Monday, June 23, 2008

Peringatan yg menjadi kenyataan???

Di tahun 2008 ni, di bumi yg bertuah ni, nampaknya keamanan & kemakmuran hidup rakyat makin terhakis. Malaysia yg sejak aku kecil sering dipuji kerana kemakmuran & keamanannya kini semakin tinggal hanya kenangan.

Rakyat arini diselubungi rasa gentar, takut & bimbang ngan peningkatan kadar jenayah yg berleluasa seperti bunuh, culik, rogol, rompak, ugut dsbnya. Anak2 kecil tidak lagi bisa dibiar bermain bersendiri lagi. Brg2 berharga sentiasa perlu dijaga hatta di tmpt yg disebut paling aman pun (masjid) org sanggup mencuri. Kita juga sgt risau membiarkan isteri2 & anak2 perempuan keluar bersendirian. Kita sudah tidak bisa aman lagi di negara yg kita cintai ini.

Di samping rasa takut & bimbang, kita juga berdepan masalah ekonomi. Rakyat kita sudah mula tertekan, bermula ngan kesukaran mendapatkan sesetengah barang keperluan seperti minyak masak, gula, seterus barang pula makin mahal. Bila minyak melonjak harga, barang lagi naik, kos sara hidup makin meningkat, ramai yg makin terdesak kehidupannya.

Bila keperluan tak cukup, manusia mula berfikir dan mencongak. Ada yg berkerja siang & mlm hingga lupa pd t/jawab lain, lupa keluarga. Ada yg hilang pertimbangan, harta orang menjadi buruan. Rompak & samun menjadi tujuan. Akhirnya Malaysia tercinta ini sudah mula hilang keamanan & dihantui kelaparan.

Anda tahu puncanya?

Lebih 1400 tahun yg lalu, Allah telah memberi peringatan kepada Kaum Quraish melalui surah Quraish (surah yg selalu kita baca & bermula ngan Lil ila fi quraishin....) yg bermaksud:

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraish.
(Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (di negeri Yaman), dan pada musim panas (di negeri Syam).
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah ini (Kaabah).
Tuhan yg memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dr kelaparan dan mengamankan mereka dr ketakutan.

Ulama tafsir membahaskan bahawa Allah akan menurunkan azab awal (kelaparan & ketakutan) terhadap sesuatu kaum/bangsa sekiranya mereka telah lalai, jauh dr peringatan Allah, malah sombong & melawan segala perintah/hukum/syariat dan sebagainya yg Allah turunkan untuk dipatuhi manusia. Sesungguh 2 azab ni sebagai peringatan awal sebelum Allah datangkan azab yg lebih besar seperti tsunami, banjir, gempa bumi, ribut taufan dan seumpamanya yg akan menghancurkan kaum tersebut.

i) Sebagai orang yg mengaku Islam maka lihat& renunglah apa yg berlaku di sekeliling kita dengan ilmu & mata hati.

ii) Jgn gunakan logik akal semata2.

iii) Renungkanlah, adakah kita selama ni betul? dan masih betul? atau selamanya akan betul? atau kita sebenarnya telah jauh dr peringatan/tali Allah (Quran & Sunnah).

Fikir-fikirkanlah sementara ada kesempatan!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin