Friday, June 13, 2008

56 or 58?

Mulai Julai 2008 ni, kerajaan telah menaikkan pilihan umur persaraan kepada 58 tahun. So kakitangan kerajaan boleh memilih utk bersara pd usia 58 atau kekal pada pilihan asal 55 or 56. Bagi yg merancang utk kekal bekerja lebih lama atau menikmati lebih ganjaran semasa persaraan bolehla memilih option tersebut. Secara peribadi, beberapa persoalan timbul pd aku.

Terdapat segelintir or sebahagian pekerja yg tidak lagi memberi komitmen kpd pekerjaan mereka apabila tinggal beberapa tahun lagi hendak pencen. Byk kerja yg dilepaskan kepada junior2. Bila ditanya kenapa? mereka menjawab dah nak pencen tak lama lagi. Dlm hal ini kita bercakap tentang soal amanah & t/jawab. Apakah dgn tambahan 2 tahun lagi, kita yakin boleh menjaga amanah & t/jawab sebg pekerja or kita sekadar membebankan kita ngan amanah yg tidak dpt ditunaikan lg? Sbg org Islam kena fikir jugakan sbb kita yakin adanya hari perhitungan & pembalasan.

Bagaimana ngan persiapan masa depan kita (bukan selepas pencen tp selepas mati)? Apakah sekarang kita dh bersedia or kita nak tunggu pencen baru nak bermula? sempatkah? Sekrg pun dlm kesibukan kerja, ramai yg melupakan t/jawab sama ada pd diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. Ramai yg sibuk bekerja sampai meninggalkan sembahyang, lupa kewajipan menuntut ilmu, lupa mendidik anak isteri pd jalan yg betul, lupa mengambil tahu hal2 umat & masyarakat dsbnya.

Bekerja itu ibadat tetapi bimbang2 kerana terlalu bekerja mengejar keperluan2 dunia, kita terlupa masa kita sangat pendek. Aku memetik dari guruku, di akhir zaman manusia terlalu ramai yg perasan bhw hidupnya, perbuatan dan amalannya telah sempurna or tidak ada yg kurang di dunia. Tiba2 di akhirat dia dicampak ke neraka & masa tu barulah dia sedar sebenarnya dia tertipu ngan perasaan & syaitan di dunia.

Pada aku, time is running out. Muda ke tua ke, kita tak pasti bila maut akan menjemput. Orang muda pun jgn perasan dia lambat gi nak mati. Kita sgt2 bimbang kalau waktu maut menemui kita, kita masih belum bersedia. Tak bersedia menghadapi peperiksaan akibatnya mungkin gagal je. Tp tidak bersedia mengadap Allah, mungkin padah yg berat akibatnya (minta kita tak jadi begitu).

Aku ke hospital, aku lihat yg tua pun mati, yg muda pun mati juga. Aku cakap ni atas dasar kelemahan aku sebagai manusia. Aku tidak minta sesiapa pun bersetuju ngan aku sbb manusia mempunyai sebab2 sendiri dan sebab2 ni juga akan kita guna untuk berhujah di hadapan Tuhan di hari akhir nanti..........

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin