Wednesday, June 18, 2008

Melahir & Membentuk Anak yg Soleh

Beberapa ari ni aku sgt buntu. Mungkin lebih buntu dr Raymond Demonech yg terpaksa membawa anak buahnya pulang awal pd kempen Euro kali ni. Manusia ibarat laut yg ada pasang surutnya. Arini aku kongsikan ape yg aku dpt dr kuliah semlm ngan Ustaz Abdullah Khairi (mungkin sesetgh org kenal kot) tentang melahirkan anak yg soleh (aku pun kena didik baik2 Budak Kacak). Aku buat note ringkas2 dahla ye utk kita kongsi.

Kalau kita berusaha nak anak yg soleh, kita kena jaga 5 pancaindera berikut:

1) Mulut
* makan makanan yg halal & baik (sejak bayi (bukan pak Bai) dari dalam kandungan lagi)
* elakkan makanan dalam tin, junk food & juga fast food (semua ni makanan faveret kebanyakan kita ni)
* Di samping tu, ibu bapa rajin membaca & mengamalkan ayat2 Quran dlm kehidupan termasukla mengajar anak2. Antara ayat2 yg leh dikongsi:
# surah Yusuf-4 (utk melembutkan hati anak2)
# surah Al-Baqarah-104 (hindari gangguan jin)
# surah Al-Kahfi-1 hingga 10 (selepas sembahyang fardhu)
# surah Mulk (jauhi dr fitnah kubur)
# surah Luqman (mohon anak cerdik)
# 3 Qul (elak gangguan semasa tido)
# Ayat Kursi (gangguan syaitan & iblis)
# surah Yaasin- 1 hingga 9 (sebulum meninggalkan rumah)
* Selain tu, banyak mukjizat/kelbihan Quran ni. Yg penting, rajin baca, amal & yakin. Insyaallah.
* sentiasa zikrullah.

2) Mata
* sentiasa lihat benda/perkara yg elok & baik
* kawal anak dari melihat perkara2 yg mungkar dan melalaikan
* persekitaran yg hijau umpamanya bagus utk penglihatan & minda manusia.

3) Hidung
* mencium benda2 elok & wangi utk merangsang minda.
* anak2 juga perlu diajar mencium tgn ibu bapa utk jd satu kelaziman dlm hidup.
* ibu bapa juga perlu membiasakan dia mencium dahi anak2 kerana ada hikmah dlm mengerat kasih syg

4) Telinga
* Dibiasakan anak2 mendengar kalimah Allah sejak dlm kandungan lagi.
* Elakkan dr mendengar bunyi2, lagu2 or seumpamanya yg melalaikan

5) Sentuhan
* Ibu bapa sentiasa memberi sentuhan/pelukan kasih syg pada anak2.
* Begitu juga anak2 sentiasa bersedia utk memeluk ibu bapa kita dgn penuh kasih syg.
* Hal ni bg kebykan kita mungkin kekok. Hatta ada yg tidak penah memeluk ibu bapa mereka walau pun setahun sekali (di hari raya).

Ni antara yg aku dpt & kongsikan ngan anda. Selebihnya mari kita sama2 membuka ruang & memberi peluang kpd diri utk menuntut ilmu. Kita bimbang ngan kejahilan kita, hidup di dunia yg kita rasa sempurna sebenarnya sia2 di sisi Allah. Menuntut ilmu adalah wajib bg setiap Muslim.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin