Wednesday, June 11, 2008

Telur pun naik!

Selepas harga daging & ayam naik, telur plak naik harga. Menurut tinjauan akhbar Kosmo, kenaikan dianggarkan mencecah 23%. Harga 10 biji telur gred A dikatakan telah meningkat daripada RM2.70 kepada RM3.30. Manakala gred C meningkat kepada RM3 daripada RM2.50.

Aku membangkit hal ni sebab kesian kt sesetengah org. Telur ni sinonim ngan orang susah sbb kebanyakan orang susah makan lauk telur sebab nak makan ayam tak mampu. Aku cuma cakap sinonim tapi bukan kenyataan semua yg suka/minat makan telur tu org susah. Tapi kalau ayam mahal, telur pun mahai, bagaimana? Sebagai manusia & ngaku orang Islam, anda kena fikir juga hal manusia lain sebab tanggungjawab terhadap manusia adalah sebahagian prinsip Islam.

* Sebelum ni geng2 putar alam selalu cakap, kalau ayam mahal kita makan teloq. Tp sekarang teloq pun mahai, nak makan pa plak? Eat your egg's isn't? hehehe......(melawak dalam geram).

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin