Saturday, October 16, 2010

Bajet Mesra Tok Batin & Tok Ketua..........kekeke

Terdapat pelbagai reaksi rakyat dari pelbagai lapisan kelas ekonomi & geografi terhadap pembentangan Belanjawan 2011 semalam. Ada yg gembira (seperti Tok Batin & Ketua Kampung), ada yg mungkin tak gembira (sebahagian kakitangan awam yg mengharapkan bonus) & mungkin ada yg tiada rasa apa2.

Mem menyifatkan belanjawan kali ni sebagai Belanjawan Mesra Tok Batin & Tok Ketua hehehe............KM setuju ngan pandangan tu sebab mungkin golongan ini lebih sesuai untuk menjamin kelangsungan undi parti yang memerintah. Peruntukan besar untuk Sabah & Sarawak dilihat tidak begitu mengejutkan kerana itu 2 stronghold parti pemerintah ketika ini.

Pemberian cuti bersalin 90 hari memang telah KM jangka memandangkan negeri Kelantan akan mula melaksanakannya tahun hadapan & kesatuan kakitangan bank malaysia (NUBE) pun telah berjaya mendapatkan kelayakan tersebut daripada majikan mereka.

Kepada kakitangan awam yg kecewa sebab tak dapat bonus tapi dapat bantuan RM500 ja, mungkin kerajaan tidak begitu menyakini undi anda berbanding Tok Batin & Tok Ketua hehehe......Walaupun bantuan juga berupa duit tapi sebagai pekerja yg celik akal, istilah BONUS & BANTUAN pasti ada maksudnya pada diri pekerja itu. Nak tahu apa maksudnya?

Peruntukan projek kali ini juga menjurus ke arah Negara Berpendapatan Tinggi. Tapi persoalannya adalah negara & rakyat akan mendapat manfaatnya atau hanya mereka @ golongan sememangnya sudah berpendapatan tinggi akan mengaut keuntungan. Rakyat seperti biasa akan makan sisa...............hehehe...

* Apa yang dicadangkan dalam belanjawan Malaysia adalah sesuatu yg tidak menghairankan kerana orang yang celik tahu Malaysia adalah sebuah negara yg memang makmur & kaya & selama ini kekayaan itu bocor merata.....

2 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

hai...sihat x ari ne...hehe...out off topik plak..
CELLNIQUE BLIV

Ayuraza said...

yess..agreed..pe pn..kerajaan yang memerintah..putih kater dier putih la..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin