Tuesday, June 3, 2008

I choose Germany!

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum sepak mula Euro 2008 di Swiss-Austria. Edisi ke-13 Kejohanan Eropah merebut trofi Henri Delaunay merupakan kali ke-2 dianjurkan secara bersama oleh 2 buah negara selepas Holland-Belgium menganjurkannya pada Euro 2000. Edisi kali ni menyaksikan tuan rumah bersama iaitu, Austria serta Poland membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini.

Dalam undian kumpulan, Holland, Italy, France & Romania diundi dalam Kumpulan C yg dianggap Group of the Death. Kesemua 31 perlawanan akan berlangsung dari 7-29 Jun di 8 venue/stadium utama. Seramai 12 pengadil serta 24 pembantu pengadil akan mengendalikan kesemua perlawanan tersebut. Hadiah keseluruhan dianggarkan 184 juta pound dan pasukan yg menjuarai kejohanan ini akan memperolehi hadiah hampir 23 juta pound.

Kepada kaki2 bola, anda tentu telah mempunyai pasukan pilihan/faveret untuk menjuarai edisi kali ni. Memandangkan pasukan Three Lion's tidak layak maka aku memilih Germany sebagai pasukan pilihan aku kali. Anda bagaimana?

Aku difahamkan, para bookies' telah mula mengambil pertaruhan. kepada yg rajin bertaruh tu, belajar2la berenti bertaruh. Walaupun suka2 tp tetap berunsur perjudian.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin