Friday, June 27, 2008

Anda ingin membeli rumah??


Semlm guruku berkongsi tentang persoalan persiapan manusia.
Terdapat 2 persiapan.

Persiapan pertama, kehidupan hidup sebelum mati (kehidupan duniala).
Berapa lama? 40 tahun lagi? 20 tahun? 1 tahun? 1 minggu? or sehari ja lagi?
Yang nyata tempohnya sangat singkat tp kebanyakan manusia sangat pulun dalam hal ini sampai lupa persiapan yg abadi. Islam tak menolak dunia tp jangan terlalu lalai mengejarnya, bimbang2 kita menjadi org yg paling menyesal di akhirat kelak. Ada sahabat bertanya Rasullullah s.a.w tentang dunia, Baginda mengibaratkan dunia seumpama bangkai kambing yg dibuang begitu sahaja. Kalau begitu ibaratnya maka anda bleh menilaila harga dunia ni.

Persiapan kedua, kehidupan selepas mati (alam barzakh & akhirat).
Anda tentu percaya kehidupan ni kekal sampai bila2 kalau anda beriman ngan hari akhirat. Di sanala, rumah kita yg kekal. Dalam Quran, Allah telah janjikan pelbagai nikmat yg tak terkata serta azab yg amat pedih di sana. Bila kita kembali ke sana, tidak lagi berguna harta benda & anak pinak kecuali mereka2 yg datang dengan hati yg sejahtera. Hati yg sejahtera tu camna? Hati yg sentiasa patuh pd perintah & meninggalkan larangan Allah di dunia. Dalam mengejar dunia ni, rasanya persiapan utk kedua ni sangat mencabar. Ramai yg telah lalai & kembali dalam keadaan sia2.

So, marilah kita sama sebagai saudara/teman meluangkan sedikit masa untuk berfikir hal ni sementara ada kesempatan. Sebb kematian datang tidak mengenal tuan or muda.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin