* Kedua2 pasukan pernah bertemu 17 kali dengan Germany menang 11 & kalah 3 kali. Kali terakhir bertemu Oktober 2005 di Istanbul dengan Turkey menang 2-1.
* Ini merupakan penampilan pertama Turkey di separuh akhir Kejohanan Eropah setelah melakukan kejutan di Piala Dunia 2002. Manakala Germany membuat penampilan ke-5 di peringkat separuh akhir kejohanan ni. 4 daripadanya mereka ke final & muncul juara sebanyak 3 kali.
* Turkey bakal kehilangan beberapa ekoran kecederaan & penggantungan tonggak utama termasuk ketua pasukan Emre, Volkan (penjaga gol), Tuncay, Arda Turan, Amre Asik & penyerang sensasi mereka, Nihat. Manakala, Germany bakal mendapat semula khidmat midfieldnya, Torsten Frings selepas diketepikan ekoran masalah kecederaan ketika menentang Portugal
* Di atas kertas, Germany adalah pilihan juara selepas pasukan lain seperti Holland, Italy, Portugal & France tersingkir. Namun kemampuan Turkey tidak boleh diperkecilkan setelah mengejutkan Czech & Croatia. Peluang adalah seimbang namun pilihan aku tetap GERMANY. ANDA BAGAIMANA?
No comments:
Post a Comment