Thursday, June 19, 2008

Portugal vs. Germany

Pertemuan suku akhir antara naib juara edisi yg lalu dengan juara 3 kali kejohanan. Germany masih dibelenggu kecederaan tonggak utama, Podolski & Frings tetapi dapat menggunakan khidmat Schweinsteiger yg digantung sebelum ni. Scolari plak akan meletakkan barisan terkuat Portugal selepas melakukan 8 perubahan dlm perlawanan terakhir kumpulan menentang Swiss.

Kedua2 pasukan telah bertemu sebanyak 15 kali dengan Germany menang 8 serta kalah 3 kali. Pertemuan terakhir ialah perlawanan penentuan tempat ke-3 Piala Dunia 2006 dengan Germany menang 3-1.

Di atas kertas, Portugal mempunyai kelebihan dengan kecergasan semua pemain di setiap posisi. Manakala Joachim Leow masih bergelut memastikan 2 tonggak Frings, selaku holding midfield serta Podolski, penjaring 3 gol setakat ini bersedia untuk diturunkan.

So, jgn lupa menyaksikan perlawanan ni kol 2.45 waktu Malaysia dari St. Jakop Park. Aku selaku pemilih Jerman utk edisi kali ni tentu berharap Jerman leh melepasi halangan ni walau pun sukar. Aku pilih penentuan penalti, anda bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin