Thursday, June 5, 2008

Another gift for rakyat!

Gambar menunjukkan orang ramai berlumba2 menyokong kenaikan harga minyak hehehe...

Aku sangkakan menteri Shahrir Samad bercakap betul yg harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos. Aku sangkakan TPM, Najib Tun Razak selalu bercakap benar bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak dalam tempoh terdekat. Tapi semalam, kerajaan yg terkenal ngan slogannya 'Tradisi Membela Rakyat' telah menghadiahkan rakyat satu hadiah istimewa. Bukan 10sen, bukan 20sen tp 78sen & RM1 kenaikan harga petrol & diesel dgn alasan kerajaan ini sudah tidak mampu menanggung subsidi petroleum.

Sejak kebelakangan ni, banyak sekali 'hadiah' yg rakyat dapat. Sebelum ni, harga barang lain seperti beras, minyak masak, tepung, ayam dan keperluan lain dah naik dengan kadar yg begitu membebankan. Apabila minyak naik mendadak semalam, kita pasti harga barang keperluan, kos-kos harian yg lain juga akan naik lagi. Tapi bagaimana ngan pendapatan kita? adakah juga naik?

Persoalannya bagaimana dengan golongan berpendapatan rendah & sederhana? golongan yang kais pagi mkn tghari, kais ptg makan malam? Anda pula bagaimana? Fikir sendiri & jawap sendiri...........

* memandangkan keadaan semasa ni menyulitkan hidup aku maka terpaksala aku menggandakan usaha sebanyak 2 kali. Mengapa 2 kali? hehehe....jawapannya pada aku.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin