah

* Apa ye? Keyboard pecahla plak..so xsempat jawap....lain tahun aku jawap hehehe....sekian terima kasih. yang baik dr Allah dan yg lemah adalah kelemahan aku sendiri....zasssssssssssssss

* KM tengah berkira2 nak pakai baju pe time hari penyampaian hadiah nanti, any idea?

Wednesday, June 25, 2008

Jerman Jual Game? Hehehe.......

* Separuh akhir pertama, Germany menentang Turkey selepas kedua-duanya mengejut pasukan pilihan Portugal & Croatia.
* Kedua2 pasukan pernah bertemu 17 kali dengan Germany menang 11 & kalah 3 kali. Kali terakhir bertemu Oktober 2005 di Istanbul dengan Turkey menang 2-1.

* Ini merupakan penampilan pertama Turkey di separuh akhir Kejohanan Eropah setelah melakukan kejutan di Piala Dunia 2002. Manakala Germany membuat penampilan ke-5 di peringkat separuh akhir kejohanan ni. 4 daripadanya mereka ke final & muncul juara sebanyak 3 kali.


* Turkey bakal kehilangan beberapa ekoran kecederaan & penggantungan tonggak utama termasuk ketua pasukan Emre, Volkan (penjaga gol), Tuncay, Arda Turan, Amre Asik & penyerang sensasi mereka, Nihat. Manakala, Germany bakal mendapat semula khidmat midfieldnya, Torsten Frings selepas diketepikan ekoran masalah kecederaan ketika menentang Portugal

* Di atas kertas, Germany adalah pilihan juara selepas pasukan lain seperti Holland, Italy, Portugal & France tersingkir. Namun kemampuan Turkey tidak boleh diperkecilkan setelah mengejutkan Czech & Croatia. Peluang adalah seimbang namun pilihan aku tetap GERMANY. ANDA BAGAIMANA?

Monday, June 23, 2008

Peringatan yg menjadi kenyataan???

Di tahun 2008 ni, di bumi yg bertuah ni, nampaknya keamanan & kemakmuran hidup rakyat makin terhakis. Malaysia yg sejak aku kecil sering dipuji kerana kemakmuran & keamanannya kini semakin tinggal hanya kenangan.

Rakyat arini diselubungi rasa gentar, takut & bimbang ngan peningkatan kadar jenayah yg berleluasa seperti bunuh, culik, rogol, rompak, ugut dsbnya. Anak2 kecil tidak lagi bisa dibiar bermain bersendiri lagi. Brg2 berharga sentiasa perlu dijaga hatta di tmpt yg disebut paling aman pun (masjid) org sanggup mencuri. Kita juga sgt risau membiarkan isteri2 & anak2 perempuan keluar bersendirian. Kita sudah tidak bisa aman lagi di negara yg kita cintai ini.

Di samping rasa takut & bimbang, kita juga berdepan masalah ekonomi. Rakyat kita sudah mula tertekan, bermula ngan kesukaran mendapatkan sesetengah barang keperluan seperti minyak masak, gula, seterus barang pula makin mahal. Bila minyak melonjak harga, barang lagi naik, kos sara hidup makin meningkat, ramai yg makin terdesak kehidupannya.

Bila keperluan tak cukup, manusia mula berfikir dan mencongak. Ada yg berkerja siang & mlm hingga lupa pd t/jawab lain, lupa keluarga. Ada yg hilang pertimbangan, harta orang menjadi buruan. Rompak & samun menjadi tujuan. Akhirnya Malaysia tercinta ini sudah mula hilang keamanan & dihantui kelaparan.

Anda tahu puncanya?

Lebih 1400 tahun yg lalu, Allah telah memberi peringatan kepada Kaum Quraish melalui surah Quraish (surah yg selalu kita baca & bermula ngan Lil ila fi quraishin....) yg bermaksud:

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraish.
(Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (di negeri Yaman), dan pada musim panas (di negeri Syam).
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah ini (Kaabah).
Tuhan yg memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dr kelaparan dan mengamankan mereka dr ketakutan.

Ulama tafsir membahaskan bahawa Allah akan menurunkan azab awal (kelaparan & ketakutan) terhadap sesuatu kaum/bangsa sekiranya mereka telah lalai, jauh dr peringatan Allah, malah sombong & melawan segala perintah/hukum/syariat dan sebagainya yg Allah turunkan untuk dipatuhi manusia. Sesungguh 2 azab ni sebagai peringatan awal sebelum Allah datangkan azab yg lebih besar seperti tsunami, banjir, gempa bumi, ribut taufan dan seumpamanya yg akan menghancurkan kaum tersebut.

i) Sebagai orang yg mengaku Islam maka lihat& renunglah apa yg berlaku di sekeliling kita dengan ilmu & mata hati.

ii) Jgn gunakan logik akal semata2.

iii) Renungkanlah, adakah kita selama ni betul? dan masih betul? atau selamanya akan betul? atau kita sebenarnya telah jauh dr peringatan/tali Allah (Quran & Sunnah).

Fikir-fikirkanlah sementara ada kesempatan!

Germany, Turkey, Russia & Spain cruise to semi....

Hanya Jerman & Sepanyol je pasukan pilihan yg melangkah ke semi-final Euro 2008. Manakala Russia & Turkey mengejutkan pasukan Belanda & Croatia. Belanda yg dilihat sebagai pilihan utk menjuarai kejohanan kali ni setelah mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan tersungkur di tangan dark horse, Russia yg diterajui Guss Hiddink, bekas manager Oranje sendiri.

Turkey seperti biasa mempamerkan aksi akhir babak yg menarik hingga menyingkirkan satu lagi pasukan yg agak konsisten, Croatia melalui penentuan penalti. Nasib kali ni juga tak menyebelahi Italy yg tersingkir di tangan Sepanyol juga melalui tendangan penalti.

Penyingkiran Belanda, Italy, Croatia termasukla Perancis di peringkat kumpulan antara kejutan biasa berlaku di kejohanan2 besar. Kepada penyokong2 pasukan ni, jgn kecewa & cuba lagi di edisi akan datang. Kepada penyokong pasukan yg masih bersaing, teruskan bersaing sehingga final nanti. Germany boleh champ ke kali ni? hehehe tunggu..............

Friday, June 20, 2008

Pemain-pemain Islam di Euro 2008

Maklumat menarik ni bleh kita kongsi dari blog saudara AKH Husain . Ada beberapa pemain ternama yang mungkin anda kenal merupakan penganut Islam. Rupa2nya orang Islam pun terer main bola.

Classy Germany eliminate Portugal!!!!!!!!!!!

Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol pertama Germany

Ramai mungkin tak menjangka Portugal akan ketinggalan 2 gol seawal 30 minit permainan yg menyebabkan pasukan tu tersingkir di tangan Germany dengan jaringan 2-3. Namun ramai perlu akur, Germany merupakan antara pasukan bolasepak dunia yg mempunyai kelebihan teknikal & taktikal antara yg terbaik di dunia selain Brazil, Italy, France. Di separuh akhir, Germany akan menanti pemenang antara Croatia & Turkey yg akan berlangsung pg esok. Anyway, begluckwunschung Deutschland.........

Gambo ni tak dak kena mengena ngan kemenangan Jerman pagi ni hehehe.....

Thursday, June 19, 2008

Portugal vs. Germany

Pertemuan suku akhir antara naib juara edisi yg lalu dengan juara 3 kali kejohanan. Germany masih dibelenggu kecederaan tonggak utama, Podolski & Frings tetapi dapat menggunakan khidmat Schweinsteiger yg digantung sebelum ni. Scolari plak akan meletakkan barisan terkuat Portugal selepas melakukan 8 perubahan dlm perlawanan terakhir kumpulan menentang Swiss.

Kedua2 pasukan telah bertemu sebanyak 15 kali dengan Germany menang 8 serta kalah 3 kali. Pertemuan terakhir ialah perlawanan penentuan tempat ke-3 Piala Dunia 2006 dengan Germany menang 3-1.

Di atas kertas, Portugal mempunyai kelebihan dengan kecergasan semua pemain di setiap posisi. Manakala Joachim Leow masih bergelut memastikan 2 tonggak Frings, selaku holding midfield serta Podolski, penjaring 3 gol setakat ini bersedia untuk diturunkan.

So, jgn lupa menyaksikan perlawanan ni kol 2.45 waktu Malaysia dari St. Jakop Park. Aku selaku pemilih Jerman utk edisi kali ni tentu berharap Jerman leh melepasi halangan ni walau pun sukar. Aku pilih penentuan penalti, anda bagaimana?

Wednesday, June 18, 2008

Melahir & Membentuk Anak yg Soleh

Beberapa ari ni aku sgt buntu. Mungkin lebih buntu dr Raymond Demonech yg terpaksa membawa anak buahnya pulang awal pd kempen Euro kali ni. Manusia ibarat laut yg ada pasang surutnya. Arini aku kongsikan ape yg aku dpt dr kuliah semlm ngan Ustaz Abdullah Khairi (mungkin sesetgh org kenal kot) tentang melahirkan anak yg soleh (aku pun kena didik baik2 Budak Kacak). Aku buat note ringkas2 dahla ye utk kita kongsi.

Kalau kita berusaha nak anak yg soleh, kita kena jaga 5 pancaindera berikut:

1) Mulut
* makan makanan yg halal & baik (sejak bayi (bukan pak Bai) dari dalam kandungan lagi)
* elakkan makanan dalam tin, junk food & juga fast food (semua ni makanan faveret kebanyakan kita ni)
* Di samping tu, ibu bapa rajin membaca & mengamalkan ayat2 Quran dlm kehidupan termasukla mengajar anak2. Antara ayat2 yg leh dikongsi:
# surah Yusuf-4 (utk melembutkan hati anak2)
# surah Al-Baqarah-104 (hindari gangguan jin)
# surah Al-Kahfi-1 hingga 10 (selepas sembahyang fardhu)
# surah Mulk (jauhi dr fitnah kubur)
# surah Luqman (mohon anak cerdik)
# 3 Qul (elak gangguan semasa tido)
# Ayat Kursi (gangguan syaitan & iblis)
# surah Yaasin- 1 hingga 9 (sebulum meninggalkan rumah)
* Selain tu, banyak mukjizat/kelbihan Quran ni. Yg penting, rajin baca, amal & yakin. Insyaallah.
* sentiasa zikrullah.

2) Mata
* sentiasa lihat benda/perkara yg elok & baik
* kawal anak dari melihat perkara2 yg mungkar dan melalaikan
* persekitaran yg hijau umpamanya bagus utk penglihatan & minda manusia.

3) Hidung
* mencium benda2 elok & wangi utk merangsang minda.
* anak2 juga perlu diajar mencium tgn ibu bapa utk jd satu kelaziman dlm hidup.
* ibu bapa juga perlu membiasakan dia mencium dahi anak2 kerana ada hikmah dlm mengerat kasih syg

4) Telinga
* Dibiasakan anak2 mendengar kalimah Allah sejak dlm kandungan lagi.
* Elakkan dr mendengar bunyi2, lagu2 or seumpamanya yg melalaikan

5) Sentuhan
* Ibu bapa sentiasa memberi sentuhan/pelukan kasih syg pada anak2.
* Begitu juga anak2 sentiasa bersedia utk memeluk ibu bapa kita dgn penuh kasih syg.
* Hal ni bg kebykan kita mungkin kekok. Hatta ada yg tidak penah memeluk ibu bapa mereka walau pun setahun sekali (di hari raya).

Ni antara yg aku dpt & kongsikan ngan anda. Selebihnya mari kita sama2 membuka ruang & memberi peluang kpd diri utk menuntut ilmu. Kita bimbang ngan kejahilan kita, hidup di dunia yg kita rasa sempurna sebenarnya sia2 di sisi Allah. Menuntut ilmu adalah wajib bg setiap Muslim.

Monday, June 16, 2008

Father Day?

Semlm hari bapa ekk? Sapa pun tak wish kat aku ye hehehe... Mem aku lupa ekk? Anyway, I don't care sangat cuba cakap je sb aku tak perlu satu hari diingati sebagai seorang bapak tp sepanjang masa aku adalah bapak or abah kepada Budak Kacak.

Bukan senang nak jd seorang bapak. Sebelum jadi kena ada usaha dulu. Ada kawan2 aku yg berusaha bertahun2 tp rezeki Allah belum bagi, maka belum berkesempatan mereka menjadi bapak. Ada yg baru disahkan nak jadi bapak, tiba2 isteri keguguran, tak jadi lagi (aku penah mengalami ketika mem mengandungkan anak kami kedua. Aku akur bukan rezeki kami).

Bila dah jadi bapak, macam2 dugaan plak. Terutama di zaman ni, macam2 ada. Tak kira anak pompuan or laki, semua perlu didikan, perhatian or everything yg termaktub dalam tanggungjawab bapak kepada anak. Bila semua tanggungjawab ni dilaksanakan maka selebihnya bertawakallah kepada Allah supaya anak2 kita menjadi anak yg soleh. Arini berapa ramai anak yg masih mendoakan kedua2 ibu bapaknya especially yg telah mati? Harapan kita adalah anak2 yg sentiasa mendoakan kedua2 ibu bapa kita..amin.

* kepada peminat2 Czech Republic, simpati kerana team anda telah tersingkir. Mungkin pasni Italy & France bakal menyusuli anda hehe....

Friday, June 13, 2008

56 or 58?

Mulai Julai 2008 ni, kerajaan telah menaikkan pilihan umur persaraan kepada 58 tahun. So kakitangan kerajaan boleh memilih utk bersara pd usia 58 atau kekal pada pilihan asal 55 or 56. Bagi yg merancang utk kekal bekerja lebih lama atau menikmati lebih ganjaran semasa persaraan bolehla memilih option tersebut. Secara peribadi, beberapa persoalan timbul pd aku.

Terdapat segelintir or sebahagian pekerja yg tidak lagi memberi komitmen kpd pekerjaan mereka apabila tinggal beberapa tahun lagi hendak pencen. Byk kerja yg dilepaskan kepada junior2. Bila ditanya kenapa? mereka menjawab dah nak pencen tak lama lagi. Dlm hal ini kita bercakap tentang soal amanah & t/jawab. Apakah dgn tambahan 2 tahun lagi, kita yakin boleh menjaga amanah & t/jawab sebg pekerja or kita sekadar membebankan kita ngan amanah yg tidak dpt ditunaikan lg? Sbg org Islam kena fikir jugakan sbb kita yakin adanya hari perhitungan & pembalasan.

Bagaimana ngan persiapan masa depan kita (bukan selepas pencen tp selepas mati)? Apakah sekarang kita dh bersedia or kita nak tunggu pencen baru nak bermula? sempatkah? Sekrg pun dlm kesibukan kerja, ramai yg melupakan t/jawab sama ada pd diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. Ramai yg sibuk bekerja sampai meninggalkan sembahyang, lupa kewajipan menuntut ilmu, lupa mendidik anak isteri pd jalan yg betul, lupa mengambil tahu hal2 umat & masyarakat dsbnya.

Bekerja itu ibadat tetapi bimbang2 kerana terlalu bekerja mengejar keperluan2 dunia, kita terlupa masa kita sangat pendek. Aku memetik dari guruku, di akhir zaman manusia terlalu ramai yg perasan bhw hidupnya, perbuatan dan amalannya telah sempurna or tidak ada yg kurang di dunia. Tiba2 di akhirat dia dicampak ke neraka & masa tu barulah dia sedar sebenarnya dia tertipu ngan perasaan & syaitan di dunia.

Pada aku, time is running out. Muda ke tua ke, kita tak pasti bila maut akan menjemput. Orang muda pun jgn perasan dia lambat gi nak mati. Kita sgt2 bimbang kalau waktu maut menemui kita, kita masih belum bersedia. Tak bersedia menghadapi peperiksaan akibatnya mungkin gagal je. Tp tidak bersedia mengadap Allah, mungkin padah yg berat akibatnya (minta kita tak jadi begitu).

Aku ke hospital, aku lihat yg tua pun mati, yg muda pun mati juga. Aku cakap ni atas dasar kelemahan aku sebagai manusia. Aku tidak minta sesiapa pun bersetuju ngan aku sbb manusia mempunyai sebab2 sendiri dan sebab2 ni juga akan kita guna untuk berhujah di hadapan Tuhan di hari akhir nanti..........

Thursday, June 12, 2008

Pas satu, satu naik .....

Kabarnya caj parking di pusat bandaraya Kuala Lumpur akan dinaikkan oleh DBKL daripada 60sen kepada 80sen berkuatkuasa isnin depan. Ia dibuat berikutan penukaran sistem parking lama kepada Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE).

Kepada warga kota, mungkin poket anda akan bocor lagi hehehe....Kesian juga kepada yg berpendapatan rendah tp inilah hadiah yg kita dapat di negara yg terkenal ngan 'Aman, Makmur, Selamat'.


pas satu, satu kos yg naik. Yang turun hanyalah hujan (rahmat Allah pada alam).

Wednesday, June 11, 2008

Smurfs

Anda kenal figura kt atas tu ke? Kalau anda kanak-kanak di era 80-an mesti kenal sangat ngan watak ni. SMURFS @ sekumpulan makhluk kecik @ mungkin semut yg tinggal di Smurf Village. Umah binatang ni ialah dalam cendawan. Animasi ni diperkenalkan oleh seorang kartunis Belgium bernama PEYO @ Pierre Culliford, bukan poyo ye, pada 1958 (tahun ni genap 50 tahun).

Animasi ni begitu popular di tv pada tahun 80-an melalui penerbitan Hanna-Barbera Productions. Antara watak yg aku ingat ialah Papa Smurf, Handy Smurf, Greedy Smurf, Granpa Smurf dll aku tak ingat hehehe....

Sekarang ni, figura ni dah jadi duta UNICEF dalam pengumpulan dana utk projek kemanusian di Burundi & Congo.

Telur pun naik!

Selepas harga daging & ayam naik, telur plak naik harga. Menurut tinjauan akhbar Kosmo, kenaikan dianggarkan mencecah 23%. Harga 10 biji telur gred A dikatakan telah meningkat daripada RM2.70 kepada RM3.30. Manakala gred C meningkat kepada RM3 daripada RM2.50.

Aku membangkit hal ni sebab kesian kt sesetengah org. Telur ni sinonim ngan orang susah sbb kebanyakan orang susah makan lauk telur sebab nak makan ayam tak mampu. Aku cuma cakap sinonim tapi bukan kenyataan semua yg suka/minat makan telur tu org susah. Tapi kalau ayam mahal, telur pun mahai, bagaimana? Sebagai manusia & ngaku orang Islam, anda kena fikir juga hal manusia lain sebab tanggungjawab terhadap manusia adalah sebahagian prinsip Islam.

* Sebelum ni geng2 putar alam selalu cakap, kalau ayam mahal kita makan teloq. Tp sekarang teloq pun mahai, nak makan pa plak? Eat your egg's isn't? hehehe......(melawak dalam geram).

Tuesday, June 10, 2008

Mari kita belajar mengira


Aku ambik info ni daripada blog seorg hamba Allah, Nobody-For a better tomorrow. Dia buat simple calculation tentang perolehan negara daripada hasil minyak Malaysia yg leh kita kongsi & fikir-fikirkan. Malaysia dianggar mengeluarkan 700,000 tong minyak mentah sehari & harga kasar sekarang antara USD$130.

700,000 X USD130 = USD 91,000,000 sehari


USD 91 million X 30 days = USD 2.73 billion


USD 2.73 billion X 3.25 = RM 8.8725 billion sebulan


RM 8.87 billion X 12 = RM 106.44 billion setahun


Ini baru hasil minyak. Bagaimana hasil2 lain yg Allah kurniakan kepada bumi tercinta ni? Anda fikirkan sendiri....


Buluh Mas


Arini kawan bercakap tentang perkara ni lagi. Katanya konsep perniagaan/pengiklanan ni memang leh buat duit. Modal permulaannya pun kecik ja, RM15. Pulangannya pun bagus kalau leh cari ramai orang kat level bawah. Aku nak terang pun, tak pandai. Kalau nak tahu lebih lanjut gi website dia sendiri.




Kalau konsepnya ok, menguntungkan dan takde sesapa tertindas, ok gak kalau nak joinkan. Terutama ngan kegawatan ekonomi sekarang leh gak tambah pendapatan. Kalau baca website masih tak faham, call kawan saya, Erman Kamal 012543 4774. Mungkin dia leh bagitau anda lebih lanjut.

I'm Back!!

3 hari bercuti termasuk weekend maka blog ni pun turut sama bercuti. Aku cuti ambik berkat sekolah dah buka semula sesambil tu melawat kawasan, tinjau2 nasib dan keluhan rakyat selepas kenaikan harga minyak rabu lalu. Rata2 rakyat sama ada di kampung & di bandar, yg kaya & yg susah, sana sini mengeluh. Bukan minyak ja naik tp kesannya seperti Teori Domino, habis semua kos lain meningkat.

Menurut my sister, tambang bas & van sekolah pun naik sampai RM50 sampai ada yg terpaksa cari alternatif lain nak hantar anak ke sekolah, kesiannya. Ada yg xnak hantar anak ke kelas KAFA sebab tak tahan ngan bayaran tambang. Nak hantar sendiri maklumla mak bapak keja. Harga barang plak naik cam orang mabuk, tak terkawal. Semlm aku gi shopping brg dapur, dari pemerhatian aku, byk barang dah naik harga.

My cousin yg pulang dari KL melawat maknya yg pulang dr umrah marah2 sebab kos perjalanannya ngan keta dari KL ke Penang meningkat. Byk lagi keluhan yg aku dapat sejak 3 hari melawat kawasan. Pagi2 ni aku membaca artikel dr blog bekas Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A. Kadir Jasin bertajuk "Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal". Utk lebih lanjut, anda baca sendiri:

http://kadirjasin.blogspot.com/

Selain kes minyak, skrg tgh hot Euro 2008. Pagi tadi, world champion, Italy kena belasah ngan Holland 0-3 hehehe...marvelous effort from Dirk Kuyt (The Reds player). Sementara France plak terikat 0-0 ngan Romania. Tunggu untuk game kedua masing2, mungkin lebih kejutan.

* Mr. Jazz cuti pa arini hehehe..... ngantuk tgk bola ke bro?

Friday, June 6, 2008

Hacked!!!

Disebabkan PM, Abdullah Ahmad membuat keputusan yg sangat tidak popular menaikkan harga minyak sebanyak 40%, adalah hamba Allah mana yg tidak dipastikan siapa dia telah mem'hacked' laman rasmi Pejabat Perdana Menteri (http://www.pmo.gov.my/) semalam. Kalau anda melawat website tu sekarang diletakkan tanda:


Laman Web ini ditutup buat sementara waktu kerana kerja-kerja penyelenggaraan.
Pejabat ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

This site is currently under construction. Sorry for the inconvenience.


* Kenaikan harga semua barang terutama minyak adalah antara bentuk bala/musibah yg Allah turunkan kerana kelalaian & keingkaran manusia selain diturunkan bencana-bencana alam. Di manakah kita? Mari kita berfikir sebelum kita dijemput kembali.....

Thursday, June 5, 2008

Another gift for rakyat!

Gambar menunjukkan orang ramai berlumba2 menyokong kenaikan harga minyak hehehe...

Aku sangkakan menteri Shahrir Samad bercakap betul yg harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos. Aku sangkakan TPM, Najib Tun Razak selalu bercakap benar bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak dalam tempoh terdekat. Tapi semalam, kerajaan yg terkenal ngan slogannya 'Tradisi Membela Rakyat' telah menghadiahkan rakyat satu hadiah istimewa. Bukan 10sen, bukan 20sen tp 78sen & RM1 kenaikan harga petrol & diesel dgn alasan kerajaan ini sudah tidak mampu menanggung subsidi petroleum.

Sejak kebelakangan ni, banyak sekali 'hadiah' yg rakyat dapat. Sebelum ni, harga barang lain seperti beras, minyak masak, tepung, ayam dan keperluan lain dah naik dengan kadar yg begitu membebankan. Apabila minyak naik mendadak semalam, kita pasti harga barang keperluan, kos-kos harian yg lain juga akan naik lagi. Tapi bagaimana ngan pendapatan kita? adakah juga naik?

Persoalannya bagaimana dengan golongan berpendapatan rendah & sederhana? golongan yang kais pagi mkn tghari, kais ptg makan malam? Anda pula bagaimana? Fikir sendiri & jawap sendiri...........

* memandangkan keadaan semasa ni menyulitkan hidup aku maka terpaksala aku menggandakan usaha sebanyak 2 kali. Mengapa 2 kali? hehehe....jawapannya pada aku.

Wednesday, June 4, 2008

The Truth About Croc

Sebenarnya aku terfikir nak masukkan entry bila hari2 balik ke umah pasti aku terpandang kasut Crocs kepunyaan jiran aku, Mr Jazz. Cam sempoi je hehehe.....So kebetulan aku search kat WebMD , ada artikel kesihatan berkenaan kasut Crocs ni.

Kasut Crocs @ buaya ni dicipta sekitar 2002 dan originalnya daripada Canada, salah satu gaya semasa yg bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga di US. Kenapa anda memilih kasut Crocs? selesa? trendy? bergaya? Menurut beberapa kajian di US, kasut ni mempunyai pelbagai faedah (dgn izin Allah) seperti membantu pesakit kaki, bunion dan juga pesakit diabetes.

Selain itu, kajian klinikal juga mensyorkan bahawa kasut ni boleh membantu mengelak sakit belakang, membantu penjagaan kaki dan buku lali dan seumpamanya. Untuk keterangan lebih lanjut anda baca sendiri artikel ini:

Anda yg mana?

Maksud satu hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud, jadilah kamu dari golongan berikut:

1) Orang yg mengajar & menyampaikan ilmu (guru2, ustaz, sifu or sesiapa saja menyampaikan ilmunya kepada orang lain)

2) Orang yg belajar (membuka buku2, kitab2, menulis apa yg disampaikan oleh guru & mengamalkan apa yg dipelajari)

3) Orang yg mendengar (sentiasa menadah telinga melalui majlis2 ilmu, kuliah2 atau apa saja ilmu yg disampaikan kepadanya)

4) Orang yang mencintai ilmu (sentiasa membantu org yg menuntut ilmu, membantu menjayakan majlis2 ilmu dan seumpamanya)

Tapi jgn jadi golongan ke-5 (iaitu bukan dari keempat2 di atas) maka CELAKAlah kata Nabi.

Tuesday, June 3, 2008

I choose Germany!

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum sepak mula Euro 2008 di Swiss-Austria. Edisi ke-13 Kejohanan Eropah merebut trofi Henri Delaunay merupakan kali ke-2 dianjurkan secara bersama oleh 2 buah negara selepas Holland-Belgium menganjurkannya pada Euro 2000. Edisi kali ni menyaksikan tuan rumah bersama iaitu, Austria serta Poland membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini.

Dalam undian kumpulan, Holland, Italy, France & Romania diundi dalam Kumpulan C yg dianggap Group of the Death. Kesemua 31 perlawanan akan berlangsung dari 7-29 Jun di 8 venue/stadium utama. Seramai 12 pengadil serta 24 pembantu pengadil akan mengendalikan kesemua perlawanan tersebut. Hadiah keseluruhan dianggarkan 184 juta pound dan pasukan yg menjuarai kejohanan ini akan memperolehi hadiah hampir 23 juta pound.

Kepada kaki2 bola, anda tentu telah mempunyai pasukan pilihan/faveret untuk menjuarai edisi kali ni. Memandangkan pasukan Three Lion's tidak layak maka aku memilih Germany sebagai pasukan pilihan aku kali. Anda bagaimana?

Aku difahamkan, para bookies' telah mula mengambil pertaruhan. kepada yg rajin bertaruh tu, belajar2la berenti bertaruh. Walaupun suka2 tp tetap berunsur perjudian.

Fuel price will increase in August?


Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Shahrir Samad, Malaysia dijangka menaikkan harga minyak pada Ogos ini selepas penyusunan semula subsidi ke atas bahan bakar. Jika penyusunan semula berlaku, harga bahan bakar dijangka dinaikkan Ogos ni.

Jika ini menjadi kenyataan, ia menjadi hadiah sambutan kemerdekaan ke-51 buat semua rakyat Malaysia hehehe....

Jika bahan bakar meningkat, impak kepada kos-kos yg lain yg ditanggung rakyat juga akan meningkat. Tapi Petronas tetap untung serta mampu membayar gaji anggota Philmarmonik Petronas berjumlah lebih kurang RM3.5 juta per month. Anda fikirkan.......

Monday, June 2, 2008

12 tahun dah ketagih seks?

Anda dah baca artikel dlm Metro Ahad semalam? Pendedahan Gerakan Ehsan Selangor, iaitu sebuah NGO yg menggerakkan program untuk pelajar bermasalah sejak 6 tahun lalu. Mereka mendedahkan bahawa pelajar seawal usia 12 tahun telah ketagih seks & onani, bertukar pasangan seks, minum arak, lesbian, hidu gam, mencuri, merokok dan sebagainya.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakkan mereka juga tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah, membaca Al-Quran, mandi hadas & sembahyang. Remaja2 terlibat ni terdiri daripada pelbagai latar belakang hidup sama ada susah mahupun dr golongan kaya & VIP. Untuk artikel lebih lanjut, sila ke link berikut:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20080601090243/Article/index_html

Bila anda membacanya, anda fikir dan buat rumusan sendiri. Anda tak peduli? semuanya terpulang pd anda. Mungkin sedikit masa lagi, anda akan memiliki cahayamata, so anda fikirkannya....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin